Pages

Monday, September 5, 2011

LITAR TAUBAT

Assalamualaikum. sememangnya apa yang tercoret ini pernah dikongsikan di dalam laman facebook. namun, sekadar untuk kita senantiasa mengingati disebabkan lumrah kita yang sering kali terlupa.


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana pada detik ini, Allah masih lagi memberikan percikan kasih sayangNya untuk kita terus menikmati antara cebisan ilmu sebagai madah santapan rohani kita saat ini.


swering kali kita mendengar dialog sebergini yang mana terucap dibibir remaja kita sekarang ini


"ala rileks la dulu, aku muda lagi belum waktu mati..lagi pun aku tak dapat seru lagi"


Nauzubillah sahabat-sahabat yang dikasihi, Allah berfirman yang membawa maksud


"dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu kendatipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh (4;78)

sahabat yang dikasihi,


bayangkan sahabat jika seseorang mengalami kemalangan dan terpaksa dikenakan jahitan sebanyak 50 jahitan..sakit tak sahabat?apa yang ingin ditekankan di sini adalah jahitan tersebut kerana jika kepala terkoyak boleh dijahit, jika tanagn dan kaki putus boleh disambung kembali...akan tetapi bagaimana pula dengan HATI kita yang mungkin terkoyak, yang mungkin terhiris, yang mungkin merobekbukan disebabkan penyakit kanser akan tetapi disebabkan perbuatan kita yang sering kali menjadikan hati kita berada di dalam keadaan demikian tanpa sebarang rawatan...adakah kita inginmenjahit sebagaimana seorang doktor yang memberikan jahitan kepada pesakitnya? tepuk dada tanya iman..


hati kita merintih, hati kita menangis kerana tak sanggup untuk menjadi mangsa oleh kekejaman perilaku tubuh yang begitu zalim. sepanjang hayat kita sahabat, berapa banyak masa yang telah kitab peruntukan untuk mengingati Allah? dengan melaksanakan perintah Allah?



sahabat yang dirahmati,


Sedang kita menyorot mata membaca bingkisan ilmu ini, mohin jasa baik untuk kita sama-sama tanyakan pada diri kita terutama diri yang menaip ini, sebentar tadi kita makan, adakah kita membaca doa? adakah kita masuk tandas sebentar tadi menggunakan kaki kiri atau kanan? atau kita sendiri sudah lupa atau tak ingat? Allahuakhbarsahabat, baru sebentar tadi kita sudah lupa...


bayangkan sahabat...bayangkan jika sehari hanya satu sahaja kesilapan yang kita lakukan dalam sehari sepanjang hayat kita...jika kini kita berusia 20 tahun dan mungkin lebih, dan setahun ada 365 hari...gandakan sahabat..


20 x 365 7300...Ya Allah ianya bukan nila yang sikit, namun adakah kita sedemikian yang hanya melakukan satu sahaaja kesalahan daalam sehari? kita hanya insan biasa yang sering kali melakukan kesilapan yang mana mungkin kita sedar ataupun tidak, sengaja ataupun sebaliknya, tersembunyi mahupun nyata. ingatlah sahabat, 7300 adalah jumlah yang cukup besar...pernah tak terlintas difikiran kitaseandainya setiap dosa yang kita lakukan berbau...seseoprang yang tidak mandipun seboleh-bolehnya kita akan cuba untuk menjauhkan diri kita daripadanya....akan tetapi bagaimana pula denga jumlah 7300 itu? wangi tak sahabat/ nescaya pastinya tiada orang yang akan menghampiri diri kita yang mana mungkin baunya lebih busuk daripada bangkai...tepuk dada tanya iman..


demikianlah kita dipinta untuk senantiasa memohon keampunan kepada Allah, Perbanyakkan beristighfar, menginsafi kesilapan yang dilakaukan, dan berniat untuki tidak akan mengulanginya lagi.


Sebuah sampan yang manakondisinya bocor misalnya, nescaya tidak dapat membantu para nelayan untuk mencari rezeki dan kemungkinan besar akan karam dilautan jika ia masih digunakan...begitu jualah dengan hati kita yang mana jika tidak dirawat, ianya akan mendatangkan keburukan dan kemusnahan di dalam diri seseorang.


Dalam buku keindahan di langit karya Harun Yahyaada menceritakan jika sebuah planet seperti Musytari tidak ada, nescaya bumi akanmenjadi sasaran meteor dan komt yang mana berselerakan di atas angkasa. Ringkasnya Planet Musytari merupakan perisai kepada bumi kita. persoalannya sekarang apakah yang menjadi perisai kepada hati dan jua diri kita?


Nabi bersabda" tidak akan sesat seseoang itu jika dia berpegang teguh epada dua perkara yakni Al-Quran dan Sunnahku"


Ana ingin sekali berpesan terutamanya diri ini supaya sentiasa menginsafi kesilapan dan memohon keampunanNya dan memuhasabah diri sebelum tidur, moga-moga tidur kita dalam keadaan yang mana hati kita mengingatiNya


Moga-moga kita akan memperbaiki diri kita dari setiap waktu yakni dengan menambah dan melipat gandakan amalan serta menjadikan peluang ini untuk kita terus bertaubat dengan sebenar-benar taubatbukannya TAU BUAT akan tetapi TAUBAT. Sama-sama kita memohon agar taubat kita diterima sesungguhnya Allah berfirman


kataknlah "wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! janganlah berputus asa daripada rahmat Allah. sesungguhnya Allah mengampunin dosa-dosa. Sungguh Dialah Yanag Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (39;53)


Dan Allah berfirman Lagi,


"berlumab-lumbalah kamu untuk mencari keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang seluas langit dan bumi...(57;21)


justeru itu, rebutlah peluang ketuika masih diberi kesempatan, bertaubatlah sebelum malaikat izrail menjalankan tugasannya....pada saat itu, tiada lagi penangguhan tiada cepat sesaat mahupun lambat sesaat..


Allahuakhbar..sahabat bilamana kita tidak dapat untuk menambah kebaikan sekuang-kurangnya kita mengurangkan keburukan..


sama-sama renungkan..


Wallahualam.

No comments:

Post a Comment