Pages

Thursday, January 26, 2012

Indahnya Hidup Di Atas Jalan Dakwah ^_^



...Bismillah...

apa khabar? sihat jasad dan iman? :)

banyak nak kongsi dengan akhawat semua. inshaAllah, hari ni nak share satu perkongsian daripada Dr Hafidzah bt Hj Mustakim. perkongsian dari syuyukh2 ni sangat best bila kita tau macam mana syuyukh2 ni boleh tsabat dalam dnt sampai tahap ni. :) alhamdulillah. maybe ayat2 ni x sama dengan ayat Dr Hafidzah, but try nak bg sama, kalo dengar recording lagi best!

Pengisian dimulai dengan Dr. memperkenalkan dirinya, bekerja as da'eyah full time and doctor di kelantan. Beliau membuka sebuah klinik di sana. Mengenal tarbiyyah semasa menyambung pelajaran di oversea.

........................................................

Alhamdulillah, walaupun baru pertama kali bertemu dengan para du'at di sini, tetapi saya (Dr. Hafidzah) merasakan jalinan ukhuwah yang sangat rapat dengan antunna semua. inilah yang dikatakan ruh - ruh orang beriman, bercas positif ataupun persamaan fikrah kita, menyebabkan kita tak rasa ada jurang diantara kita. kenapa kita ada perasaan sedemikian? hal ini kerana, cinta Allah yang mengalir dalam setiap jiwa kita. jika Allah tak memilih kita untuk hidup di muka bumi Allah ni, pastinya kita x akan berjumpa hari ini. jika tak kerana cinta Allah pada kita, kita juga x akan rasa nikmat2 berada dalam madrasah dakwah dan tarbiyyah ini.    

betapa bersyukurnya kita, bukan setakat mengatakan dengan lisan (alhamdulillah), tetapi juga perlu ditunjukkan dengan amal/perbuatan, di mana Allah telah menggerakkan hati kita, Allah sentiasa mendorong kita untuk pergi ke tempat2 yang baik, or melakukan perkara2 kebaikan. subhanallah. sangat perlu kita untuk mengenang2 kembali kisah2 turning point kita or saat2 kita mula mengenal tarbiyyah. perasaan setiap orang itu berbeza2. bagaimana dirinya disentuh/mendapat hidayah dan taufiq daripada Allah bermacam2 cara. sangat perlu untuk kita share dengan orang lain or mad'u kita sebab kisah2 seperti akan memotivasikan kita untuk terus tsabat dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ini.

Saya (Dr Hafidzah), selalu mengenangkan kisah2 para sahabat, ataupun yang paling dekat dengan kita, aktivis dakwah yang terkenal Ustazah Yoyoh. bagaimana Allah telah mengambil nyawanya di atas jalan raya. sesungguhnya, kita juga masih belum pasti bagaimana cara kita akan meninggal dunia bukan? tetapi yang pasti kita yakin dengan janji2 Allah, inilah kekuatan kita untuk terus berjuang/berjihad kerana Allah.



video
 Nasihat2 terakhir Ustazah Yoyoh Yusroh pada para du'at.


"Di antara orang2 mukmin itu ada orang2 yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka pula ada yang menunggu2 dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya." [33:23]

Akhawat fillah, hidup kita ni ada misi yang besar, bila tamat misi, Allah ambillah nyawa kita. oleh itu, dalam setiap amal kita, seharusnya kita berusaha untuk mengingati Allah. tidur, niatlah untuk mati syahid agar tidur kita, tidak akan sia2, insyaAllah akan mendapat pahala.

akhawat fillah, perlu untuk kita mengimani surah al-hajj, 22:77-78. 


"Wahai orang2 yg beriman! rukuklah, sujudlah, dn sembahlah Tuhanmua, dn berbuatlah kebaikan agr kmu beruntung. dn berjihadlah kmu di jln Allah dgn jihad yg sebenar-benarnya..."

apa matlamat hidup kita? ibadah dan khalifah. menurut ayat dalam surah al-hajj, perlunya kita untuk berjihad dengan sebenar2nya jihad untuk mencapai 2 matlamat di atas. kenapa? kerana Allah kata dalam surah at-taubah, 9:111, 


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." 


syurga sangat2 mahal. usaha yang kita buat kat dunia sangatlah sedikit tapi inshaAllah, teruslah usaha seikhlas mungkin untuk meraih redhaNya. kerana untuk mencapai keikhlasan dalam setiap perkara yang kita buat bukanlah perkara yang mudah. mujahadah, mujahadah dan teruslah bermujahadah..

sesungguhnya, kita islam bukan sekadar solat, baca surah yasin tapi kita perlu amalkan islam secara kaffah/syumul. oleh itu, akhawat fillah, sediakan diri kita untuk terima hidayah dan taufiq daripadaNya. kita as dae'yah sangat2 perlu jalan2 yang dekat dengan Allah. kita perlu keazaman dan keinginan yang kuat. dan kita perlu menggabungkan diri dengan jemaah sebagai sumber kekuatan daripada Allah. 


"Dan orang2 yang berjihad untuk mencari kerdhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan2 Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang2 yang berbuat baik." [29:69]

bercakap, mengenai ujian, ianya adalah satu sunnatullah. kisah sahabat seperti Bilal b. Rabah dan Sumaiyah, betapa mereka just faham kalimah lailahaillallah tetapi terus mengabdikan diri mereka untuk Allah. betapa beratnya ujian yang mereka dapat tetapi terus teguh dengan islam. ujian juga ada dalam bentuk dalaman dan luaran. dalam ujiannya macam mana? lemah iman, malas, takut, kurang yakin, kesedihan, rasa hebat, suka berdebat dan penting diri sendiri. cuba check, ada tak pada diri kita? so, sangat penting untuk kita bina kekuatan dalaman. bagaimana? sesungguhnya, iman yang mendalam, kemahuan yang kuat, dan kesungguhan dalam beramal, perlu ada dalam diri setiap para du'at.

akhawat fillah, dakwah adalah cinta. saya (Dr. Hafidzah), selalu ingat kata2 KH Rahmat:


Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu

Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu

- Syeikh KH Rahmat Abdullah

kata2nya, sangat menyentuh hati kita as da'e. kerja kita ni banyak lagi yang tak selesai kan?


video
                                                          kerja gila

"untuk selesaikan masalah ummat, tak perlu ubah semua yang lalai. hanya perlu sedarkan mereka yang ada berpegang dengan islam. bangkitlah kesungguhan dan perkenalkan jalan amal dan fiqh dakwah." [muntalaq]

akhawat fillah, kita mesti tajarrud (serahkan diri untuk islam), zuhud dengan dunia dan sabar dalam dnt ini. jalan kita menuju kemenangan, kita perlukan tarbiyyah dan takwin. 10 muwasofat tarbiyyah, perlu untuk kita capai untuk jadi manusia yang ada ciri rabbani. aim kita bukan 2/3 dunia sahaja tetapi seluruh dunia.

slogan kita:

 Allahughayatuna
Arrasul qudwatuna
Al-Quran dusturuna
Al-jihaddu sabiluna
almautu fi sabilillah

semua ni kita ingat sampai kita menempuh saat2 terakhir hidup ini.

............................................

Allahu'alam.

Friday, January 6, 2012

jalan juang










" sabarlah wahai saudaraku, untuk mencapai cita. jalan yang kau tempuh sangat panjang. tak sekadar bongkah batu karang".



HA