Pages

Tuesday, September 6, 2011

MASA HIDUPKU HANYALAH PADA HARI INI...

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran buatNya kerana masih lagi membenarkan diri ini untuk terus melakar satu lagi bingkisan ilmu untuk kita sama-sama menerokai sebuah bingkai kehidupan yang mana terkandung tanggungjawab sebagai seorang insan.

Sahabat yang dikasihi,

bayangkan jika sebentar lagi kita akan tidur, namun tidur kita bukan untuk sementara akan tetapi untuk selama-lamanya. Saat itu bilamana kita tersedarbukan disebabkan ayah atau ibu atau orang yang kita sayang mengejutkan kita, akan tetapi kita tersedar kerana bunyi yang mana mungkin sahaja langkah malaikat yang menghampiri kita tika itu. Masa hidupku hanyalah pada hari ini, erupakan satu ungkapan atau satu slogan yang mana merupakan pendorong kepada diri kita untuk senantiasa mengingati akan tanggungjawab diri kita saban hari. Tanyakan pada diri kita,jika malam ini aku tidur dan ianya merupakan malam terakhirku,apakah tanggungjawabku yang telah aku lakukan sepanjang hari ini?

sahabat yang dikasihi,

sungguh diri ini tidak pandai untuk berkata-kata,bahkan tidak pula pandai untuk bermadah pujangga kerana risaukan setiap kata-kata itu akan menjadi kiasan semata-mata yang akan menjadi racun berbisa bukan pada diri antunna tapi kepada diri ana

Allah berfirman,

wahai orang yang beriman!mengapa kamu katakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?(itu) sangatlah dibenci Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan(61;2-3)

namun demikian,Rasulallah pernah bersabda sampaikanlah ilmu walau sepotong ayat...
justeru itu, bilamana kita tersedar sahaja daripada tidur,titipkan ke dalam hati kita akan slogan masa hidupku hanyalah pada hari ini, nescaya kita tidak akan tersasar daripada bingkai kehidupan yang berpegang pada tanggungjawab atau tugas hakiki.

jika tentera negara kita tidak faham akan tugas mereka dan tidak berfungsi sebagai tugas mereka misalnya, apakah yang akan berlaku pada negara kita? pasti keadaan akan menjadi huru-hara. begitu jua kita sebagai seorang muslim yang tidak pasti akan tugas hakiki kita atau tidak menjalankan tugas kita, pastinya keadaanakan menjadi lebih kucar-kacir. Maka amat pentinglah bagi kita untuk mengetahui akan apakah tugas hakiki kita sebagai seorang muslim!
sememangnya Allah telah menyatakan akan perihal kejadian atau kewujudan manusia di atas muka bumi ini,

Dan (ingatlah) ketika Tuahanmu berfirman kepada para malaikat,"sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah diatas muka bumu ini"(2;30)

Allah jua telah menyatakan antara fungsi terbesar makgluk manusia dan jin ialah untuk beribadat dan memperhambakan diri mereka kepada Allah semata-mata menurusi firmanNyalagi

Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia itu melainkan hanaylah untuk beribadah kepadaKu (51;56)

Sahabat yang dirahmati,

sedang kita asyik denagn kemewahan dunia, sedang kita alpa dengan keseronokan yang mungkin melimpah ruah hinggakan diri kita hanyut dek deras kelalaian harta benda, namun semua itu hanyalahsatu daripada permainan dan sendagurau.

Ketahuilah,sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sebdagurauan..(57;20)

disebabkan dengan kemewahan yang mengaburi mata kita selama ini, telah membuatkan kita terlupa akan peranan sebenar tugas hakiki kita dan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim!
Bangkitlah....jangan sesekali biarkan dirimu terus tidur dibuai lena sedangkan ramai lagi sahabat kita diluar sana yang memerlukan pertolongan kita tidak kira ada yang kini kian jauh ke kancah bahaya seolah-olah kini berada di tepi gaung yang curam.

bayangkan sahabat jika masa hidupku hanyalah pada hari ini, adakah kita akan sibuk mencari kemewahan? adakah kita akan sibuk mencari kemewahan? adakah kita akan sibuk mmencari kekayaan, nescaya pastinya mungkin sahaja kini kita sedang sibuk berada di atas tikar sejadah menadah tangan berdoa atau mungkin sahaja melakukan amalan ibadah yang sebelum ni tidak terlintas pun difikiran untuk melakukannya....tepuk dada tanya iman. tanyakan apakah tugas hakiki saya sebagai seorang muslim?

Disebabkan itu, Allah yang menciptakankita dan Allah jualah yang memilih kita untuk menjadi umat Rasulullah SAW serta Allah telah memerintahkan kita untuk menjadi pembantu-pembantu dan penolong-penolong Allah sebagaimana firmanNya

Hai orang-orang yang beriman,jadilah kamu penolong Allah sebagaimana putera isa Mariam berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia:"siapakah yang akan menjadi penolong-penolong Allah?" pengikut-pengikutnya berkata:"kamilah penolong-penolong Allah"....(64:14)

Persoalannya bagaimanakah yang dikatakan sebagai' penolong-penolong Allah'?maka tidak ada lain tafsiran yang boleh kita fahamkan melainkan panggilan 'ANSARULLAH' itu dengan 'agama dan usaha atas agama'

Allah berfirman

".....................tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya"(42;13)

sahabat yang disayangi,

bayangkan jika kita sedang asyik dibuai lena di atas tilam empuk, di dalam sebuah rumah mewah...dengan takdir Ilahi rumah tersebut terbakar...apakah yang kita akan lakukan?adakah kita akan terus tidur?atau mungkin kita akan berlari kerana takut akan terbakar rentung...bilamana kita reflect pada diri kita dan kehidupan kita.....ketika Allah telah memberikan tugas hakikiNya kepada kita sebagai khalifah yang mengabdikan diri padaNya...apakah yang kita lakukan ketika ini?Adakah kita boleh menangguhkannya atau kita terus menyahut perintahNya dengan ikhlas?sedangkan semakin hari kematian kian hampir dengan kita...tepuk dada tanya iman...

justeru itu, Allah telah menyatakan dalam firmanNya di dalam surah yusuf, apakah yang menjadi tugas hakiki kitasebagai umat kepada penutup dan penghulu segala Rasul, Nabi Muhammad SAW

katakanlah (Muhammad)"inilah jalanku! Aku mendakwahkan manusia kepada Allah atas basirah,aku dan orang-orang yang mengikuti aku;Maha SUci Allah, dan aku bukan daripada golongan orang-orang yang melakukan syirik!(12;108)

ringkasnya, kejarlah apa-apa sahaja peluang dan wasilah untuk kita sumbangkan sesuatu kepada deen ini kerana boleh jadi masa hidupku hanyalah pada hari ini...
Mustahil kita terlalu lemah hinggak kita tidak mampu untuk melakukan apa-apa untuk islam.

lihat sahaja,

Bilal Bin Rabah cuma seorang hamba yang tidak memiliki apa-apa, tetapi merancang untuk menjadi kuat sehingga dijemur, diseksa di padang pasir dipakaikan baju besi, dihempap batu besar, namun masih kuat mempertahankan akidahnya.

Amr Ibn Jamuuh seorang tua dan cacat pula. Meskipun tempang sebelah kakinya, namun jiwanya kuat mendorong beliau untuk menyertai perang uhud bersama Rasulullah SAW dan beliau mencari alasan untuk menjadi kuat. Katanya kepada Rasulullah:

"wahai Rasulullah,anak-anakku hendak menghalang aku berperang bersamamu. Demi Allah daku ingin berjalan dengan penuh kebanggaan dengan kakiku yang tempang ini masuk ke syurga"

sama-sama kita renungkan dan sama-sama kita saling nasihat-menasihati antara satu sama lain kerana fitrah semula jadi manusia yakni pelupa agar kita tidak terpesong dari landasanNya kerana sesunggunNya Allah bemci pada orang yang mengatakan apa yang tidak dikerjakan.

wallahualam

No comments:

Post a Comment