Pages

Thursday, December 8, 2011

Usrah nombor berapa?

Salam alaik tak pernah mencoretkan tinta lagi di sini. InsyaAllah akan saya usahakan selepas ini. InsyaAllah. Saya baru nak panas enjin ni. Saya just nak share satu post yang sangat relevan untuk kita semua insyaAllah ^_______^


Pinjam dari sini


Jam menunjukkan pukul 5.45 pagi. Iphone disebelah telinga Saleha( bukan nama sebenar) berdering dengan nada dering Marimba tanpa henti. Bila dilihat pada skrin iphone, tertera nama naqibahnya. Naqibah kejut bangun subuh rupanya. Pukul 6 ada kuliah online di Skype. Saleha lantas tidak mempedulikan panggilan daripada kakak naqibahnya yang saban hari telefon kejutkan dia untuk solat subuh.

Bagi Saleha, dia mahu berubah perlahan-lahan. Dia tidak suka berubah secara terpaksa. Kenapa kakak naqibah dia beria-ria sangat nak kejutkan dia bangun subuh. Kalau dia solat subuh lambat pun dosa atas kepala dia, bukan naqibah dia yang tanggung. Dia pelik melihat kesungguhan kakak naqibahnya yang tidak pernah jemu kejutkan dia untuk mendengar kuliah online setiap pagi Isnin.

Cerita diatas hanyalah rekaan. Namun ingin saya tanyakan. Pernah tak anda mengalami situasi sebegitu? Pernah tak anda rasa bosan bila naqibah anda kerap kali telefon bertanya khabar, kejutkan solat subuh dan beritahu maklumat kalau-kalau ada kuliah online yang boleh didengar. Sampai satu tahap anda rasa bosan dan tertanya-tanya kenapa naqibah anda semangat sangat nak suruh anda pergi usrah, pergi program dan dengar kuliah-kuliah online?

Sedangkan kita kadang-kadang meletakkan usrah atau program itu ditangga kedua atau ketiga dalam pilihan hidup anda.

” Weekend ni ada program di Yamanashi.” – Beritahu naqibah.

” Ooo tengok la dulu macam mana. Kalau tak ada kerja saya pergi kot.” – ada atau tidak antara kita yang jawab begini.

” Tak boleh pergi la kak sebab dah janji dengan kawan nak pergi jalan-jalan tengok pertunjukkan anak patung di Tokyo.” – ada atau tidak antara kita yang jawab sebegini.

Entah dimana agaknya kita letak nilai usrah atau program yang mampu membentuk tarbiyyah diri kita ini. Sampai ia boleh kalah dengan hanya sesi pertunjukkan anak patung yang tiada nilai.

Ada satu cerita;

Satu ketika, di musim sejuk di satu tempat di OZ. anak usrah saya semua tak datang usrah. Sbb? kerana ada majlis sambutan yang di adakan oleh kawan mereka. saya sangat kecewa. ketika saya datang jauh puluhan km untuk tiba ke tempat mereka, tiba-tiba mereka tidak hadir…. ketika itu saya sangat kecewa. Saya menuliskan catatan ini dan di emelkan pada mereka. Ia dituliskan pada 15 ogos 2003.

Selepas itu, ianya tidak berulang lagi. alhamdulillah.. semua mereka kini berada di medan dakwah dan aktif sebagai mujahid/ah di ruang jihad yang pelbagai.

Assalamu’alaikum.

saya rasa mungkin kita tak payah lagi mengadakan usrah utk kali akan datang..kerana rasanya majlis harilahir lebih penting dari usrah… Selepas ni mungkin ada lagi majlis lain yang perlu dihadiri… usrah hanyalah untuk masa tak sibuk, tak ada kerja lain, lapang dan ketika tak letih.

Usrah bukan penting sangat. Kalau ada kerja lain..tak payahlah datang usrah. Saya boleh terima alasan orang tak boleh hadiri usrahkerana sakit, kerana pelajaran yang mendesak, kerana sebab yang munasabah… tetapi tak boleh terima alasan hanya kerana hadiri majlis sosial.Sampai bila usrah jadi kelas kedua dan ketiga… Kenapa orang tak boleh memberi alasan tidak dapat hadir majlis sosial kerana ada usrah tetapi boleh memberi alasan tak boleh hadir usrah kerana ada majlis sosial…?

Saya rasa tak payahlah kita mengadakan usrah jika ia hanya duduk ditangga kedua, ketiga dan keempat. Anda semua telah mengecewakan saya….

Wallahu ‘a’alam.

Wassalam.

Ustaz yang masih menyanyangi mu lagi… walaupun apa yang berlaku.

- saya petik dari sini.

Lihatlah telusnya seorang naqib meluah perasaan kepada anak usrahnya. Hanya satu emel mampu buat anak-anak usrah beliau tidak lagi menjadikan usrah ini perkara nombor dua tiga dan seterusnya.

Dua cerita berbeza yang menyingkap kisah kesungguhan seorang murabbi ( naqib dan naqibah) yang mahu anak-anak usrahnya sentiasa terus berhubung dengan tarbiyyah.

Usrah, bukan sesuatu yang biasa-biasa. Usrah ini sesi kita belajar tentang ilmu mengenal Allah untuk kita pratikkan dalam kehidupan kita.

Baca ayat ini dan fikirlah.

” Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah Yang Mahakaya ( tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji.” [ Al-Fatir 35:15]

Allah tidak memerlukan kita, Islam juga tidak akan pernah rugi tanpa kita yang riak dan sombong dengan kehidupan dunia semata. Allah pasti akan beri kejayaan kepada Islam. Allah pasti akan beri balasan nikmatnya syurga kepada hamba-Nya yang sentiasa mencari kebaikan akhirat. Allah tidak rugi pun kalau kita menolak dari bersama-sama dalam jalan mamperjuangkan Islam, malah Allah menggantikan kita dengan kaum yang lain.

” Maka jika kamu berpaling, maka sungguh, aku telah menyampaikan kepadamu apa yang menjadi tugasku sebagai rasul kepadamu. Dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, sedang kamu tidak dapat mendatangkan mudarat kepada-Nya sedikit pun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pemelihara segala sesuatu.” [ Hud 11:57]

Apabila sampai seru untuk kita melakukan kebaikan, tidak kira samaada berkumpul beramai-ramai sambil mengingati Allah atau memerlukan kita bergerak jauh mencari sedikit bekalan hidup, tapi kita tetap berkeras untuk terus dengan gaya hidup kita. Masih lagi mengisi masa dengan keluar bersiar-siar dengan rakan-rakan tanpa tujuan dengan alasan belum bersedia untuk berdakwah secara serius, maka berilah ruang untuk hati kita menilai balik.

Tidak salah memberi sedikit ruang untuk diri sendiri menikmati indahnya hidup. Tapi jika setiap kali datang seruan untuk kita melakukan kebaikan, kita tetap memilih untuk rasa tidak bersedia dan mengharap akan ada lagi ajakan ke arah kebaikan di masa akan datang, adakah kebaikan itu akan terus mengejar kita?

Berimanlah dengan doa yang kita sebut setiap rakaat dalam solat kita.

” Tunjukilah kami jalan yang lurus.” [ Al-Fatihah : 6]

Hampir setiap waktu kita mohon. Mengapa tidak terlihat pun jalan yang lurus ini?

Sebenarnya sudah banyak kali Allah makbulkan permintaan kita itu. Setiap kali sampainya mesej daripada naqibah mengajak kita usrah atau pergi program, setiap kali menerima panggilan daripada naqibah untuk kita bangun mendengar kuliah online seminggu sekali, setiap kali datangnya ajakan teman-teman untuk kita ke satu program mengingat Allah, setiap kali itulah Allah memakbulkan doa kita moga ditunjukkan jalan yang lurus. Tapi kita menolak, menolak lagi sehingga kita tidak rasa lagi ia sebenarnya petunjuk untuk ke jalan yang Allah redha.

Kalau kita tak berminat nak berusrah tiada siapa akan rugi. Apatah lagi naqibah kita. Dia tidak akan rugi sedikit pun. Hatta jika kita memilih untuk tidak lagi pergi usrah, tidak sedikit pun membuat naqibah kita ketinggalan. Tapi kenapa naqibah kita semangat mahu kita juga berada dalam usrah?

Kerana dia sayang kepada kita. Dia mahu kita juga rasai kemanisan berada di bawah suasana tarbiyyah. Naqibah kita juga manusia. Dia punya masa 24 jam juga sehari. Tapi bagaimana mereka membahagi masa memberi tarbiyyah kepada kita, mencari tarbiyyah untuk diri sendiri juga. Sedang kita, masa untuk tarbiyyah diri kita pun kita pandang enteng.

Sampai bila kita mahu berasalan?

Sampai bila aktiviti jalan-jalan, makan-makan boleh jadi perkara nombor satu dalam kamus hidup kita? Sedang tarbiyyah diri menjadi nombor dua atau tiga?

Sampai bila mahu merasa diri kita belum bersedia berdakwah dengan serius? Apakah ada jalan dakwah yang tidak serius? Tepuk dada tanyalah iman! Baca dan hadam kata-kata Imam Hasan Al-Basri ini;

“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan”.

Kalau nak menunggu sempurna, manusia mana yang nak mengaku sempurna lantas dia berdakwah. Memang tidak ada manusia yang sempurna, hatta naqib dan naqibah kita sekalipun belum sempurna. Tapi mengapa mereka tetap mahu menyampaikan Islam ini?

Kerana ketika mereka menyampaikan Islam itu, ketika itulah juga mereka beramal dengan apa yang mereka sampaikan. Mereka tidak sempurna, tapi mereka menuju kepada kehidupan yang hampir sempurna. Manusia memang pernah melampaui batas untuuk diri sendiri, seringkali juga bertindak ikut kata hati dan emosi. Tapi Allah sentiasa memberi peluang untuk kita menjadi lebih baik. Tinggalkan jahiliah, jangan toleh ke belakang lagi tapi senyumlah hadapi kehidupan yang lebih baik dihadapan.

” Suka hati lah tak mahu pegi usrah! Kau kisah ape?”

Silakan kalau ini jawapan anda. Tapi mari kita fikir. Bila kita seorang, tidak ada yang menyokong. Dengan seorang diri ini mampukah kita nak baca al-mathurat setiap pagi dan petang? Mampukah kita nak baca al-Quran setiap hari? Bersemangatkah kita nak istiqamah melakukan solat Dhuha setiap hari? Tanpa sahabat-sahabat yang mengingatkan.

Kebanyakan manusia ini, bila sendiri lebih mudah syaitan dekati. Mungkin bersemangat mahu beramal tapi syaitan bijak memujuk untuk bertangguh dalam beramal. Lama-kelamaan ia menjadi kebiasaan untuk tidak lagi beramal dengan amalan-amalan sunat.

Mengapa perlu usrah? Supaya kita punya sahabat yang mengingatkan. Kalau kamu tetap memilih untuk beramal sorang-sorang, menjadi baik sorang-sorang, silakan :)Cuma saya mahu kongsikan bahawa rasa bahagia berada dalam usrah dan program-program ni tidak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Ianya sangat bahagia, bila menimba ilmu tentang kehidupan sebenar yang diredhai, kita bersama sahabat disisi :)

Jadi lepas ni boleh kita fikir, mana yang lagi penting untuk kebaikan hidup kita.

” Saya tak boleh join parti hari jadi kawan saya sebab Selasa ni saya ada usrah.”

” Saya tak boleh join awak jalan-jalan tepi pantai sebab weekend ni saya ada program tarbiyyah.”

” Saya kena tidur awal malam ni sebab esok nak bangun awal, ada kuliah online.”

Jawapan-jawapan inilah jawapan orang-orang yang meletakkan tarbiyyah diri nombor satu dalam kehidupannya. :)

Sunday, December 4, 2011

Kehidupan Rasulullah sebelum dilantik menjadi Rasul

salam....
semoga semua berada dalam redha Allah senantiasa.. insyaAllah~

Rasulullah punya salasilah~

Rasulullah adalah:
-sebaik2 makhluk
-dari sebaik2 kelompok (manusia)
-dari sebaik2 kumpulan (arab)
-dari sebaik2 kabilah (Quraisy)
-dari sebaik2 keluarga (bani Hasyim)
-sebaek2 jiwa

sekiranya seseorang itu berkedudukan mulia, orang ramai lebih tertarik dengan kata2nya..
sepertimana Rasulullah yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap penduduk mekah sehingga bergelar al-amin...

ingat hadis logam???

manusia itu seperti logam,
terpilih dia ketika jahiliyah,
terpilih dia ketika islam,
sekiranya dia paham...

so... sesiapa aja yang punya pengaruh.. terserah padanya samada ingin menggunakan pengaruhnya itu untuk menyokong jahiliyah or menyokong islam... 91:8... and Allah cakap lg.. dlm 91:9-10.... tepuk dada, tanya iman....

as a student, kita kena study hard untuk capai recognition tu~ kne jadik someone yang bernilai dimata masyarakat agar suara kita lebih didengari... iA... ayuh study untuk Allah~

Anak yatim~

2 bulan dalam kandungan-ayah (Abdullah) meninggal
6 tahun -ibu (Aminah) meninggal
8 tahun -atuk (Abdul Muttolib) meninggal
then dijaga oley bapa saudara ( Abu Tolib) sampai dewasa

why7 Allah bagi ujian hidup yang sangat besar pada kekasihnya yang tercinta niey?? kata sayang??? makin sayang Allah pada makhluknya, makin banyak ujian erp???

kalau kita ditimpa ujian hidup yang hebat.. jiwa kita akan lebih sensitif dengan perasaan orang lain.. contohnya.. jika kita dahulunya tidak bertudung, mak ayah tak bagi kita pakai tudung.. then bila kita nak tarik orang tersayang kita untuk memakai tudung jugak, mesti kita paham penderitaan yang akan dan sedang dialaminya, kita lebih berhati2 menyusun kata2, dan kita juga akan paham dengan perasaan beratnya untuk bermujahadah....

ini tak bermaksud yang kita mestilah melakukan semua jahiliyyah untuk mendalami hati semua orang... jika kita sudah berada dikandang ibadah, kita hanya perlu melasso (menjerat) dari jauh.. just lemparkan alat kita untuk mencapai orang yang tersayang tu....

cuma... jika kita pernah merasa apa yang dia rasa... pernah sejahil dia... then ianya akan memudahkan kita menyelami jiwa dan perasaannya... kerna Allah tak menjadikan sesuatu tu sia2... Allah x jadikan kita jahil dulu2 sia2... gunakan segala potensi diri~

bila kita diuji... bersabarlah.. Rasul pown diuji ngan hebat demi untuk membentuk jiwa yang terbaek~ bersabarlah, bersabarlah n bersabarlah selamanya~

Zaman Kanak2~

4 tahun pertama di perkampungan bani Saad...
untuk membentuk- tubuh yang kuat
- jasmani yang sejahtera
- lidah yang fasih
- jiwa yang berani
- tunggang kuda dengan baik

kenapa Rasulullah dijaga dikampung??
tumbesaran awal tu penting kerana sifat2 kita terbentuk time kita kecik2.. bila da besar, susah nak ubah perangai kita... coz otak kita da me'register' kita niey orang yang macam mana...

so... kita kena jaga kanak2 tu dari kecik lagi.. seperti pepatah melayu... lentur buluh biarlah dari rebungnya... kene sediakan biah soleh, solehah.... suasana yang baek insyaAllah dapat membentuk sifat2 baek dalam diri anak tersebut...

Awal remaja~

-mengembala kambing
-25 tahun- berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid (40)
-tak menyertai rakan2 sebaya untuk berfoya2
-menyelesaikan peristiwa perletakan hajarul aswad
-jujur, amanah n dapat keuntungan tinggi dalam perniagaan
-3 tahun (dalam bulan ramadhan) berturut2 ke gua Hira' sebelum diutus menjadi Rasul

sebagai khalifah kita kena cerdik, banyak pengalaman, amik tahu pengalaman orang lain dan berfikir dari pelbagai aspek... then barulah orang percaya n kita selalu menjadi tempat rujuk kalau orang lain ada masalah..

kita jugak kena jaga maruah diri, banyak bergantung pada diri sendiri dan tak mengharapkan orang lain. kalu kita nak sesuatu.. kita kena usaha sendiri.. tak yah tunggu or harap orang lain buat.. bak kata abangku "do more, expect less then others"

zaman remaja Rasulullah terjaga kan?? coz Allah nak elak terjadinya fitnah yang akan melembapkan perjalanan dakwah Rasulullah... so, kena jaga masa remaja kita betul2.. untuk elak orang kata "ala~ engkau pown macam tu jugak dulu.. x yah la nak nasihatkan aku"

tapi seperti yang saya katakan tadi... zaman jahiliyyah kita long time ago tu insyaAllah ada hikmahnya...

kita juga kena bergaul ngan semua orang.. bukan orang baik2 jah.. kita kene bercampur dengan orang2 bermasaalah agar kita boley jadik problem solver tu.. jangan join dorang wat masalah lak... kena tarik hati dorang dulu ngan kasih sayang baru bley slow talk tentang masalah dorang.. dakwah kitakan dakwah kasih sayang~ <3

tapi kita juga kene peruntukkan waktu untuk bersendirian dengan Allah dlm qiam kita contohnya... memang r orang cakap kena ajak kawan2 skali kalau nak qiam.. tp kalo sendirian lagi syok coz kita bley menangis tanpa segan silu~

that's all... jzkk~salam....

Thursday, December 1, 2011

tarbiyyah Allah yang sweet.


salam.

jalan tarbiyyah ini adalah jalan dimana yang mentarbiyyah kita bukanlah akhirnya murabbiah kita. bukanlah naqibah kita. or ummi kita. tapi Allah.

yes, Allah.



saya tak tahu kalau ini pernah berlaku pada kalian atau tidak pada antunna, akhawat fillah atau tidak. tapi sejujurnya, ia sering dan sering berlaku pada saya. rasa ketidak mampuan itu. rasa ketidak mampuan itu.


hanya diri kita sendiri yang tahu bagaimana hubungan kita dgn Allah. bagaimana cepatnya hati hati kita di bolak balikkan. malah lebih laju dan lebih efficient dari roller coaster. (err, tak pernah naik roller coaster sebenarnya).


"bukankah hati itu lebih cepat berbolak balik dari periuk yang menggelegak?"

akhawat fillah,

memang kita selalu dengar ayat atas ni. hati lebih cepat berbolak balik dari periuk yang menggelegak. tapi, kita dah betul betul faham dengan hati ke? (tanya diri sendiri smbil nangis laju).

betapa mudahnya hati kita bertukar. kejap rasa dekaaaaat dengan Allah, kejap rasa jaaaaauuuhhh dengan Allah. hah! pasti ade diantara akhawat se"circle'' yang tahu bagaimana saya. :'(

tapi kan akhawat fillah..


Allah tu.. tak pernah tinggalkan kita pun. :'(

malah Dia bertindak lebih sweet dari yang kita bisa jangkakan. MAHA SWEET!

kan bila kita pasang mp3 kita on shuffle, lagu lagu tu akan tune randomly kan?? kan kan??

and betapa sweetnya Allah, lagu lagu yang bermain saat kita rasa jauh dengan Allah tu pasti bagaikan hadiah hadiah kezzzuutan dari Allah buat kita. tak percaya? cuba try! and lepastu, akan ada je orang yang mengingatkan.

time kita nak buat benda benda tuuuuttt, truttruurttuuttuurr, tiba tiba ada akhawat mesej,

"jom muhasabah mega."

telan air liur, dada berdebar. nangis laju. eh, kita ni tak dokla sweet sangat pun dengan Allah, tapi ya Allah, Dia pulak yang sweet sangat. maka dalam bas, air mata laju mengalir. (err, kenapa bas?)

lantas kita terasa kerdil, malu dan rasa ingin lari. apa layakkah aku untuk terus berada atas jalan ini? diri kita pun sendiri tak terbina, bagaimana mahu membina orang lain? diri kita pun masih ada cacat celanya, maka tak hairanlah anak anak atau adik adik binaan kita juga selalu ponteng daurah, skip usrah and all.


"jangan pernah salahkan anak binaan kita, tapi salahkan kita sendiri yang mesti masih ada benda yang belum settle dengan Allah. kita tak boleh expect tinggi tinggi daripda anak binaan kita, tapi kita HARUS expect high on our own relationship dengan Allah! " -ciktom-



kata kata yang ciktom bagi time saya sendiri belum memegang anak usrah. err.. or maybe time tu, ada je anak usrah tapi saya yang aci main kejar kejar taknak pegang. uhuh.


akhawat fillah, hendak membina, harus dahulu membina diri sendiri. cacatnya kita, maka cacat juga lah anak anak binaan kita. sigh. beratkan ?

sebab kita tahu, apa apa pun, kita kene settlekan diri kita dengan Allah dulu. battle diri sendiri.

kita mengeluh, kita rasa "aaaaaa".

tapi Allah membalas,

"wahai hamba hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa dosa semuanya"
(39;53)


Allah kata, jangan putus asa! hai, mereka yang merasakan dirinya hamba! rabbuna kata, Dia Maha mengampuni semua dosa dosa kita!

maka, manual ataupun syarat yang Dia berikan pula adalah,

"dan kembalilah kamu kepada tuhanMu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepada kamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong"
(39;54)

kita kena berserah diri. dan,

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik- baik Penolong.
(22;78)


_______________________________________________________________


sharing dari hati. kerana sememangnya inilah yang sedang berlaku pada diri saat ini. bila belek belek makna mathurat sambil baca, tiba tiba baru tersedar yang iman itu sangat perlu di refreshkan setiap ahri, dan setiap ketika. even dengan sekecil kecil cara ..

ya, kita mungkin dah hafal mathurat and dah boleh baca dengan lancar tanpa melihat. tapi sudahkah kita meletakkan makna makna itu di dalam hati?

task dari post ni, sila cari maksud doa yang manakah yang paling terkesan dalam hati daripada semua doa doa yang ada dalam mathurat tu. haha. suka hati je kan?



kisses and hugs fillah,
hurun ain.




Thursday, November 24, 2011

JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP


Ketika budimu tidak dihargai janganlah kau bersedih,

Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang ketulusan hati.
Ketika usahamu dinilai insan lain tidak penting sama sekali,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar keikhlasan dalam diri.
Ketika hatimu terluka kekecewaan yang amat dalam,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang memaafkan.
Ketika kau sering dilanda resah dan kecewa ,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang kesungguhan.
Ketika kau merasa sepi dan sendiri melanda hatimu,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang ketengguhan.
Ketika kau harus membayar perbelanjaan yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang kemurah-hati.
Maka :
Tetaplah bersemangat
Tetaplah bersabar
Tetaplah tersenyum
Teruskan belajar
Kerana kita semua sedang menimba ilmu di Universiti Kehidupan
Ingat...
Tuhan menjadikanmu di tempat kamu sekarang, bukan kerana kebetulan.
Orang yang hebat tidak dihasilkan melalui :
Kemudahan
Kesenangan dan ketenangan
Melainkan mereka dibentuk melalui :
Kesukaran
Tentangan dan…air mata

Maka ketika engkau mengalami sesuatu yang sangat berat dan merasa ditinggalkan sendiri dalam hidup ini :
Angkatlah tangan dan berdoalah…tataplah masa depanmu… Dan ketahuilah…
Tuhan sedang mempersiapkanmu untuk menjadi…
Orang yang luar biasa untuk menjadi seorang…
PEMENANG SEGULUNG IJAZAH
PADA UNIVERSITI KEHIDUPAN



p/s: setiap ayat n perkataan sgt meaningful n terkesan pd diri sendiri. moga manfaat :)

Kisah Rama-Rama Yang Tak Mampu Terbang


Suatu hari, ada seorang budak lelaki sedang memerhatikan seekor kepompong..

Didalamnya ada rama-rama yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong dan

Kelihatannya begitu sukar

Budak lelaki tersebut merasa kesian kepada rama – rama tersebut

Dia ingin membantu rama-rama agar dapat keluar dengan mudah.

Akhirnya kanak-kanak mengambil gunting dan membantu memotong

kepompong agar rama-rama dapat keluar dengan segera dan senang.

Alangkah senang dan leganya kanak-kanak tersebut.

Tetapi apa yang terjadi?

Rama-rama itu memang dapat keluar dari sana,

Tetapi rama-rama itu tidak dapat terbang, dia hanya dapat merayap.

Apa sebabnya?

Rama-rama yang sedang berjuang dari kepompongnya tersebut,

Sebenarnya pada saat rama-rama mengerahkan seluruh tenaganya, ada satu cecair didalam tubuhnya mengalir dengan kuat ke seluruh tubuhnya, yang akan membuatkan sayapnya dapat mengembang sehingga ia dapat terbang.

Tetapi kerana tiada lagi perjuangan tersebut, maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga ia menjadi seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.

Kadangkala niat baik kita belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik.

Sama seperti pada sewaktu kita mengajar anak kita.

Kadangkala kita sering membantu mereka kerana kasihan atau rasa sayang, tetapi sebenarnya membuatkan mereka tidak berdikari

Membuat potensi dalam dirinya tidak berkembang. Memandulkan kreativiti

Kerana kita tidak sanggup melihat mereka mengalami kesulitan,

Yang sebenarnya jika mereka berjaya mengatasinya, mereka akan menjadi KUAT.

Demikian juga pada sewaktu kita sedang berjuang menghadapi sesuatu, jangan mengharapkan bantuan orang lain, berjuanglah dahulu dengan mengerahkan segala kemampuan kita.

Hidup penuh dengan PERJUANGAN.

Sering kali juga kita sering menyalahkan situasi yang kita hadapi,

Tetapi ternyata situasi itulah yang akan mendewasakan kita




p/s: sekadar gambar hiasan :)

Friday, November 18, 2011

Some tips;)

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamuaalaikum w.b.t.

Alhamdulillah thumma alhamdulillahirabbil 'alamin
Segala puji hanya layak bg Allah yg mentadbir sekelian alam

Apa kabar semua? Apa kabar jasad dan iman ahlul blessed circle? Asif sekian lama join baru hari ni nak menulis.

Just nak share sedikit tips gaya penulisan yg berkesan utk blog supaya apa yg ditulis mudah difahami dan menarik hati pembaca. Ana yakin antum SANGAT BERSEMANGAT nak sharing. Mabruk! Moga segala yg kita lakukan adalah semata-mata utk meraih redha-Nya, bukan utk mengharapkan pujian atau penghargaan manusia=)

1. Tak terlalu panjang.
-kalau boleh limitkan word count to max +/- 3000 characters or +/- 500 words. Tulisan yg terlalu panjang akan men-down-kan pembaca. Kalau boleh buat dlm bullet point or point2 yg ringkas dan padat, ana rasa itu lebih memudahkan pembaca faham dan menghayati apa yg nak disampaikan.

2. Don't just copy and paste.
-ana prasan mcm byk ayat skema dlm entries sblm2 ni. Mcm di-copy bulat2 from some where else. Kalau betul copy dari source lain, please use referencing ya. nnt dituduh plagiarisme pulak. Kalau mmg zahirnya kita ni budak skema xpe la kot. But sebolehnya olah la sket ayat tu supaya bahasanya lebih hidup dan dapat menyentuh hati pembaca.

3. Avoid from using short form yg sukar difahami.
-faham je kita dah terbiasa guna bahasa sms. but penulisan yg baik ialah tulisan yg selesa dan mudah dibaca oleh semua pembaca x kira apa sekali pun background mereka. Kalau nak guna short form juga, make sure guna bahasa yg mmg org dah biasa dan faham. But kalau perasan kadang2 bahasa short form ni kasar bunyi nye. (asif kalau ana sendiri ada melakukan kesalahan yg sama)

4. Hati ke hati
-one of the objective kita create blog ni ialah utk share bukan saja ilmu, tp juga pengalaman hidup dan perasaan. Utk mengetuk hati org yg membaca seterusnya melahirkan keinginan utk beramal. So perlunya utk kita guna bahasa yg lebih 'hidup'.

Banyak lg tips yg kita boleh dpt di luar insyaAllah. Hopefully sedikit guidance ni dapat kita gunakan utk memberi yg terbaik utk Allah.

Ala kulli hal alhamdulillah...
Next projek kita ialah ? hehe.... insyaAllah=)


yg memerhati dari jauh...
~Ana Mursyidah~

Tuesday, November 15, 2011

@ Perkongsian bersama Prof Latiff (CUCMS) di SP @

Assalamualaikum. :)

Sama2 hayati. Semoga bermanfaat.

disclaimer: ayat tak sama sebijik2 tapi cuba kekalkan maksud ayat.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sangat gembira dengan perjumpaan malam ni walaupun bilangan yang sedikit..lebih bermakna daripada kursus pada hari-hari berikutnya.

“Network” kita bukan sahaja kerana ISLAM tetapi juga kerana dakwah. Kita tak mau jadi “just-another-muslim.”

Kita perlu tengok semula peranan khalifah:

- membaiki diri sendiri
- sama2 menjadikan orang lain lebih baik
- menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik

Peranan ini boleh dilaksankan oleh semua orang; kita perlu membawa konsep peranan ini sehingga boleh diterima dan didokong oleh semua orang.

Kita diikat/disatukan dengan UKHUWAH. Kesatuan kita ialah atas dasar:

- kefahaman
- perkara-perkara asas yang kita lakukan setiap hari ; amalan-amalan wajib yang menjaga hubungan kita dengan Allah
- wasilah tarbiyah yang kita lalui

Ambil contoh dari Tunisia:

- diperintah oleh raja yang zalim x 40 tahun
- tak boleh dengar azan/tak boleh baca Quran.
- Sekarang ada kelompok yang berjaya menumpaskan – kekuatan kelompok yang menang bukanlah pada senjata2 hebat tapi kekuatan KASIH SAYANG

Dengan nilai kasih sayang dan keimanan ini, kekuatan kita yang sebenar ialah 1000x ganda daripada apa yang nampak di hadapan mata.

Jadi, 2 perkara pokok yang sangat penting ialah:
  1. hubungan kita dengan Allah
  2. hubungan kita sesama kita – baik sangka dan berkasih sayang kerana Allah
Keberadaan kita di atas jalan ini sangat perlu disyukuri. Ada banyak yang nampak hebat di dunia tapi dah nak ”bankrup” e.g:

- tamadun barat - nak bankrup
- KODAK; syarikat/jenama yang sangat dikenali ramai tapi nak bankrup
- ITALI, tempat prof buat phd..sekarang nak ”bankrup” juga

Realitinya sekarang, siapa yang sedang menang? Siapa yang akan menjadi ”new world order” i.e ustaziatul alam? insyaAllah ISLAM sedang menang dan islam akan tersebat sehingga seluruh bumi ini terasa sangat BEST dengan ISLAM.

Ini adalah suatu berita baik : kita sedang berada bersama-sama pasukan yang sedang menang.

Sebelum ini, kalau prof menyediakan keluarga untuk kehilangan dirinya bila-bila masa...dengan perkembangan-perkembangan baru (i.e berita kemenangan islam yang makin banyak) memberi motivasi untuk hidup lebih sihat dan untuk melihat kemenangan itu =)

Memandangkan kita sedang menang, berpegang teguhlah atas jalan ini (Hold On Thight). Istiqamahlah tetaplah dengan wasilah tarbiyah kita dan amalan harian kita. Jangan memperkecilkan benda yang nampak kecil.

Ketika pasukan ini sedang menang, kita tak mahu hanya menjadi tukang sorak semata. e.g di padang bola sepak, ada 22 pemain tapi tukang sorak ramai (sampai 50000+). Selalunya yang cakap banyak ialah tukang sorak. Tapi, kita nak jadi pemain yang buat kerja.

Kita perlu sentiasa berfikir : Adakah amal yang saya lakukan ini membantu umat ini untuk berjaya?
Adakah kita hanya bagi ”extra time”/masa lebihan sahaja untuk umat

ATAU

Adakah kita sentiasa nak minta masa – ”bagi saya masa, saya nak pulun jadi specialist nanti saya akan menyumbang untuk umat” seolah-olah kita sedang mengumpul tenaga keupayaan dan akan memecut laju bila dilepaskan.

ATAU

Adakah kita terlalu sibuk e.g ada perumpaan DOKTOR/STAF PERUBATAN = SIBUK= JAGA PESAKIT = ”ONCALL” etc (sampai tak dapat nak join program) huhu...

Cuma satu, tanyalah diri kita sendiri sama ada kita boleh nak guna alasan2 di hadapan Allah nanti.

Sebenarnya tiada alasan. Kita lah yang harus berfikir – apa yang kita boleh buat? Fikirkan projek-projek dakwah; bagaimana menjadikan merawat pesakit bermanfaat untuk dakwah.

Sebab di sebalik penubuhan CUCMS – adalah untuk melahirkan ”MANUSIA” /kader-kader dakwah .
Contohnya, boleh buat projek Sunathon/Free Medical check up/
Projek Basic Life Support (yang dimulakan oleh pelajar sendiri)

FIkirkan apa kekuatan/kemampuan (CAPABILITY) kita dan gunakan untuk dakwah.

Kita tak dapat buat benda ni sorang-sorang. Kita memerlukan usaha berkelompok (berjamaie’) dalam merealisasikan impian ini.

Kita perlu bina jaringan, adakan perbincangan dan menggalakkan idea-idea untuk menggerakkan profesyen kita untuk dakwah.

Kita tak mahu kehidupan yang terasing – siang cari makan, malam cari pahala.

Kita mahu optimumkan supaya seluruh kerjaya kita dapat menyumbang untuk dakwah.

Inilah yang mendorong penubuhan CUCMS misalnya.

Tetapi tidak bermakna semua orang perlu join CUCMS – perkongsian supaya semua orang mula berfikir – APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN?

CUCMS sendiri masih baru tapi niat asal penubuhannya adalah jelas. Jadi, kita perlu yakin dan bersabar dalam proses melahirkan manusia ini. e.g sekarang kalau buat program tajmi’ seperti makan-makan di rumah prof, walaupun dipanggil usrah, ramai yang suka termasuk yang bukan islam.

Hosp An-Nur : walaupun dari segi bangunan nya agak dhaif., masyarakat sekeliling merasai kewujudannya – mereka berterima kasih pada doktor-doktor yang membantu kelahiran anak-anak mereka dan merawat anak mereka ketika sakit.


Diakhiri dengan cerita ~

Cerita daripada Azam Tamimi
Cerita mengenai Madrasah Imam Ghazali
- diwujudkan untuk melatih manusia
- mentarbiyyah dan menghasilkan manusia
- Generasi pertama setelah tamat kembali untuk mendidik generasi kedua dan generasi kedua kembali mendidik generasi ketiga dan seterusnya generasi ketiga kembali mendidik generasi keempat.
- Daripada generasi keempat itu lahirlah seorang ”SALAHUDDIN AL-AYYUBI”
- Sekarang ramai yang bertanya di manakah salahuddin al-ayyubi zaman kita? Salahuddin tidak muncul tiba-tiba. Ini memerlukan pada pembinaan manusia (bina’ rijal) dan kesabaran.


Ada seorang ikhwah Palestin mengajarkan DOA ~ ”Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga tanpa hisab”

Prof tambah, ”Ya Allah masukkanlah aku ke dalam syurga firdaus tanpa hisab”
- kita kena aim tingkatan syurga yang paling tinggi.

Selalu berharap semoga ada antara pelajar yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan akan teringat pada cikgunya dan akan dapat sama-sama masuk syurga tanpa hisab...sbb kalau nak harap amalan kita memang takkan cukup.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ameen, sungguh Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Allahua'lam.

Thursday, November 10, 2011

Kisah cinta seorang wanita kepada Allah

Wanita adalah hiasan dunia dan sebaik-baik wanita di muka bumi Allah yang agung ini adalah wanita yang solehah. Tiada lelaki yang tidak mahukan seorang wanita untuk dijadikan teman hidupnya memiliki ciri-ciri wanita solehah.
Entri ini ditulis bertujuan untuk berkongsi sebuah kisah pada zaman dahulu tentang kasih dan cintanya seorang wanita ini kepada Allah S.W.T. Mari sama-sama kita baca dan ambil iktibar dari kisah yang membuatkan mata dan hati ini menangis.
Dalam sebuah riwayat mengatakan bahawa seorang lelaki munafik yang sangat kedekut telah bersumpah kepada isterinya supaya tidak menyedekahkan sesuatu apa pun kepada orang lain. Maka suatu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah wanita itu ketika suaminya tiada di rumah. Peminta sedekah itu berkata, “Wahai penghuni rumah, tolonglah berikan aku sesuatu”.
Sebaik sahaja isteri orang munafik itu mendengar permintaan peminta sedekah, lalu diberinya 3 keping roti. Lalu peminta sedekah itu berlalu dan mengucapkan terima kasih. Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan lelaki munafik tersebut lalu lelaki munafik itu bertanya kepada peminta sedekah, “Di manakah kamu mendapat roti ini?” Maka pengemis menjawab, “Orang di rumah sana memberiku”.
Orang munafik mengetahui bahawa rumah yang dimaksudkan adalah rumahnya, lalu dia pulang dengan perasaan marah dan berkata kepada isterinya, “Bukankah aku telah melarang kamu dari memberikan sesuatu apa pun kepada sesiapa?” Isterinya menjawab, “Aku berikan roti kepada pengemis itu kerana Allah S.W.T”.


Apabila orang munafik itu mendengar kata-kata isterinya, maka dia menjadi sangat marah lalu menyalakan dapur rotinya sehingga panas. Kemudian dia berkata kepada isterinya, “Berdirilah dan campakkanlah diri kamu ke dalam api ini kerana Allah”.
Isterinya akur dengan kehendak suaminya lalu memakai perhiasannya dan berhias sehingga cantik. Orang munafik itu berkata, “Kamu jangan pakai perhiasan-perhiasan ini”. Isterinya menjawab, “Seorang kekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya, sedangkan aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku (Allah)”.
Setelah itu, wanita tersebut terus terjun ke dalam dapur tempat membuat roti yang panas lalu orang munafik tesebut menutup tudung dapur dan beredar dari situ. Setelah tiga hari, orang munafik itu pun membuka tudung dapur dan dia terperanjat apabila melihat isterinya itu masih sihat tanpa terdapat apa-apa kecacatan pada dirinya berkat kuasa Allah.
Kemudian terdengarlah orang munafik itu suara dari langit yang berkata, “Kamu tidak mengerti bahawa sesungguhnya api tidak akan membakar kekasih-kekasih Kami”.






Nota kaki: sangat suka cerita ni. Subhanallah.. sangat amat besar kuasa Allah... :')

Ku Telefon Tuhan Dalam Tahajjud

Semalam, ku telefon Tuhan dalam tahajjudku.
“Tuut, tuut… tuut, tuuut!” Terus diangkat. Dan sebaik sahaja kudengar talian di sebelah sana diangkat, saat itu terus ku luahkan isi hatiku bagai mencurah-curah ke ladang gandum!
“Wahai Yang Maha Agung, aku ini hambaMu. Aku menghubungimu semata-mata ingin mengadu padaMu ya Allah. Wahai Yang Maha Mendengar, aku ingin mengadu kepadaMu bahawa hatiku telah berlubang!”
“Wahai hambaKu. Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas kamu pada badanmu, lalu kamu menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu untuk menegakkan bagimu neraca timbangan atau membuka buku catatan amalmu.” [1]
“Akan tetapi Allah, lubang di hatiku ini sangat menyakitkan. Dan ini juga bukan kemahuanku.”
“Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [2]
“Yang penting lubang di hati ini sangat dalam. Dan aku mohon pertolonganMu, mengapa tidak Engkau tutupkannya saja.”
“Jika sekiranya Aku mahu, nescaya akan Kuberikan kepadamu wahai kekasihKu. Akan tetapi telah tetaplah kata-kataKu: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasihKu, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” [3]
“Oh begitu rupanya… Sungguh Maha Penyayang Engkau wahai Tuhanku, melindungi aku daripada fitnah dunia. Maka, sekarang aku memohon agar Engkau memberikan aku kekuatan ya Allah.”
“Sesungguhnya Aku sekali-kali tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [4]
“Terima kasih Tuhan, bolehkah Engkau selalu mengingatkan aku di saat aku lupa wahai Tuhanku…?”
“Tentu. Sesungguhnya Akulah yang menciptakanmu dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatimu, dan Aku lebih dekat kepadamu daripada urat lehermu sendiri.” [5]
“Tuhanku, aku sangat-sangat berharap Engkau sentiasa ada bersama denganku.”
“Wahai hambaKu, ketahuilah bahawa Aku sentiasa berada dalam sangkaanmu, dan Aku ada bersamamu ketika kamu menyebutKu. Bila kamu menyebut-Ku dalam dirimu, Aku menyebutmu dalam Diri-Ku. Bila kamu menyebut-Ku dalam khalayak ramai, Aku menyebutmu dalam khalayak yang lebih baik daripada itu. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadamu satu hasta. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadamu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari.” [6]
“Aku ingin menjadi hambaMu yang sebenar-benarnya wahai Tuhanku…”
“Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” [7]
“Wahai Allah! Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Dan aku berjanji akan selalu mengingatiMu lebih daripada segala yang lain.”
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingati Aku.” [8]
SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. La ilaaha illAllah. La hawla wala quwwata illa billah.
Lalu ku putuskan talian itu kerana ku tahu sebentar lagi akan ku hubungiNya lagi.
Terima kasih Allah.
Yang tak pernah jemu melayan kerenah ku.
Yang lebih dekat kepadaku berbanding urat leherku.
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.
Terima kasih ya Allah!
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)


SISIPAN AYAT-AYAT AL-QUR’AN DAN HADIS QUDSI

1.  Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Allah telah berfirman: Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya.” (Riwayat Qudha’I, Dailami, Hakim dan Tirmidzi)
2.  “…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
3.  Berkata Ibnu Mas’ud ra. bahwasanya Nabi Saw. telah bersabda: ”Allah telah berfirman: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasih-Ku, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” (Riwayat Qudha’i)
4.  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al-Baqarah: 286)
5.  “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (Qaff: 16)
6.  Dari Abu Hurayrah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah Saw.: “Berfirman Allah Yang Maha Agung: Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)
7.  Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Allah telah berfirman: Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” (Riwayat Dailami)
8.  “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.” (Thaahaa: 14)




Nota kaki:
Terima kasih Allah.
Yang tak pernah jemu melayan kerenah ku.
Yang lebih dekat kepadaku berbanding urat leherku.
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.
Terima kasih ya Allah!