Pages

Thursday, September 15, 2011

layakkah aku mendamba syugaNya?

Semerbak melur di pagi hari, seharum kasturi mewangi, apakah nafas ini..apakah nyawa ini..apakah kalbu, roh dan jasad ini..akan Kau ambil sebentar lagi???namun layakkah aku mendamba syurga Firdausi???

Sahabat yang dikasihi,

Walaupun hanya seketika, pernah tak terlintas dibenak hati kita,di sudut akal fikiran kita yang kini kian matang dek usia, untuk apa kita lakukan semua ini????? Adakah kerana paksaan, adakah kerana ikutan orang,atau ingin mendapat perhatian dimata orang atau mungkin kerana jauh disudut hati kita, mencari benih keikhlasan untuk merebut keredhaan Tuhan?? Layakkah aku mendamba syurgaNya sedang tiap apa yang kita lakukan adakah semuanya di dasari atas landasan keikhlasan. Tepuk dada Tanya iman…

Fenomena seperti ini tidak asing lagi dalam dunia yang canggih ini. Kebanyakkan kita menimba ilmu untuk mencapai cita-cita kerana ingin dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling. Justeru itu, Ingin sekali untuk diri ini membawa sahabat-sahabat untuk kita menerokai..bukan meneroka hutan belantara tetapi ingin mengajak sahabat dan jua diri ini menerokai disebalik nikmat kemanisan buah keikhlasan.

Allahuakhbar, betapa besarnya kurniaanNya yang telah diberikan kepada setiap hambaNya. Namun, masih lagi ada diantara kita yang sering kali menggambarkan kesemua kemewahan, kesemua kejayaan yang dimiliki atas usaha mereka..bongkaknya insan kini, tanyakan pada diri siapa yang memberi izin untuk kita kecapi kejayaan yang dimiliki kini? siapa yang menggerakkan anggota kita untuk melakukan semua ini tanpa kurnia dari Tuhan yang hakiki?

Persoalannya, ikhlaskah kita dalam melakukan semua kerja?ikhlaskah kita menuntut ilmuNya?ikhlaskah kita dalam melaksanakan suruhanNya?atau sekadar melepaskan batuk ditangga??

Sahabat yang di sayangi,

Mari kita muhasabah diri kita ini yang sering kali tak lari dari melakukan kekhilafan hari demi hari, kadang kala terasa diri bongkak dengan ilmu yang diperolehi, sejak kecil kita diajari agar belajar tinggi-tinggi, kecapi impian yang ingin dihajati, hinggakan terkadang terasa lokek untuk dikongsi ilmu yang diperolehi. Sedang ramai lagi sahabat kita yang masih tercari-cari….

Sekali lagi ingin diri ini untuk mengajak sahabat-sahabat supaya senantiasa bertanyakan pada diri adakah apa yang bakal aku lakukan ini atau apa yang bakal aku kerjakan ini di dasari atas landasan keikhlasan?dakah aku ikhlas melakukan semua ini? Mungkin ada diantara kita atau sahabat diluar sana yang merasakan dirinya lebih bererti..kerana apa?bila mana nafsu menguasai diri maka tercetuslah dialog-dialog sebergini…(ala..aku dari sekolah agama, ilmu aku lebih dari mereka,aku selalu pergi daurah,halaqoh dan seumpanya…)namun semuanya tiadalah erti jika tidak mengikhlaskan diri.

Renungkan sejenak,

Sebuah hadits nabi yang menceritakan keadaan orang-orang yang tidak ikhlas dalam amalannya,

Sesungguhnya manusia yang pertama dihisab pada hari kiamat nanti adalah seseorang yang mati syahid, dimana dia dihadapkan dan diperlihatkan kepadanya nikmat yang telah diterimanya serta ia pun mengakuinya, kemudian ditanya: Apakah yang kamu gunakan terhadap nikmat itu? Ia menjawab: Saya berjuang di jalan-Mu sehingga saya mati syahid. Allah berfirman: Kamu dusta, kamu berjuang (dengan niat) agar dikatakan sebagai pemberani, dan hal itu sudah terpenuhi. Kemudian Allah memerintahkan untuk menyeret orang tersebut yang akhirnya dia dilemparkan ke An Nar (neraka).

Kedua, seseorang yang belajar dan mengajar serta suka membaca Al Qur’an, dia dihadapkan dan diperlihatkan kepadanya nikmat yang telah diterimanya serta ia pun mengakuinya, kemudian ditanya: Apakah yang kamu gunakan terhadap nikmat itu? Ia menjawab: Saya telah belajar dan mengajarkan Al Qur’an untuk-Mu. Allah berfirman: Kamu dusta, kamu belajar Al Qur’an (dengan niat)agar dikatakan sebagai orang yang alim (pintar), dan kamu membaca Al Qur’an agar dikatakan sebagai seorang Qari’ (ahli membaca Al Qur’an), dan hal itu sudah terpenuhi. Kemudian Allah memerintahkan untuk menyeret orang itu yang akhirnya dia dilemparkan ke dalam An Nar.

Ketiga, seseorang yang dilapangkan rizkinya dan dikaruniai berbagai macam kekayaan, lalu dia dihadapkan dan diperlihatkan kepadanya nikmat yang telah diterimanya serta ia pun mengakuinya, kemudian ditanya: Apakah yang kamu gunakan terhadap nikmat itu? Ia menjawab: Tidak pernah aku tinggalkan suatu jalan yang Engkau sukai untuk berinfaq kepadanya, kecuali pasti aku akan berinfaq karena Engkau. Allah berfirman: Kamu dusta, kamu berbuat itu (dengan niat) agar dikatakan sebagai orang yang dermawan, dan hal itu sudah terpenuhi. Kemudian Allah memerintahkan untuk menyeret orang tersebut yang akhirnya dia dilemparkan ke dalam An Nar.” (HR. Muslim)

Demikianlah ketiga orang yang beramal dengan amalan mulia tetapi tidak didasari keikhlasan kepada Allah . Allah lemparkan mereka ke dalam An Nar. Semoga kita termasuk orang-orang yang bisa mengambil pelajaran dari kisah tersebut.

Nabi bersabda:

Barangsiapa yang menuntut ilmu yang semestinya dalam rangka untuk mengharap wajah Allah, tetapi ternyata tidaklah dia menuntutnya kecuali hanya untuk meraih sebagian dari perkara dunia, maka dia tidak akan mendapatkan aroma Al Jannah pada hari kiamat nanti.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah)

Ringkasnya, apa yang dapat dikongsikan sememangnya ikhlas dalam melakukan perkerjaan amatlah dituntut. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Sungguh ianya wujud namun sukar sekali untuk dilihat. Begitu jua yang telah tercatat dalam hadis pertama dalam hadis arba’in yang mana menggambarkan tentang niat. Sucikanlah niat kita agar kita semua memperolehi redhaNya serta dapat mendamba syurgaNya..mohon jika ada yang tersilap sepanjang mengarang mohon diperbaiki kerana diri ini hanyalah insan yang lemah dan dhaif yang sering melakukan kesilapan.

MARI KITA MENYEMAI BENIH KEIKHLASAN DI DALAM DIRI AGAR IANYA MEMBUAHKAN KEMANISAN DALAM KEHIDUPAN.MOGA BERJAYA MEREBUT SYURGANYA…INSYAALLAH…

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment