Pages

Sunday, August 5, 2012

"ikut suka AKU.." boleh ke???




salam wbt. :)

apa habaq semua? (bahasa orang kedah hihihi)

semoga kita semua dalam iman yang sihat, hati yang suci dan cantik bersinar tambah2 dalam bulan ramadhan ni.. alhamdulillah..

waaahhh!

astaghfirullah.. sungguh! lama dah x post kat blog nih..

banyak sawang kan? macam mana nak sambut ramadhan dan raya, buang semua sawang2 kat siling la.. macam tu la juga blog ni.. :)

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..

setiap sesuatu yang Allah cipta kat dunia ni ada hikmah dia, ada significantnya.. seperti dalam doa..

"...Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia - sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka." {3:191}

sama la dengan manusia, Allah x mencipta kita dengan main2 ye..

Sheikh Karim Zaidan kata, islam adalah agama yang menjawab 3 soalan, dari mana kita datang, kenapa kita diciptakan dan ke mana kita lepas ni..

hmmmm..

x nak hurai banyak2 semua dah tau jawapan dia kan?

cuma nak komen sikit tentang soalan yang kedua, kenapa kita diciptakan..

kenapa ya??

tengok balik quran..

back to 51:56 dan 2:30.. tujuan hidup..




jom tengok ayat 51:56 =)

Allah kata,

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada - Ku."

word arab "ma (tidak)" dan "illa (melainkan)" dalam ayat kat atas membawa maksud yang sangat "tegas."

kalo kita belajar bahasa arab,

word "innama" bermaksud hanya/pasti.. bukan hanya bermaksud sesungguhnya..

so, kat dalam ayat ni Allah nak bagitau yang "KITA" ni hanya "'ABID = HAMBA" disisi Allah

maksudnya hidup ni memang terikat dengan Allah ja.. macam pakwe makwe berkepit 24j, macam tu la hubungan manusia dengan Allah jugak..

yang dilarang memang kena tinggai!

yang wajib ikut kena ikut!

kita hidup bukan hidup untuk hidup!

analoginya macam seorang student yang dok belajar tapi x tahu tujuan hidup..

belajar ----->>> dapat ijazah ----->>> keja ----->>> dapat gaji/duit ---->>> beli makanan untuk hidup ---->>> terus hidup, buatlah kitaran yg sama.. ---->>> dah tua, ulang naik moto pi masjid.. bukan x boleh, boleh je.. tapi.. ada yang x kena..




huhuhu

setakat tu je ke?

kita terikat dengan Allah dalam semua aspek kehidupan..

diri sendiri baik bukan untuk sorang2 je.. kena ajak orang lain jugak (16:125)

ekonomi kena islam..

politik kena islam..

semuaaaaaaaaaa!

bukan sekadar hidup untuk penuh rukun islam yang 5 tuh..

tapi sekarang kita dah terkena tempias2 jahiliah juga walaupun kita dah tahu kita punya tujuan hidup kan???

apa nak buat??? huhuhu

kat dunia ni, x boleh, x boleh buat undang sendiri, x boleh ikut suka aku! sebab peraturan Allah dah ada..

contoh solat..

untuk yang x bertudung, bila solat boleh ye pakai telekung sampai lutut.. tapi kat luar kenapa x pakai tudung?

Allah ada time solat je ke?

ye ye maybe x faham konsep Allah suruh tutup aurat bukan tutup kepala x kisah la nak pakai apa, tudung saji pun boleh selagi x namapk aurat kita.. tapi yang dah tahu? buat2 x tahu ke?

adakah kita rasa yang diri kita x berTuhan?

astaghfirullah..

Allah ada kat mana ja.. malah sangat dekat dgn urat leher kita (50:16)..

x payah nak panggil Allah jauh2 kan..


ok jom tengok ayat 2:30 pulak..

"...Aku hendak menjadikan khalifah di bumi..."

apa maksud khalifah?

pengganti..

macam khalifah Abu Bakar yang mengganti Rasulullah memerintah Madinah..

bila cakap pengganti nih, kena buat apa yang di suruh je la..

cth bila pak cik kita nak pi mekah, dia suruh jaga rumah, so kita pun kena jaga je la.. x boleh buat lebih2..

tapi kita sekarang hidup ikut suka kat bumi nih..

buat kerosakan sana sini..

maksiat/zina benda biasa je tuh..

macam bumi ni hak kita.. tapi sesungguhnya hak mutlak adalah Allah yang punya..

huhuhu

istighfar banyak2..

banyaknya dosa ye..


sebab tu la antara usaha utk jadi khalifah adalah dgn USRAH = kena masuk institusi tarbiyyah

melalui usrah ni, kita akan dipolish, dibentuk jadi individu muslim yang solid utk penuhi 10 muwasofat tarbiyyah..

kalo kita rasa kita boleh jadi baik tanpa usrah, tanpa ditarbiyyah, x pa la..

tapi sat gi dok hidup cara ikut suka akulah!

boleh bayangkan kita dok sorang2, ikut suka hati kita nak buat apa pun kan??

nak jadi sebenar - benar hamba dan khalifah, kena ada tarbiyah yang berterusan.. (kena baca jom 4)

nak baik x boleh sorang2..

nak baik macam dalam 7 maratib amal..

subhanallah alhamdulillah..

sebab tu lah kena tahu peranan kita hidup di dunia ni..

dakwah adalah fardhu kifayah dan fardhu ain..

maksud kifayah ialah cukup.. maksudnya bilangan yang mencukupi nak urus kan hal fardhu tu..

cth solat jenazah.. kalo sorang dah cukup untuk uruskan semua urusan jenazah, orang lain xbuat x pe dan x berdosa..

tapi sekarang orang buat dakwah dah cukup ke?

huhuh dengan keadaan umat sekarang, cukup ke???

x cukup sayang ku..

so???

banyak la keja kita sebenarnya..

nak dakwah diri sendiri, anak2 usrah, kawan2, usrahmate, keluarga, orang non muslim..

huhuhu.. Allahuakbar!



astaghfirullah3

semoga Allah terus pegang hati ni untuk tsabat dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ketika ujian kesenangan dan kesusahan datang..

semoga Allah mudahkan urusan dunia dan akhirat..

semoga Allah terus beri kekuatan untuk bekerja untukNya..

hidayah selalu Allah bagi.. tapi kena mohon taufik daripadaNya..

semoga kita terus terus terus jadi pencari cinta Allah yang sejati!

amin ya Rabb..

jazakillah khair..

Allahukabar!





ana al -faqir ilallah




Monday, June 25, 2012

Aku Tak Kool Pun. Aku Acah Je.

Nota pendek : Puisi ini dinukil ikhlas dari hatiku buat kalian yang bersama daku di jalan yang sumpah panjang ini... 
[Ummi Ain, Kak Lily, Kak Mim, Kak Nur, Kak Paah, Kak Auni, Kak Dayah, Kak fiqa, Kak Syafiqah dan semua. Tak mampu mention semuanya, cukuplah Allah yang berbangga dengan antunna.] 

Jalan kita tak selalunya indah persis pelangi bukan? [Kredit]

Kau lihat jalan aku mudah
Kau kata family aku supportive
Kau nampak aku ceria ketawa
Tapi kau taktahu mehnah Dia tetap ada untuk aku

Kau kata aku kuat
Kau kata kau lemah
Tapi kau taktahu
Sebab kau aku kuat
Sebab Dia, aku bertahan
Akhawatfillah, aku cinta banget dengan kau

Aku tahu
Dia yang ubah aku
Dia yang temukan aku dengan jalan ini
Dia juga temukan aku dengan antunna
Dan hanya pada Dia, aku mohon
Aku doa, aku rintih
Moga kita terus tsabbat 

Bukan aku ego
Bukan aku hati kering
Tapi aku tak boleh tunjuk air mata
Aku malu
Apalah sangat mehnah aku terima
Berbanding dengan antunna


Dulu mungkin ya
Aku tak matang
Sikit-sikit aku nangis
Sikit-sikit cengeng
Sikit-sikit mengadu
Tapi antunna
Bukan mudah menjadi 'KITA' yang kini
Seriyusli

Memang impian aku semua indah-indah belaka
Kalau lukis, dapat warna-warni persis pelangi
Tapi kau pun tahu bukan
Dia bagi ikut yang terbaik untuk kita
Bukan ikut suka hati kita

Kalau satu hari nanti aku dah tiada
Tak boleh ligat lagi
Tak boleh pimpin tangan bersama antunna lagi
Tak mampu bersuara lagi
Tak mampu tersenyum lagi
Aku mohon
Ampunkan aku
Maafkan aku
Doakan aku
Aku sayang, sayang...
Malah terlalu sayang
Dengan antunna
Akhawatfillahku... 
Abadan abada, biidznillah. 

ps: Ditulis dengan sebak, berat dan sesak di dalam hati menahan air mata. Antunna pemberi motivasi buat diriku di saat mehnah datang melanda. Jazakunnallahu khairan katheera. 

Wallahualam
-Ukht Intisyar-
Jam 2151
Pekan, Pahang, Malaysia

Wednesday, June 6, 2012

Anda, Kain Anda Koyak. Meh Saya Jahitkan!

Dengan nama Allah yang Maha Kuasa, Maha Bijaksana :)

Alhamdulillah tsumalhamdulillah... Allah masih panjangkan lagi usia, hadirkan saat untuk anda dan saya bertaubat. Masih lagi dikurniakan nikmat untuk hidup di bawah bayang-bayang Al-Quran yang meluhur, memberkati dan tentunya menyucikan jiwa. Ibarat kita selesai jogging di bawah panasnya mentari, lalu mencari teduhan di bawah pohon hijau yang merimbun segar. Alangkah damainyaaa..... 

Err. Sesi imaginasi sebentar. 

Tipikal! [Kredit]
Dulukala, setiap kali saya melihat drama Melayu atau Akasia di TV3, (ehem, itu dulu tau), pasti ada dialog, ''kau tu orang kampung je. jangan jaga tepi kain aku. kubur kita lain-lain''.

 Sungguh klise bukan..?  
Saya juga pasti, dalam buku Peribahasa yang dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka juga mengandungi satu ungkapan seperti itu. Jaga tepi kain orang atau dalam bahasa mudahnya sibuk hal orang lain. 

Dalam dimensi sebagai seorang manusia yang telah ditarbiyyah, pernah tak kita terfikir, adanya perubahan dalam diri kita? Err. Mungkin dulu, kita tak pernah nak sibuk-sibuk fikirkan hal ummat manusia lain. Apatah lagi kene berhabis banyak, masa, jiwa, tenaga, wang ringgit, semata-mata untuk memanjakan anak binaan atau orang-orang di sekeliling kita. Dahla dengan esaimen yang bertimbun, silibus yang tak habis-habis dicover lagi, kerja di ofis yang semakin menggunung, sabtu dan ahad yang sebenarnya tidak wujud lagi dalam diri, arghhh!! Kadangkala, kita mahu menjerit. Ya, kadangkala hati tak tertahan dengan semua mehnah ini. 


Ingatkan makin lama di jalan ini, makin senang ujian untuk di tempuhi. Rupanya makin kompleks. Tak percaya? Tanyalah usrahmate saya, Ukht Nur, badan manusia itu kompleks bukan..? Hehe.
Tapi, dalam banyak-banyak mehnah itu, kita tetap tegar. Menjadi seorang yang tegar juga untuk menjaga tepi kain orang lain. Kerana apa? Sudah tentu kerana kita tidak mahu baik sorang-sorang. Kita tidak mahu di dunia kita menjadi seperti belangkas, namun di akhirat sana kita menjadi seperti anjing versus kucing. Tidak sama sekali. 
Jom jaga tepi kain sesama kita! [Kredit]
Dan itulah juga tugas dan amanah yang Allah akan tanya nanti. Kalau diikutkan, memang lah kebarangkalian untuk kita mendapat maki cukup tinggi jika kita mahu menjaga tepi kain orang ni. Lagi-lagi, bila kita mahu menjalankan kewajipan Syahadatul Haq kita. 

''Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad pesuruh Allah''

Maka, sudah menjadi kewajipan untuk saya dan anda menjaga tepi kain orang. Ya, kita kadangkala terlupa ramai yang menanti-nanti tangan siapa yang akan membimbing dia kembali kepada Islam. Kembali kepada Allah. 

Tentu kita tidak mahu sama sekali ada tangan-tangan yang akan menarik kain kita di akhirat kelak, kerana kita sendiri yang tidak all out untuk menyampaikan islam kepada mereka. Masa tu, sumpah saya pun dah tak kuasa nak jaga tepi kain anda lagi, tahu..? 

Maka, benarlah firman Allah,
 
'' Sungguh, telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, BERAT TERASA OLEHNYA PENDERITAAN yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman''
[At-Taubah 9:128]
 
Jom, jalankan tugas syahadatul haq kita...! Moga kita tidak terlepas mana-mana kain yang terkoyak lagi selepas ini. Biidznillah! 
 
ps: Sesiapa yang mahu tempahan baju kurung biasa serendah RM 20-RM 25, bolehlah contact saya. Hehe. Bukankah bagus jika kita bermanfaat bagi orang lain..? 
 
p/ps: Tahniah buat akahwat UiTM atas RI Shah Alam :) Moga terus aktif dan ligat di jalan ini! 
[Kredit]
 
 
 
Wallahualam
-Ukht Intisyar- 
 

Monday, June 4, 2012

Kerana Murobbi juga Mutarobbi

Dengan nama Allah yang Maha Memegang Hati-Hati

14 Rejab

Akanku bawa tanganmu di jalan ini bersama-sama... [Kredit]
Murabbiahku sering berkata, jalan ini tak mudah. Jalan ini bukan untuk golongan mak datin. Serba serbi dihantar, dijemput, dibentangkan karpet merah. Kata beliau lagi, jalan ini bukan sekejap. Bukan seperti berada di laluan tol lebuhraya Utara-Selatan. Touch and Go. Bukan. Bukan sejam dua kita kene lalui jalan ini, malah seumur hidup. Hingga Islam menang atau kita yang syahid di jalanNya. 

Baru-baru ini, saya sempat bermuaysyah dengan seorang adik. Ya, dia datang ke rumah semata-mata mahu bertemu dengan saya yang marhaen ini. Tidak banyak yang kami bualkan, cuma sekali sekala saya mengusik imannya dengan ayat-ayat cinta dariNya. Namun subhanallah! Unsangkarable, satu persatu air matanya menitik mengenai lantai rumah. Dia berulang kali mengatakan bahawa alangkah hinanya rasa diri. Kalau teringatkan jahiliyyah dahulukala yang sudah dilakukan, serasa tak layak untuk bergelar seorang daie. Apatah lagi jika membawa anak binaan satu hari nanti. Cukup tidak layak, katanya. 

Lalu, saya katakan padanya, setiap murobbi itu juga menjadi mutarobbi. Benar. Kalau dahulu, tatkala belum mempunyai anak binaan, kita menjadi mutarobbi ala-ala bujang senang. Segala nya disediakan murobbiah tersayang. Kita ibarat menunggu-nunggu untuk 'disuap'. Tanpa ada sebarang rasa ingin bergerak secara proaktif! Atau, dengan mudahnya beralasan itu dan ini, hingga tidak langsung kita mengira penat dan lelah murobbiah kita yang berkejar ke sana-ke mari semata-mata ingin membentuk kefahaman buat diri kita. Mengembalikan semula tujuan hidup kita yang dahulu telah dilupakan. 

Epik sungguh bukan..? Bukannya wang yang diminta. Bukan tiket percutian ke Pulau Carribean atau Honolulu yang diminta sebagai balasan. Cukuplah, kita dapat kefahaman sebagai seorang hambaNya dan menjadi khalifahNya. Itupun kita masih mahu berkira..? 

Tapi, mungkin itu semua terjadi kerana kita tidak memahami. Kita tidak mengerti. Kerana kita belum merasai. Menjadi seorang murobbi. 

Dan kini, rasakanlah. Bak kata Rahib kepada Ghulam, bersedialah. Kamu pasti akan diuji. 
Ya, memang benar. Allah tidak akan membiarkan kita syok sendiri, merasakan diri telah bekerja. Sedangkan kita tidak merasai pahit maung dalam jalan ini. Bukankah syurga itu dipenuhi dengan orang-orang yang banyak berkorban..? 

Murobbi. Gelaran ini bukan percuma. Bukan gelaran istimewa. Bukan untuk dicanang satu kampung. Bukan untuk dihebah dalam Kicauan mahupun Muka Buku. Ia datang dengan sejuta hikmah. Sejuta mehnah. Bagi yang telah melalui, pasti mengerti.

Ingatlah adik-adikku,

Dahulu, aku juga seperti kalian. Serasa tidak bersedia. Serasa ilmu tidak ada. Serasa diri belum cukup sempurna. Terasa segalanya belum memungkinkan untuk saya membawa antunna semua di jalan ini. 

Namun, jangan lupa. Allah kan ada. Bukankah Dia berjanji akan 'membayar' segala pinjaman kita kepadaNya?

Percayalah. Antunna tidak bersendirian. Ramai yang menemani di jalan ini. Kerana itu, sedialah untuk sentiasa ditarbiyyah. Mencakup segala kefahaman untuk transformasi diri. Tarbiyyah itu sifatnya merubah. Mengubah dari HITAM ke PUTIH. 

''Dan sebaik-baik bekal adalah taqwa...''

Pengorbanan. Itu perlu. [Kredit]


Kerana itu, bertahanlah! Berusahalah! Berdoalah!

Wallahualam
-Ukht Intisyar-

Thursday, May 31, 2012

# conteng2 #




salam wbt.

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah =)

bersyukurnya kita di atas nikmat islam, iman, dan ukhuwwah yang Allah bagi..

sampai saat ni wah wah wah mampu nak bernafas lagi kan kat dunia ni..

walaupun kadang2 kita kata kita ni bersyukur, kadang2 kita banyak songeh pulak.. huhu

tapi ada masa ke kita masih nak main2 sekarang?

"Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada di antara keduanya dengan main - main."
[21:16]

jom tanya iman dalam hati yang bersih lagi suci, apa khabar iman kita? adakah iman itu mampu menggerakkan amal kita ye? 

segala nikmat - nikmat dalam dnt, Allah hanya bagi pada hamba2Nya yang terpilih ja..

subhanallah!

"Allah memilih para utusanNya dari malaikat, dan dari manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha Melihat."
[22:75] 
 
sepatutnya memang kita kena ada rasa BEST sangat sebab Allah plih kita untuk duduk dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah ni =)




walaupun ujian dan rintangan tu banyak, tapi sebab keyakinan kita pada Allah atas janji2Nya, inshaAllah boleh mentsabatkan kita untuk terus bersama geng al - hawariyyun ni..

astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah

dah lama sangat2 x conteng2 kat sini..

ya, kena refresh niat balik..

ahli2 blessedcircle pun ye =p

kenapa buat blog ni? inshaAllah as our medium dakwah kita jugak dan tempat untuk kita serlahkan logam2 yang terpendam..

alhamdulillah, rasa lega lepas tulis something walaupun isinya sikit ja..



Hadith: "Sampaikan dariku walau satu ayat.."


lastly,


kata - kata pejuang,

Ar - rahah lirrijal ghflah: rehat bagi pendakwah

Islam itu adalah bukti kelalaiannya.



hopefully, Allah memberkati kita semua, inshaAllah calon2 wanita syurga!

ameen :)


Saturday, February 18, 2012

~ ruh! o0o ruh! ~




...bismillahirrahmanirrahim...

segala puji bagi Allah yang telah menganugerahi nikmat terbesar pada kita, iaitu nikmat islam.

selawat dan salam kita curahkan untuk Nabi saw yang telah mendakwahkan islam ini ke segenap penjuru dunia.

alhamdulillah3..

bagi seorang da'i, setidaknya kita harus memiliki bekal iman, ikhlas, sabar dan optimis.

sifat2 tersebut merupakan bekal utama seorang da'i dalam menjalankan tugasnya.

bila sifat2 tersebut melekat kuat dalam diri, maka ia akan menjadi da'i yang teguh dan bersemangat. 


inshaAllah akan terpancar dalam dirinya karakter manusia bertakwa.


ya, takwa.


takwa akan lahir daripada keimanan yang kukuh, merasa takut terhadap murka Allah dan azab -  Nya dan selalu berharap limpahan karunia dan maghfirah - Nya...

tapi jalan2 menuju takwa yang sebenar - benar takwa bukanlah mudah.

untuk mencapai darjat orang2 yang bertakwa ini, banyak perubahan yang perlu untuk dilakukan..


antaranya kita perlu untuk mendidik jiwa kita untuk lebih ruhiyah, maksudnya rohani perlu mantop.

tetapi bagaimana kita nak alirkan fikrah ruhiyah ke dalam diri kita, usrahmate dan anak2 binaan kita?

kita ini x pernah sekali pun tinggal usrah kerana kita dah faham yang usrah tu penting sebab usrah ialah the core of dakwah dan tarbiyyah tapi sejauh mana dalam usrah tu kita betul3 "terasa" dengan apa yang naqibah cakap atau perkongsian daripada usrahmate kita..

kalau x "terasa" mesti ada sesuatu yang terjadi dalam diri kita yang kita perlu untuk muhasabah balik.. sangat3 perlu..

baru2 ni ada bersembang dengan seorang akhawat yang dah laju dalam dnt ni, kami membicarakan bagaimana nak menjadikan usrah tu ruhi?

akhawat tu kata, nak alirkan fikrah ruhiyah tu yang pertama sekali diri sendirilah kena ruhi.

bagaimana pulak nak jadikan diri sendiri ni ruhi?

jawapannya ada dalam buku ini.. 

diri perlu ruhi untuk hidupkan ruh orang lain



mungkin ada yang dah baca buku ni atau kalau ada yang belum baca boleh pinjam daripada saya inshaAllah.

banyak la step2 yang buku ni ajarkan.

saya rasa kita semua sudah pun tahu dan mungkin ada yang sudah mengamalkannya pun.

tetapi sejauh mana kita menghayati apa yang diamalkan itu yang lebih penting...

contohnya,

solat dengan merasakan Allah itu sangat3 dekat dan sedang melihat kita

membaca al - quran dan tadabbur dengan khusyu'

mencontohi akhlak Rasulullah saw

zikrullah

melakukan amalan2 sunnah

menangis sendirian dengan mengingati Allah kerana takut kepada - Nya

mengingat mati

membayangkan hari akhirat di padang mahsyar

dan lain2 lagi...

semua ini memerlukan kita untuk mujahadah bukan??

inshaAllah perkara2 yang disebutkan di atas boleh meninggikan darjat ketakwaan kita pada Allah dan membina rohani seterusnya membentuk kita untuk menjadi insan rabbani..

sambung akhawat tu lagi, mutabaah amal kita perlulah mantop!

wah! terasa.. terasa.. terasa.. (ada yang terasakah?)


muhasabah huhuhu



betul la.. macam mana nak galakkan anak2 usrah untuk melakukan itu ini sedangkan mutabaah amal kita sendiri cacat??

astagfirullah3..

ya! kena kembalikan kepercayaan anak2 usrah kita..

tiada cara lain untuk alirkan ruhiyah kedalam diri kita, usrahmate dan anak2 binaan kecuali dengan kembali mendekatkan diri kepada Allah..

dan usrahmate sendiri perlu la sangat3 untuk saling menguatkan, mengingatkan dan bertanya khabar iman dan amal kita bagaimana..

yang terakhir sekali akhawat tu pesan pada saya, jangan3 letakkan kita yang masukkan ruhiyah tu dalam diri tetapi Allah..

mohon la sungguh3 dengan Allah agar dikurniakan ilham yang terbaik..

semoga apa yang keluar dari mulut atau apa yang kita lakukan ialah apa yang Allah ingin sampaikan pada orang2 yang berada dekat dengan kita, usrahmate, anak2, sahabat2 melalui kita...

bukan nafsu semata - mata..

hidayah dan taufiq hanya Allah yang bagi..

kita hanya asbab untuk orang lain mendapat petunjuk itu...

allahuakbar3!

jom sahabat2, kita bersungguh - sungguh untuk menjadi da'i - da'i rabbani dan pembimbing2 yang jujur dan ikhlas.




semoga kita termasuk orang2 yang diredhai Allah dan Allah meredhai kita..

orang2 yang mencintai Allah dan Allah pun mencintai kita..

dan orang2 yang mengharap dapat berjumpa dengan Allah di akhirat kelak seterusnya bersama - sama dengan para Nabi, para shiddiqin, para syuhada' dan para solihin..

"Ya Allah, pandulah hati2 kami menuju redha - MU.."

inshaAllah ameen.. :)

Allahu'alam.




Tuesday, February 14, 2012

<<< Israk dan Mikraj >>>




kuasa Allah, subhanAllah


...bismillah...

12 Rabiulawwal 1433H dah berlalu dan hari ni masuk 21 Rabiulawwal 1433H. cinta kita pada Rasulullah bukan setakat hari lahirnya ja kan tapi selama - lamanya. sejarah Rasulullah bukan setakat hari maulud ja kita kena tahu kan tapi biarlah ia menjadi pengajaran, dan amalan kita sehari - hari. allahuakbar!

"sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat utk Nabi. wahai2 org2 yg beriman! berselawatlah kamu utk Nabi dn ucapkanlah salam dgn penuh penghormatan kpdanya." [33:56]

sangat pantas masa berlalu kan? dalam masa 24 jam dan selama kita hidup ni, semoga banyak amal2 yang ikhlas yang kita lakukan yang akan membawa kita ke syurga-Nya. ameen. alhamdulillah, terima kasih Allah kerana masih menggerakkan tangan2 ni untuk terus berkongsi, menulis di blog kita2 ni. jom beribadah kerana Allah dengan cara apapun :)

.......................................................................

semua orang mesti dah tahu cerita bagaimana israk dan mikraj boleh berlaku? dari sekolah rendah dah tahu.. alhamdulillah.. israk dan mikraj merupakan satu peristiwa yang dilalui Rasulullah dalam satu malam sahaja! subhanAllah. ini diceritakan oleh Rasulullah dalam satu hadis yang sangat3 panjang (3 muka surat gak la) riwayat Bukhari dan Muslim.

bila ya peristiwa ni berlaku? menurut buku Raheeq Makhtum, ianya berlaku selepas isteri tercinta Rasulullah Khadijah Khuwailid dan bapa saudara baginda, Abu Talib meninggal dunia. masa tu umur Rasulullah baru 50 tahun.

tahun itulah Rasulullah namakannya Tahun Kesedihan. melihat keadaan Rasulullah yang sangat3 sedih, Allah telah menghadiahkan Israk dan Mikraj kepada Nabi.

Aisyah ra, pernah bertanya pada Rasulullah, 'apakah peristiwa yang lagi berat daripada Perang Uhud (kekalahan umat islam yang pertama dalam peperangan sampai Rasulullah pun patah gigi, ramai tentera islam yang shahid dll)?' Rasulullah menjawab, 'ada 3 peristiwa, pertama peristiwa di Taif (Rasulullah sangat3 teruk dikecam, dibaling batu dll kerana Rasulullah menyangka dakwahnya akan diterima di Taif pada masa itu tetapi tidak), kedua, peristiwa umat islam diboikot oleh kafir Quraisy (Khadijah Khuwailid wafat juga disebabkan oleh peristiwa ini kerana Khadijah menjadi sangat3 kurus kerana umat islam masa tu kekurangan bekalan makanan) dan ketiga, peristiwa Khadijah Khuwailid dan Abu Talib meninggal dunia.
p/s: yang dalam kurungan ( ) saja info tambahan.

peristiwa israk dan mikraj ada dirakamkan dalam al - quran.
"Mahasuci Allah, yg telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yg telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda - tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat." [17:1]
untuk ayat 17:1, ayat ni menggambarkan peristiwa Israk sahaja.. manakala untuk Mikraj, Allah telah merakamkannya dalam surah An - Najm (53).

jika kita lihat keseluruhan surah Al - Israk, mostly ayat2nya menceritakan mengenai kaum bani israil tetapi hanya ayat satu sahaja yang membicarakan mengenai peristiwa Israk. kisah2 kaum bani israil atau dikenali sebagai yahudi banyak diceritakan dalam surah2 yang lain. contohnya kisah tentang hari sabtu, patung lembu, Jalut dan Talut, Palestin, Harut dan Marut dll dalam pelbagai versi kan? Allah telah pun menghapuskan semua kaum2 yang lain seperti kaum 'Ad, Samud, Madyan dll. tetapi Allah mengulang2 kisah2 yahudi ini dalam al-quran. kenapa ya? hal ini kerana Allah nak kita umat islam kenal, tahu, belajar yang kaum yahudi or bani israil ni la yang masih hidup dengan kita sekarang! astaghfirullah.. sedarlah..

di sini, saya x la nak bincangkan tafsir pasal ayat Israk dan Mikraj, tetapi saya nak mengajak kita semua menelusuri 'ibrah2 disebalik peristiwa Israk dan Mikraj. jom! :)

antara 'ibrah2nya ialah:

1. Israk dan Mikraj ialah satu anugerah/hadiah daripada Allah kepada Rasulullah saw
  • peristiwa ini berlaku selepas pelbagai ancaman2 yang Rasulullah dapat selama 10 tahun berdakwah
  • selepas Abu Talib meninggal dunia, lagi kuat/dasyat dugaan/cobaan yang Rasulullah dapat, kanak2 pun sanggup membaling batu pada Rasulullah (adik2/anak2 sedara kita zaman millenium sekarang tahu ke pasal Rasulullah? huhu)
  • Allah nak bagitau Rasulullah yang gangguan2/dugaan daripada orang kafir Quraisy dan orang kafir Quraisy itu sendiri x ada apa pun. dengan peristiwa Israk dan Mikraj, Allah menunjukkan kuasa-Nya, dengan membawa Rasulullah keluar tinggalkan bumi. subhanAllah.
  • kafir merupakan satu sifat. sebab tu la dipanggil kafir Quraisy kerana mereka ini sangat3lah dah tahu kebenaran, tetapi enggan, sombong untuk tunduk pada Allah, islam.

2. israk dan mikraj merupakan satu persediaan pada Rasulullah untuk berdakwah di tempat lain

  • Allah nak menyediakan Rasulullah agar Rasulullah terus kuat, yakin dan tidak bersedih lagi untuk membawa risalah islam ini
  • Allah mengingatkan Rasulullah bahawa terdapat banyak lagi tempat lain untuk kembangkan islam
  • selama ni, Rasulullah bergerak seorang diri untuk membina individu2 muslim yang kuat aqidahnya yang dikenali sebagai assabiqun al-awwalun minal muhajirin seterusnya ke masyarakat muslim dll

3. kenapa Rasulullah balik dari israk dan mikraj, cerita terus ja pada orang2 mekah without consult with para sahabat dulu?
  • sesungguhnya, kalau kita yakin (yang solid punya!) peristiwa israk dan mikraj tu adalah satu perkara yang haq, kenapa mesti ragu2 lagi? keyakinan Rasulullah bahawa pertolongan Allah pasti ada untuknya.
  • apa yang Rasulullah lalui is real not mimpi, so kenapa perlu takut untuk menyatakan kebenaran tu?
  • subhanAllah, hebatnya iman para sahabat, apa yang Rasulullah cerita terus percaya! contohnya Abu Bakar assiddiq, beliau mengatakan jika Rasulullah cerita yang lagi dahsyat daripada israk dan mikraj pun aku percaya! inilah iman assabiqun al-awwalun.
"dan org2 yg terdahulu lagi yg pertama - tama masuk islam di antara org2 muhajirin dan ansar dn org2 yg mengikuti mereka dgn baik, Allah redha kpda mereka dn mereka pun redha kpda Allah. Allah menyediakan bg mereka syurga2 yg mengalir di  bawahnya sungai2. mereka kekal di dalamnya selama - lamanya. itulah kemenangan yg agung." [9:100]
  • pada masa yang, Rasulullah nak test iman para sahabat ni, so di sinilah berlakunya tapisan2 dalam dakwah dan tarbiyyah. siapa yg berjaya untuk peringkat seterusnya?? seperti kita juga yang belum pasti pengakhirannya bagaimana. semoga kita terus kuat berdoa pada Allah agar hidup dan mati kita semuanya di atas jalan dakwah ini.
  • "ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum dtg kepadamu cubaan sprti yg dialami org2 terdahulu sebelum kamu. mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang dgn berbagai cobaan sehingga Rasul dan org2 yg beriman bersamanya berkata, 'bilakah dtg pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." [2:214]
  • tapisan2 ni dilakukan oleh Allah kepada insan yang jiwanya lemah, astaghfirullah.. semoga tarikan iman kita sentiasa kuat untuk menempuh segala ujian yang merupakan satu tarbiyyah daripada Allah untuk meningkatkan darjat kita orang2 yang beriman ke tahap yang lebih tinggi inshaAllah. semoga kita saling menguatkan antara satu sama lain..
  • "ya muqallibal qulub tsabbit qulubana 'ala deenik. ameeenn."

 
4. kepentingan kita untuk ada sikap pedulism mengenai isu2 palestin

  • apakah kepentingan baitul maqdis kepada kita? sesungguhnya, isu palestin wajib untuk kita rasai dan fahami bukar sekadar kita tahu bahawa baitul maqdis merupakan kiblat pertama orang islam.
  • apa perasaan kita jika kiblat pertama orang islam bukan berada di tangan orang islam??
  • perlu sangat3 kita membina diri kita dan anak2 binaan kita betul2 ruhiyah agar jiwa ni cepat tersentuh hati dengan isu2 umat ini! allahuakbar..

masjid al-aqsa vs masjid as-sakhra


5. peristiwa yang Rasulullah nampak masa di israk dan mikrajkan
  • kenapa hukuman2 kat neraka yang Rasulullah nampak, seperti mengumpat dll yang Allah tunjuk kebanyakannya adalah dosa antara manusia dengan manusia? kerana Allah Maha Mengetahui, Maha Pengampun, jika kita berdosa dengan Allah, Allah boleh ampunkan. kita pun dianjurkan untuk beristighfar 100x sehari. tetapi jika dosa kita dengan manusia, kita perlu minta ampun/maaf dengan orang tersebut. kita juga tahu di antara syarat taubat nasuha ialah yang keempat jika kita ada salah dengan manusia, wajib kita minta ampun dengan orang yang kita berbuat salah.
allahu'alam. itulah serba sedikit ilmu yang nak kongsi hari ini. mungkin orang lain ada isi2/kefahaman yang lebih dari saya tentang hal ini. jom topup2 diri lagi untuk baca sejarah umat islam terutama sirah Rasulullah saw dan ibrahnya. hal ini kerana Rasulullah merupakan uswah hasanah dan public figure yang sempurna bagi semua umat manusia di sepanjang masa.

"sesungguhnya telah ada dalam diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang ynag mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah." [33:21]
kita yang mengaku as a da'e di zaman ini, seharusnya menjadi orang yang menelopori dalam mencontohi Rasulullah saw di semua sisi kehidupan. subhanAllah.. mampukah? mujahadah.. yosh! semoga kita dapat ikut Rasulullah x banyak tapi sikit2 contohnya dalam bagaimana Nabi saw menyatukan agama dan dunia, ibadah dan kehidupan, tazkiyah dan jihad. :) 


..inshaAllah..

.............................................

 israk dan mikraj ni dikongsi oleh ustaz sazali, di kedah tercinta. :)






Wednesday, February 8, 2012

# Bengkel Murabbi # :)




...bismillah...

assalamualaikum semua! :)

salam 1 Malaysia! muahaha (tetiba ja sebab kalo tengok berita ke mesti ada punya word ni. hehe)

semoga rahmat dan kasih sayang Allah melimpah ruah pada kita yang bergelar hamba pada-Nya.

hari ni nak kongsi apa pulak dengan antunna semua ya? baru2 ni saya ada join daurah di penang bersama Ustaz Salam. Alhamdulillah dapat jumpa ustaz juga sebab sebelum ni just dengar orang cerita or recording ja. Program ni 2 hari dan sangat2 bermanfaat untuk saya dan semua inshaAllah. Banyak la yang ustaz kongsi tambah2 pengalaman ustaz di oversea sangat luas kan. so kat sini nak kongsi satu pengisian yang lebih mengetengahkan perbincangan tentang masalah2 yang dihadapi oleh kita dalam dakwah dan tarbiyyah ni.

......................................................

antara soalan2 yang ditanya pada ustaz ialah:

1. macam mana nak men'fikrah'kan bahan?

ok, pertama sekali kita kena faham apa maksud fikrah. fikrah bermaksud pembinaan aqal/kefahamaan. untuk membina aqal/fikrah ni, kita perlukan ilmu. flow dia macam ni:

ILMU ---> FIKRAH ---> AMAL

contoh, biasanya kita akan sampaikan satu2 bahan yang kita dah dapat dari murabbi kita or hasil pembacaan/dengar recording kan, so bahan tu maksudnya ilmu. ilmu yang kita dapat kita akan fikir dengan menggunakan hati >>> akal, then barulah terbit melalui amal kita. senangnya ilmu yang kita belajar outputnya ialah amal. tapi kita mesti didik aqal kita ni untuk berfikir out of box, kena cari or gali lagi untuk tambah kefahaman. as da'e, fikiran kita ni x boleh sempit or rigid, apa yang kita dapat yang tu la kita pegang. kena belajar from sirah, how Rasulullah, para sahabat, para tabi'in berfikir. [soalan oleh ustaz, raheeq makhtum  or buku sirah mana2 dah habis ke? check2 la diri masing2. kalo belum habis kena masuk dalam mutabaah amal. sebab dakwah kita based on sirah kan.. ibrahnya sangat penting..]

so, penting la untuk kita faham bagaimana sebenarnya berinteraksi dengan al-quran. penting la bahan ni untuk kita dan adik2. ustaz cadangkan baca dan hadam buku 'bagaimana memahami al-quran' karangan al-maududi (x silap ustaz).



2. apakah perbezaan tafsir dan tadabbur?

tafsir adalah sesuatu yang confirm, dah dikaji. kita kena baca dulu, kena faham.. contoh tafsir fi zilal quran oleh syed qutub.

tadabbur adalah sesuatu or apa2 yang terasa dihati kita. sebab tu la dalam bulatan gembira kita perlu tadabbur ayat2 Allah agar kita dapat detect mesti ada ayat2 yang kita akan tersentuh hati. wajib untuk kita bertadabbur hukumnya. contoh dalil:

"Maka tidakkah mereka menghayati (mendalami) Al-Quran? Sekiranya Al-Quran itu bukan dari Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya." [4:82]

bacaan yang disertai tadabbur dengan khusyuk mampu mempertajam pandangan yang sudah tumpul, merupakan pemusnah pandangan - pandangan yang sempit dan ubat bagi hati yang sedang sakit. apabila seorang mukmin sudah konsisten membaca al - quran dengan tenang, tadabbur dan khusyuk, maka akan terbukalah hatinya dan terpancarlah cahaya al - quran di dalam jiwanya.


"ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat2 dan supaya mendapat pelajaran orang2 yang mempunyai fikiran." [38:29]


3. macam mana nak build confident?

pertama sekali kita kena faham kenapa kita perlu jadi murabbi? (kena tanya diri masing2). islam x kan success if x dak tarbiyyah dan takwin. kita perlukan 2 element ni untuk bina kader2/tentera dalam dakwah ni. program tarbiyyah banyak ja, contohnya ikim fm, khutbah jumaat, ceramah2 yang dianjurkan etc.. tapi adakah ia betul2 boleh membentuk diri manusia?
  •  as orang yang ikut tarbiyyah, kita perlu ada keinginan yang kuat (iradah qawiyyah) untuk buat dakwah. kita kena faham usrah yang kita join selama ni adalah untuk buat dakwah. ada 2 pilihan nak ke x nak? hidup kita tidak diciptakan untuk bermain2 kan?
  • kalo tsaqafah (ilmu) lemah, so kena mujahadah buang sifat "MALAS" baca buku. wajib untuk kita baca buku2/bahan fikrah ni. anggaplah kita baca buku2 tu macam kita baca buku2 study kita contohnya medic ke, acca ke, sains komputer ke, chemical engineering ke dll. macam mana kita kena faham buku2 study, samalah kita kena faham buku2 fikrah.
  • dakwah adalah WAJIB! kena buat! dare to fail! (semua orang senyap time ni, sungguh shadid ya ustaz)

4. how nak uruskan masa?

kita memang kena sedar yang kita ni berbeza dengan orang lain. kerana kita kena sedar kita ada tanggungjawab yang lagi besar iaitu dakwah dan tarbiyyah. semua orang percaya kepada keberkatan kan? mungkin semua orang pernah mengalaminya, bila weekend ja, banyak plan kita, after subuh kita dah mulakan aktiviti2 kita contohnya pi jumpa adik2, tulis blog, baca buku study dan fikrah dll, sedar2 dah zohor. wah! alhamdulillah banyak hal yang kita dah buat kan? bukankah itu keberkatan masa kita yang Allah bagi untuk penolong agama-Nya? subhanallah.

tengoklah jadual kita, then fokus apa yang prioriti. kalo ada benda yang kurang penting, kurangkanlah. masa 24 jam inshaAllah cukup! plan kena betul. masa study ilmu sihir, study betul2. masa study ilmu rahib, study betul2 (baca buku, jumpa mad'u, dengar recording etc).

kalo mutarabbi sibuk, carilah mad'u lain! banyak lagi orang lain yang belum ditarbiyyah kan?

hargailah masa even satu minit! mungkin kerana terlepas satu minit, kita pun terlepas satu mad'u!


5. suka balik kampung?

penting untuk check jadual murabbi dan mutarabbi. sepatutnya kita memang kena kenal mad'u2 kita. kena cari jalan/cara nak ubah adik2 ni. kena pandai amik hati. perlu untuk cerita kenapa tarbiyyah tu penting.

kena pandai nego dengan parents. explain la betul2. yakinlah, kita nak buat benda yang betul, inshaAllah doa banyak2, pasti ada jalan keluarnya.


6. sampai bila nak mu'ayasyah (bermesra)?

sampai mutarabbi sanggup berkorban x kisah la benda apa pun. dan mu'ayasyah ni sampai bila2 pun kita kena kenal anak2 usrah kita. sangat2perlu. dakwah fardiyah ada 3 peringkat:
  •  dakwah fardiyah - contohnya kita buat tajmi' adik2, then kita selected kita buat liqa'. perlu sebenarnya kalo orang tu kita df, orang tu la yang kita bawa. sebab kita dah bina hubungan hati yang kukuh dengan dia. pada peringkat permulaan la. kalo kita x pandai df, ikut la usrahmate kita yang pandai df.
  • halaqah fardiyah - ni once of the process kita nak bina hubungan qalbi/hati.
  • taqwiyah fardiyah (pengukuhan individu) - contohnya, kerja usrahmate kita, keja kita juga sebab anak2 usrahmate adalah anak2 sedara kita kan? penting la bukan setakat nak bina hubungan dengan anak2 sendiri tapi anak2 sedara jugak! :)

7. anak2 usrah x boleh bawa usrah walaupu  dah 2-3 tahun ditarbiyyah

kenapa jadi macam ni? mungkin, tarbiyyah yang diberikan kepada anak2 tu sendiri kurang. 10 MT perlu diakses terhadap anak2 binaan kita! tarbiyyah la dia sampai dia nak. muhasabah la balik diri kita. apa yang kurang perlu ditopup!  hayati kisah sahabat contoh Thufail Ad-Dausi dan Abi Zar. dapat something terus share!

yang penting, kita bawa usrah ni bukan ikut bahan. kita terikat dengan fikrah bukan buku! buatlah persediaan usrah, apa yang nak bawa hari ni, apa yang nak dicapai 10 MT.


Akhir sekali, ustaz kata:

*kita kena ada kemahuan yang kuat!
*kawal masa kitapilih mad'u yang kita nampak banyak potensi then df
*belajar lah dari orang yang lebih tahu
*always remember tidak ada orang yang x dak kerja

....................................................

Allahu'alam. semoga bermanfaat. asifah jiddan kalo ada yang x faham. kalo ikutkan lagi panjang ditambah dengan pengalaman ustaz. tapi cukuplah setakat ni dulu. semoga diberkati Allah :)

"renung2kan dan selamat beramal!" ^___^

"terus tsabat ameen ya rabb"