Pages

Saturday, July 30, 2011

...:::uhibbukum fillah:::...


Assalamualaikum.
Semoga ukhwah kita dunia dan akhirat selamanya.
Semoga Allah berkati kehidupan kita semua.
Semoga Allah terus menyatukan kita dalam TARBIYYAH!
Semoga kita terus kuat di jalannya.
Maaf segala salah dan silap.
Salam Ramadhan al-Mubarak.

"Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja. Bahkan dibawa bersama hati saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya, pasti terbias untuk seperjuangannya"




Thursday, July 28, 2011

Beauty of Dakwah

Bismillahirahmanirrahim

I would like to share some beautiful quotes and messages from people with beautiful hearts about the beauty of dakwah :)

This is the beauty of dakwah...

Bila sedih ada orang turut sama berkongsi kesedihan,
Bila jatuh ada orang yang sama2 membantu untuk bangun,
Bila gembira ada orang yang mengingatkan,
Bila lalai ada orang yang menegur,
Bila sepi ada orang untuk menceriakan,
Bila jauh dari Allah ada orang berusaha untuk tarik kita kepadaNya semula,
Bila sakit ada orang bertanya khabar,
Bila berjaya ada orang yang lebih gembira dari kita,
Bila gagal ada orang yang meniupkan semangat semula,
Bila berusaha ada orang yang membantu melipatgandakan usaha kita,
Bila berjalan ada orang memimpin tangan kita,
Bila berlari ada orang yang membantu malajukan lagi langkah kita.......

[Kak Ayissah Sanudin, 2010]

dan begitulah seterusnya.. 'bila' itu tidak akan berakhir, barangkali sehingga kita sama2 berada di JannahNya. Jadi percayalah, kalau kita rasa jalan ini susah, kita akan lebih susah kalau kita tinggalkan jalan ini. Kalau kita rasa takut, kita akan lebih takut kalau kita tinggalkan dakwah ini. Kalau kita rasa penat, kita akan rasa lebih penat kalau kita tinggalkan sunnah Rasullulah ini.

Allah hanya suruh kita berusaha dan Allah dah janji kalau kita berusaha kita akan berjaya. Dan janji siapa lagi kita nak percaya kalau bukan janji Allah?


Dalam kemeriahan kita bekerja, kita perlu bersunyi-sunyi hati dengan Allah. Adukan segala-galanya kepada Dia. Yang kita perjuangkan adalah agamaNya. Dialah yang akan memberi segala KEKUATAN. Rahmat Allah itu LUAS...

Pandanglah ke bawah untuk sedar nikmat yang melimpah,
Pandanglah ke atas untuk insaf amalmu yang terbatas,
Moga di situ nanti TAKUT dan HARAPmu bersemi...

Kekadang mahmudah tidak dapat dicapai dengan amalan,
Tapi harus ditempa oleh kerikil ujian,
Seringkali kealpaan & mazmumah diri diperingatkan oleh kesempitan rezeki...

Sejauh mana kita mengasihi manusia,
Dibatasi oleh seutuh mana kasih kita pada yang Esa,
Hitung kesyukuranmu...
Bukan kesukaranmu...

Kekadang TUHAN menyempitkan...
Agar engkau tidak hanyut dalam kesenangan,
Kekadang DIA melapangkan...
Agar engkau tidak selalu dalam kesempitan,
Kekadang DIA melepaskan kau dari kedua-duanya
Agar engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain-Nya!

[Kak Nurul Efa, 2010]

Cukup sekadar ini, kerana yang dituntut ialah 'rasa' daripada kata-kata, bukan keindahan bahasa dan susunannya. Kalau begitu, 'rasa' ini tidak akan dapat dihentikan oleh sesebuah noktah. Ia akan terus berbicara dalam bahasa hati... tanpa kata, tanpa suara. Jangan terus meratap, tetapi yakinlah walau betapa dahsyat sekalipun perang dalam hatimu... Rahmat Allah itu luas...

Doa itu harapan. Manakala usaha adalah langkah untuk merealisasikan harapan itu. Dengan berDOA kita mengharapkan sebaik TAKDIR. Dengan berUSAHA kita melaksanakan sebaik TADBIR. Apabila bergabung TADBIR & TAKDIR yang baik, InshaAllah kita akan berubah ke arah yang lebih baik :)


These meaningful quotes and messages have always boosted up my spirit especially when I'm feeling down. Yes, jalan dakwah ini memang penuh dgn ujian & cabaran. But, with no pain, there's no gain right? 'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman, dan mereka tidak diuji?" ' [Al-Ankabut:2]. Kita nakkan syurga Allah kan? So let us strive for His Jannah! Honestly, ukhuwwah, kerjasama, ujian, cabaran di jalan dakwah ini lah yang telah menguatkan diriku & semangatku. It has made me stronger inside. It is the best nikmat Allah has given me which has guided me in many ways to make any decisions in life. Don't ever think of letting it go. Peganglah betul2 pada tali Allah ini dengan kukuh dan percayalah dengan janji2 Allah.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Al-Imran:103)


Wallahua'lam.

HANYA PINJAMAN


Alhamdulillah setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana tika dan saat ini, dengan nikmat yang diperolehi, dengan izin Ilahi, membuatkan jari-jemari ini terasa ingin menari diatas pentas abjad untuk mencoretkan sedikit ilmu hasil daripada ketukan naluri untuk terus berkongsi bersama sahabat-sahabat yang dikasihi...

sahabat,pernahkah terlintas difikiran kita,siapakah kita dimataNya?layakkah kita untuk menghuni syurgaNya?kita sering kali alpa,sering kali leka dengan nikmat yang kita ada..sering kali kita bongkak,sering kali kita riak hinggakan jiwa meronta dan berteriak...tanpa sedikit pun rasa syukur...
 
Allahuakbar....sahabat yang dikasihi,

teringat sewaktu ana berada dimatrikulasi,sebelum sessi pembelajaran diakhiri,lantas ketika itu pensyarah berdiri dihadapan barisan kiri...En.Nasir itulah nama pensyarah kami..tiba-tiba En.Nasir diam,renung wajah setiap student satu persatu didalam kuliah itu..kami menjadi keliru..tertanya-tanya apa yang akan berlaku...

setelah itu En.Nasir meminjam sebatang pen dari salah seorang student. Lantas dengan nada yang serious...

"sekarang saya pinjam pen ini daripada salah seorang sahabat kamu..bayangkan jika saya patahkannya.."begitulah kata-katanya dengan nada seperti nak marah sambil bergurau..

kami pada mulanya seperti tidak menghiraukan kerana dari memek mukanya seolah-olah bergurau...tapi,En. Nasir meneruskan kata-katanya..

"bayangkan jika saya patahkan pen ini..danmemulangkannya kembali kepada sahabat kamu..apa perasaannya?"dengan nada yang tegas membuatkan suasana dewan kuliah terasa sunyi...namun kami semua terus terfikir masakan En.Nasir sanggup mematahkan pen itu...

tanpa diduga...PRAAAKKKK!!

kami semua tergamam dengan apa yang berlaku..En.Nasir telah mematahkan pen tersebut lantas membalingnya ke lantai...berkecai,hancur,punah pen itu..tak dapat nak digambarkan keadaan pen itu...perasaan semua student menjadi takut dan seram sejuk...pada saat itu ana rasa takut,sedih dan terasa nak nangis,terasa badan menggigil seperti terkena hyportamia(kesejukan yang melampau)...bukan kerana sikap pensyarah itu disebabkan dengan apa yang dah berlaku......akan tetapi diri ana terpukul dengan apa yang telah diungkapkan oleh En.Nasir setelah ia mematahkan pen itu...

"agak-agak,sahabat kamu marah tak?nak tak dia terima pennya dengan keadaan itu?"begitu lantang suara En.Nasir...namun suaranya itu bertukar menjadi sayu,dari matanya yang berkaca,dia meneruskan kata-katanya satu demi satu...

"wahai anak-anak didikku,aku tak minta kaubalas jasaku...tapi balaslah jasa ayah dan ibumu...yang membanting tulang semata-mata untuk membesarkanmu...satu perkara yang dirimu perlu tahu...

Allah tidak memberi kehidupan ini kepada kita sebenarnya. Tetapi sebenarnya, Allah MEMINJAMKAN ia kepada kita.

Barang pinjam bukanlah barang yang kekal abadi. Esok lusa atau bila-bila, ia pasti perlu dipulangkan ke tangan tuan asal.

Kerana ia adalah ‘BARANG PINJAM’.

Barang pinjam, bila tidak dijaga sebaiknya, dipulangkan dalam keadaan tidak sejahtera seperti asal (fitrah), maka sudah tentu akan menimbulkan kemarahan tuan empunya barang.

Allah s.w.t., bagaimana?

Bukankah barang pinjam Allah itu adalah seluruh kehidupan kita?

Sudah kita hitung berapa banyaknya hutang kita kepada Allahdalam kehidupan ini?

Kemampuan kita untuk membayar segala ‘hutang’ itu, pernahkah kita terfikir?

Justeru, bila kita mengetahui bahawa kehidupan ini seluruhnya adalah pinjaman daripada Allah, maka kita perlu sentiasa berfikir bagaimana untuk menjadikannya sejahtera di akhirat kelak bila minta ‘dipulangkan’ semula.

sama-sama renungkan


Monday, July 25, 2011

Bulan Kita....

salam...
smoga smua brada dlm redha Allah slalu.. ameen..

urm.. seminggu jah lagi kita akn menempuh bulan kita..
hu8.. apakah???
bln kita adlh bln Ramadhan..
lupa kata2 niey dari sapa..
tapi cam pernah dgr time jdik knk2 rebina zaman dulu kala...
bahwa bln rejab itu adlh bulan Allah..
bln syaaban itu adlh bln rasulullah..
manakala bln ramadhan itu adlh bulan kita smua...

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

knapakah???
ketiga2 bulan ini punya keistimewaan yg tersendiri..

Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
copy from: http://dakwah.org/blog/?p=256 lagi.. hu8..

n semestinya bln yg pling best bagi kita adlh bln ramadhan.. Allah wat bln ramadhan niey special utk kita... Allah nk bg byk2 pahala utk kita~iA.. marilah kita sama2 merebut pluang niey yup!!!

org yg berpuasa akn dpt dua kebahagiaan.. 1st time bk puasa, 2nd time jmpe Allah kat syurga... yg 1st tuh... bkn gmbira coz bley mkn jah.. tp kte akn rasa gembira bila da selesai menunaikan tggjwb kita... rukun islam yg ketiga : berpuasa di bln ramadhan~ kne jge puasa kita agr dpt markah tip top dari Allah... kata org kita beribdh sbb nak msk syurga.. hua8... maybe coz kita x sehebat rabiatul adawiyah.... beliau pernah berkata dlm sebuah majlis ilmu...

"alangkah buruknya seorg hamba yg menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka. Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, apakah kamu tidak menyembah Allah??? sy menyembah Allah adlh kerana-Nya. nikmat yg dianugerahkan-Nya kpd saya sudah cukup utk menggerakkan hati sy utk menyembah-Nya"

aduh!! ada lagi kah wanita sehebat niey?? lalu x hairanlah bila mana dgn izin Allah, Rabiatul adawiyah dapat memberikan syafaatnya kepada 70 ribu ummat nabi Muhammad = kita...

so, btolkan niat.. apa yg penting?? redha Allah.. bila kita dpt redha Allah.. kita dpt semua.. iA.. dunia dpt, akhirat pown dpt.. marilah mencari redha Allah... Ayuh!!!

salam....

Thursday, July 21, 2011

Teruskanlah


Assalamualaikum wrt~ 

InshaAllah just nak share a short entry yang sy pernah tulis kt blog lain sblm nih. Moga bermanfaat :)

'What you get by reaching your destination is not nearly as important as what you will have become by reaching your destination' - Zig Ziglar

Perjalanan KITA di jalanNya masih panjang dan tidak lepas dari segala jenis ujian dan cabaran. Tapi inshaAllah tarbiyyah akan mengajar kita erti kehidupan yang sebenar-benarnya iaitu untuk mencari keredhaan Allah inshaAllah. Tarbiyyah bukan segalanya-galanya tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu

- Syeikh KH Rahmat Abdullah

Wallahua'lam.

FEZ :)


Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau berikan          petunjuk kepada kami & kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (Al-Imran:8)

Alhamdulillah dipermudahkan ^_^



...bismillah...

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah dah banyak post2 yang terbaik, menyentuh jiwa, saling mengingatkan, dll..

jom sama2 terus2 sharing ok because sharing is caring.

Hadis: "..sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.."
InshaAllah.

Kenapa kita nak buat blog kita2 ni ya sebenarnya?

* yes, pertama2 sekali, blog ni adalah antara usaha kita semua dalam meraih keredhaan-Nya kan.. so always always always refresh refresh refresh niat.. kita takut ada perasaan keterpaksaan untuk menulis di sini..

* second, blog ni untuk kita share apa2 pengisian or daurah yang mungkin kita dapat tapi adik bradik yang lain x dapat, perasaan2 dalam dnt or dalam apa2 jua, kisah2 sahabat, tabi'in dll, nak share pasal buku yang dah kita baca ke, dan banyak lagi.. blog ni kisah kita semua :D

* third, wah! bakat2 yang terpendam tu silalah menulis di sini.. sama2 belajar menulis blog sebab potensi maybe dah ada cuma nak gilap bagi kilat lagi.. dengan penulisan kadang2 ia lebih meninggalkan kesan kan..

* fourth, semoga blog ni dapat mengukuhkan ukhuwah islamiyyah kita walaupun mungkin nnt kita dah x satu bulatan gembira (memang dah ada) tapi saat kita memerlukan saat itulah kita saling menguatkan inshaAllah.

*lastly, maybe ada hadaf2 lain yang korang sendiri ingin capai from this blog yang masih banyak perlu diperbaiki..

semoga usaha ini diberkati Allah..

semoga Allah menganjari kita semua dengan balasan yang terbaik (impikan syurga-Nya) inshaAllah..

hidup diciptakan untuk berbakti pada orang lain, ayuh berjuang! :)

Sayang semua!

~Daaa~