Pages

Thursday, November 24, 2011

JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP


Ketika budimu tidak dihargai janganlah kau bersedih,

Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang ketulusan hati.
Ketika usahamu dinilai insan lain tidak penting sama sekali,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar keikhlasan dalam diri.
Ketika hatimu terluka kekecewaan yang amat dalam,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang memaafkan.
Ketika kau sering dilanda resah dan kecewa ,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang kesungguhan.
Ketika kau merasa sepi dan sendiri melanda hatimu,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang ketengguhan.
Ketika kau harus membayar perbelanjaan yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang kemurah-hati.
Maka :
Tetaplah bersemangat
Tetaplah bersabar
Tetaplah tersenyum
Teruskan belajar
Kerana kita semua sedang menimba ilmu di Universiti Kehidupan
Ingat...
Tuhan menjadikanmu di tempat kamu sekarang, bukan kerana kebetulan.
Orang yang hebat tidak dihasilkan melalui :
Kemudahan
Kesenangan dan ketenangan
Melainkan mereka dibentuk melalui :
Kesukaran
Tentangan dan…air mata

Maka ketika engkau mengalami sesuatu yang sangat berat dan merasa ditinggalkan sendiri dalam hidup ini :
Angkatlah tangan dan berdoalah…tataplah masa depanmu… Dan ketahuilah…
Tuhan sedang mempersiapkanmu untuk menjadi…
Orang yang luar biasa untuk menjadi seorang…
PEMENANG SEGULUNG IJAZAH
PADA UNIVERSITI KEHIDUPAN



p/s: setiap ayat n perkataan sgt meaningful n terkesan pd diri sendiri. moga manfaat :)

Kisah Rama-Rama Yang Tak Mampu Terbang


Suatu hari, ada seorang budak lelaki sedang memerhatikan seekor kepompong..

Didalamnya ada rama-rama yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong dan

Kelihatannya begitu sukar

Budak lelaki tersebut merasa kesian kepada rama – rama tersebut

Dia ingin membantu rama-rama agar dapat keluar dengan mudah.

Akhirnya kanak-kanak mengambil gunting dan membantu memotong

kepompong agar rama-rama dapat keluar dengan segera dan senang.

Alangkah senang dan leganya kanak-kanak tersebut.

Tetapi apa yang terjadi?

Rama-rama itu memang dapat keluar dari sana,

Tetapi rama-rama itu tidak dapat terbang, dia hanya dapat merayap.

Apa sebabnya?

Rama-rama yang sedang berjuang dari kepompongnya tersebut,

Sebenarnya pada saat rama-rama mengerahkan seluruh tenaganya, ada satu cecair didalam tubuhnya mengalir dengan kuat ke seluruh tubuhnya, yang akan membuatkan sayapnya dapat mengembang sehingga ia dapat terbang.

Tetapi kerana tiada lagi perjuangan tersebut, maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga ia menjadi seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.

Kadangkala niat baik kita belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik.

Sama seperti pada sewaktu kita mengajar anak kita.

Kadangkala kita sering membantu mereka kerana kasihan atau rasa sayang, tetapi sebenarnya membuatkan mereka tidak berdikari

Membuat potensi dalam dirinya tidak berkembang. Memandulkan kreativiti

Kerana kita tidak sanggup melihat mereka mengalami kesulitan,

Yang sebenarnya jika mereka berjaya mengatasinya, mereka akan menjadi KUAT.

Demikian juga pada sewaktu kita sedang berjuang menghadapi sesuatu, jangan mengharapkan bantuan orang lain, berjuanglah dahulu dengan mengerahkan segala kemampuan kita.

Hidup penuh dengan PERJUANGAN.

Sering kali juga kita sering menyalahkan situasi yang kita hadapi,

Tetapi ternyata situasi itulah yang akan mendewasakan kita




p/s: sekadar gambar hiasan :)

Friday, November 18, 2011

Some tips;)

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamuaalaikum w.b.t.

Alhamdulillah thumma alhamdulillahirabbil 'alamin
Segala puji hanya layak bg Allah yg mentadbir sekelian alam

Apa kabar semua? Apa kabar jasad dan iman ahlul blessed circle? Asif sekian lama join baru hari ni nak menulis.

Just nak share sedikit tips gaya penulisan yg berkesan utk blog supaya apa yg ditulis mudah difahami dan menarik hati pembaca. Ana yakin antum SANGAT BERSEMANGAT nak sharing. Mabruk! Moga segala yg kita lakukan adalah semata-mata utk meraih redha-Nya, bukan utk mengharapkan pujian atau penghargaan manusia=)

1. Tak terlalu panjang.
-kalau boleh limitkan word count to max +/- 3000 characters or +/- 500 words. Tulisan yg terlalu panjang akan men-down-kan pembaca. Kalau boleh buat dlm bullet point or point2 yg ringkas dan padat, ana rasa itu lebih memudahkan pembaca faham dan menghayati apa yg nak disampaikan.

2. Don't just copy and paste.
-ana prasan mcm byk ayat skema dlm entries sblm2 ni. Mcm di-copy bulat2 from some where else. Kalau betul copy dari source lain, please use referencing ya. nnt dituduh plagiarisme pulak. Kalau mmg zahirnya kita ni budak skema xpe la kot. But sebolehnya olah la sket ayat tu supaya bahasanya lebih hidup dan dapat menyentuh hati pembaca.

3. Avoid from using short form yg sukar difahami.
-faham je kita dah terbiasa guna bahasa sms. but penulisan yg baik ialah tulisan yg selesa dan mudah dibaca oleh semua pembaca x kira apa sekali pun background mereka. Kalau nak guna short form juga, make sure guna bahasa yg mmg org dah biasa dan faham. But kalau perasan kadang2 bahasa short form ni kasar bunyi nye. (asif kalau ana sendiri ada melakukan kesalahan yg sama)

4. Hati ke hati
-one of the objective kita create blog ni ialah utk share bukan saja ilmu, tp juga pengalaman hidup dan perasaan. Utk mengetuk hati org yg membaca seterusnya melahirkan keinginan utk beramal. So perlunya utk kita guna bahasa yg lebih 'hidup'.

Banyak lg tips yg kita boleh dpt di luar insyaAllah. Hopefully sedikit guidance ni dapat kita gunakan utk memberi yg terbaik utk Allah.

Ala kulli hal alhamdulillah...
Next projek kita ialah ? hehe.... insyaAllah=)


yg memerhati dari jauh...
~Ana Mursyidah~

Tuesday, November 15, 2011

@ Perkongsian bersama Prof Latiff (CUCMS) di SP @

Assalamualaikum. :)

Sama2 hayati. Semoga bermanfaat.

disclaimer: ayat tak sama sebijik2 tapi cuba kekalkan maksud ayat.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sangat gembira dengan perjumpaan malam ni walaupun bilangan yang sedikit..lebih bermakna daripada kursus pada hari-hari berikutnya.

“Network” kita bukan sahaja kerana ISLAM tetapi juga kerana dakwah. Kita tak mau jadi “just-another-muslim.”

Kita perlu tengok semula peranan khalifah:

- membaiki diri sendiri
- sama2 menjadikan orang lain lebih baik
- menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik

Peranan ini boleh dilaksankan oleh semua orang; kita perlu membawa konsep peranan ini sehingga boleh diterima dan didokong oleh semua orang.

Kita diikat/disatukan dengan UKHUWAH. Kesatuan kita ialah atas dasar:

- kefahaman
- perkara-perkara asas yang kita lakukan setiap hari ; amalan-amalan wajib yang menjaga hubungan kita dengan Allah
- wasilah tarbiyah yang kita lalui

Ambil contoh dari Tunisia:

- diperintah oleh raja yang zalim x 40 tahun
- tak boleh dengar azan/tak boleh baca Quran.
- Sekarang ada kelompok yang berjaya menumpaskan – kekuatan kelompok yang menang bukanlah pada senjata2 hebat tapi kekuatan KASIH SAYANG

Dengan nilai kasih sayang dan keimanan ini, kekuatan kita yang sebenar ialah 1000x ganda daripada apa yang nampak di hadapan mata.

Jadi, 2 perkara pokok yang sangat penting ialah:
  1. hubungan kita dengan Allah
  2. hubungan kita sesama kita – baik sangka dan berkasih sayang kerana Allah
Keberadaan kita di atas jalan ini sangat perlu disyukuri. Ada banyak yang nampak hebat di dunia tapi dah nak ”bankrup” e.g:

- tamadun barat - nak bankrup
- KODAK; syarikat/jenama yang sangat dikenali ramai tapi nak bankrup
- ITALI, tempat prof buat phd..sekarang nak ”bankrup” juga

Realitinya sekarang, siapa yang sedang menang? Siapa yang akan menjadi ”new world order” i.e ustaziatul alam? insyaAllah ISLAM sedang menang dan islam akan tersebat sehingga seluruh bumi ini terasa sangat BEST dengan ISLAM.

Ini adalah suatu berita baik : kita sedang berada bersama-sama pasukan yang sedang menang.

Sebelum ini, kalau prof menyediakan keluarga untuk kehilangan dirinya bila-bila masa...dengan perkembangan-perkembangan baru (i.e berita kemenangan islam yang makin banyak) memberi motivasi untuk hidup lebih sihat dan untuk melihat kemenangan itu =)

Memandangkan kita sedang menang, berpegang teguhlah atas jalan ini (Hold On Thight). Istiqamahlah tetaplah dengan wasilah tarbiyah kita dan amalan harian kita. Jangan memperkecilkan benda yang nampak kecil.

Ketika pasukan ini sedang menang, kita tak mahu hanya menjadi tukang sorak semata. e.g di padang bola sepak, ada 22 pemain tapi tukang sorak ramai (sampai 50000+). Selalunya yang cakap banyak ialah tukang sorak. Tapi, kita nak jadi pemain yang buat kerja.

Kita perlu sentiasa berfikir : Adakah amal yang saya lakukan ini membantu umat ini untuk berjaya?
Adakah kita hanya bagi ”extra time”/masa lebihan sahaja untuk umat

ATAU

Adakah kita sentiasa nak minta masa – ”bagi saya masa, saya nak pulun jadi specialist nanti saya akan menyumbang untuk umat” seolah-olah kita sedang mengumpul tenaga keupayaan dan akan memecut laju bila dilepaskan.

ATAU

Adakah kita terlalu sibuk e.g ada perumpaan DOKTOR/STAF PERUBATAN = SIBUK= JAGA PESAKIT = ”ONCALL” etc (sampai tak dapat nak join program) huhu...

Cuma satu, tanyalah diri kita sendiri sama ada kita boleh nak guna alasan2 di hadapan Allah nanti.

Sebenarnya tiada alasan. Kita lah yang harus berfikir – apa yang kita boleh buat? Fikirkan projek-projek dakwah; bagaimana menjadikan merawat pesakit bermanfaat untuk dakwah.

Sebab di sebalik penubuhan CUCMS – adalah untuk melahirkan ”MANUSIA” /kader-kader dakwah .
Contohnya, boleh buat projek Sunathon/Free Medical check up/
Projek Basic Life Support (yang dimulakan oleh pelajar sendiri)

FIkirkan apa kekuatan/kemampuan (CAPABILITY) kita dan gunakan untuk dakwah.

Kita tak dapat buat benda ni sorang-sorang. Kita memerlukan usaha berkelompok (berjamaie’) dalam merealisasikan impian ini.

Kita perlu bina jaringan, adakan perbincangan dan menggalakkan idea-idea untuk menggerakkan profesyen kita untuk dakwah.

Kita tak mahu kehidupan yang terasing – siang cari makan, malam cari pahala.

Kita mahu optimumkan supaya seluruh kerjaya kita dapat menyumbang untuk dakwah.

Inilah yang mendorong penubuhan CUCMS misalnya.

Tetapi tidak bermakna semua orang perlu join CUCMS – perkongsian supaya semua orang mula berfikir – APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN?

CUCMS sendiri masih baru tapi niat asal penubuhannya adalah jelas. Jadi, kita perlu yakin dan bersabar dalam proses melahirkan manusia ini. e.g sekarang kalau buat program tajmi’ seperti makan-makan di rumah prof, walaupun dipanggil usrah, ramai yang suka termasuk yang bukan islam.

Hosp An-Nur : walaupun dari segi bangunan nya agak dhaif., masyarakat sekeliling merasai kewujudannya – mereka berterima kasih pada doktor-doktor yang membantu kelahiran anak-anak mereka dan merawat anak mereka ketika sakit.


Diakhiri dengan cerita ~

Cerita daripada Azam Tamimi
Cerita mengenai Madrasah Imam Ghazali
- diwujudkan untuk melatih manusia
- mentarbiyyah dan menghasilkan manusia
- Generasi pertama setelah tamat kembali untuk mendidik generasi kedua dan generasi kedua kembali mendidik generasi ketiga dan seterusnya generasi ketiga kembali mendidik generasi keempat.
- Daripada generasi keempat itu lahirlah seorang ”SALAHUDDIN AL-AYYUBI”
- Sekarang ramai yang bertanya di manakah salahuddin al-ayyubi zaman kita? Salahuddin tidak muncul tiba-tiba. Ini memerlukan pada pembinaan manusia (bina’ rijal) dan kesabaran.


Ada seorang ikhwah Palestin mengajarkan DOA ~ ”Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga tanpa hisab”

Prof tambah, ”Ya Allah masukkanlah aku ke dalam syurga firdaus tanpa hisab”
- kita kena aim tingkatan syurga yang paling tinggi.

Selalu berharap semoga ada antara pelajar yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan akan teringat pada cikgunya dan akan dapat sama-sama masuk syurga tanpa hisab...sbb kalau nak harap amalan kita memang takkan cukup.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ameen, sungguh Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Allahua'lam.

Thursday, November 10, 2011

Kisah cinta seorang wanita kepada Allah

Wanita adalah hiasan dunia dan sebaik-baik wanita di muka bumi Allah yang agung ini adalah wanita yang solehah. Tiada lelaki yang tidak mahukan seorang wanita untuk dijadikan teman hidupnya memiliki ciri-ciri wanita solehah.
Entri ini ditulis bertujuan untuk berkongsi sebuah kisah pada zaman dahulu tentang kasih dan cintanya seorang wanita ini kepada Allah S.W.T. Mari sama-sama kita baca dan ambil iktibar dari kisah yang membuatkan mata dan hati ini menangis.
Dalam sebuah riwayat mengatakan bahawa seorang lelaki munafik yang sangat kedekut telah bersumpah kepada isterinya supaya tidak menyedekahkan sesuatu apa pun kepada orang lain. Maka suatu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah wanita itu ketika suaminya tiada di rumah. Peminta sedekah itu berkata, “Wahai penghuni rumah, tolonglah berikan aku sesuatu”.
Sebaik sahaja isteri orang munafik itu mendengar permintaan peminta sedekah, lalu diberinya 3 keping roti. Lalu peminta sedekah itu berlalu dan mengucapkan terima kasih. Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan lelaki munafik tersebut lalu lelaki munafik itu bertanya kepada peminta sedekah, “Di manakah kamu mendapat roti ini?” Maka pengemis menjawab, “Orang di rumah sana memberiku”.
Orang munafik mengetahui bahawa rumah yang dimaksudkan adalah rumahnya, lalu dia pulang dengan perasaan marah dan berkata kepada isterinya, “Bukankah aku telah melarang kamu dari memberikan sesuatu apa pun kepada sesiapa?” Isterinya menjawab, “Aku berikan roti kepada pengemis itu kerana Allah S.W.T”.


Apabila orang munafik itu mendengar kata-kata isterinya, maka dia menjadi sangat marah lalu menyalakan dapur rotinya sehingga panas. Kemudian dia berkata kepada isterinya, “Berdirilah dan campakkanlah diri kamu ke dalam api ini kerana Allah”.
Isterinya akur dengan kehendak suaminya lalu memakai perhiasannya dan berhias sehingga cantik. Orang munafik itu berkata, “Kamu jangan pakai perhiasan-perhiasan ini”. Isterinya menjawab, “Seorang kekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya, sedangkan aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku (Allah)”.
Setelah itu, wanita tersebut terus terjun ke dalam dapur tempat membuat roti yang panas lalu orang munafik tesebut menutup tudung dapur dan beredar dari situ. Setelah tiga hari, orang munafik itu pun membuka tudung dapur dan dia terperanjat apabila melihat isterinya itu masih sihat tanpa terdapat apa-apa kecacatan pada dirinya berkat kuasa Allah.
Kemudian terdengarlah orang munafik itu suara dari langit yang berkata, “Kamu tidak mengerti bahawa sesungguhnya api tidak akan membakar kekasih-kekasih Kami”.






Nota kaki: sangat suka cerita ni. Subhanallah.. sangat amat besar kuasa Allah... :')

Ku Telefon Tuhan Dalam Tahajjud

Semalam, ku telefon Tuhan dalam tahajjudku.
“Tuut, tuut… tuut, tuuut!” Terus diangkat. Dan sebaik sahaja kudengar talian di sebelah sana diangkat, saat itu terus ku luahkan isi hatiku bagai mencurah-curah ke ladang gandum!
“Wahai Yang Maha Agung, aku ini hambaMu. Aku menghubungimu semata-mata ingin mengadu padaMu ya Allah. Wahai Yang Maha Mendengar, aku ingin mengadu kepadaMu bahawa hatiku telah berlubang!”
“Wahai hambaKu. Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas kamu pada badanmu, lalu kamu menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu untuk menegakkan bagimu neraca timbangan atau membuka buku catatan amalmu.” [1]
“Akan tetapi Allah, lubang di hatiku ini sangat menyakitkan. Dan ini juga bukan kemahuanku.”
“Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [2]
“Yang penting lubang di hati ini sangat dalam. Dan aku mohon pertolonganMu, mengapa tidak Engkau tutupkannya saja.”
“Jika sekiranya Aku mahu, nescaya akan Kuberikan kepadamu wahai kekasihKu. Akan tetapi telah tetaplah kata-kataKu: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasihKu, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” [3]
“Oh begitu rupanya… Sungguh Maha Penyayang Engkau wahai Tuhanku, melindungi aku daripada fitnah dunia. Maka, sekarang aku memohon agar Engkau memberikan aku kekuatan ya Allah.”
“Sesungguhnya Aku sekali-kali tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [4]
“Terima kasih Tuhan, bolehkah Engkau selalu mengingatkan aku di saat aku lupa wahai Tuhanku…?”
“Tentu. Sesungguhnya Akulah yang menciptakanmu dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatimu, dan Aku lebih dekat kepadamu daripada urat lehermu sendiri.” [5]
“Tuhanku, aku sangat-sangat berharap Engkau sentiasa ada bersama denganku.”
“Wahai hambaKu, ketahuilah bahawa Aku sentiasa berada dalam sangkaanmu, dan Aku ada bersamamu ketika kamu menyebutKu. Bila kamu menyebut-Ku dalam dirimu, Aku menyebutmu dalam Diri-Ku. Bila kamu menyebut-Ku dalam khalayak ramai, Aku menyebutmu dalam khalayak yang lebih baik daripada itu. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadamu satu hasta. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadamu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari.” [6]
“Aku ingin menjadi hambaMu yang sebenar-benarnya wahai Tuhanku…”
“Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” [7]
“Wahai Allah! Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Dan aku berjanji akan selalu mengingatiMu lebih daripada segala yang lain.”
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingati Aku.” [8]
SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. La ilaaha illAllah. La hawla wala quwwata illa billah.
Lalu ku putuskan talian itu kerana ku tahu sebentar lagi akan ku hubungiNya lagi.
Terima kasih Allah.
Yang tak pernah jemu melayan kerenah ku.
Yang lebih dekat kepadaku berbanding urat leherku.
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.
Terima kasih ya Allah!
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)


SISIPAN AYAT-AYAT AL-QUR’AN DAN HADIS QUDSI

1.  Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Allah telah berfirman: Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya.” (Riwayat Qudha’I, Dailami, Hakim dan Tirmidzi)
2.  “…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
3.  Berkata Ibnu Mas’ud ra. bahwasanya Nabi Saw. telah bersabda: ”Allah telah berfirman: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasih-Ku, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” (Riwayat Qudha’i)
4.  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al-Baqarah: 286)
5.  “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (Qaff: 16)
6.  Dari Abu Hurayrah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah Saw.: “Berfirman Allah Yang Maha Agung: Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)
7.  Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Allah telah berfirman: Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” (Riwayat Dailami)
8.  “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.” (Thaahaa: 14)




Nota kaki:
Terima kasih Allah.
Yang tak pernah jemu melayan kerenah ku.
Yang lebih dekat kepadaku berbanding urat leherku.
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.
Terima kasih ya Allah!

Tangisan Isam Bin Yusuf

Dikisahkan bahawa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk sembahyangnya. Namun demikian dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasanya kurang khusyuk.
Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya:

“Wahai Aba Abdurrahman (Nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?”

Berkata Hatim: “Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin.”

Bertanya Isam: “Bagaimana wuduk batin itu?”

Berkata Hatim: “Wuduk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:

1- Bertaubat.
2- Menyesali akan dosa yang telah dilakukan.
3- Tidak tergila-gila dengan dunia.
4- Tidak mencari atau mengharapkan pujian dari manusia
5- Sifat bermegah-megahan.
6- Sifat khianat dan menipu.
7- Meninggalkan sifat dengki.”

Seterusnya Hatim berkata: “Kemudian aku pergi ke Masjid, ku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku. Dan ku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian Shiratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa sembahyang ku kali ini adalah sembahyang terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini), kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam sembahyang ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk (merasa hina), aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersembahyang selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar menangislah ia sekuat-kuatnya kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.



" ya Allah, Kau terimalah ibadat ku selama mana aku telah beribadat kepada Mu ya Allah.. ameen :'| "

MOOD:


* Qaedah Sulbah *

Assalamualaikum :)
Semoga Allah sentiasa menjaga antunna semua. Ameen. Jom baca QS bagi siapa yang x baca lagi. Ni dapat masa time cuti 4 bulan hari tu.

Apa itu qaedah sulbah?
  • Qaedah is from al-qawa'id..refer to surah an-nahl, 16:26 ~"...maka Allah menghancurkan rumah2 mereka mulai dari pondasinya, lalu atap..."
  • yg bermaksud pondasi (indon) = foundation = asas
  • Sulbah is from sulbi - tulang yg kukuh..refer surah al-'araf, 7:172 ~"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu adam..."
  • So, qaedah sulbah ialah pembinaan asas yg kukuh dalam dakwah ni.
- sebenarny QS adalah step dalm gerak kerja dakwah mengikut cara Rasulullah SAW.
- kita nak bina 7 tangga maratib amal tu la, perlu drpd asas iaitu individu muslim.


- dalam kita nak bina 7 tangga ni, kita perlu clear dari segi why + how = maqbul.
  • why - knpa kita nak buat semua benda2 ni? penat, dugaan.. sebab kerana ALLAH seikhlas2nya. refer to sirah, bagaimana iman para sahabat and how mereka bekerja, diaorang ALL OUT habis - habisan sampai kita pun dapat ISLAM. Alhamdulillah.

  • how - dengan mengikut dakwah cara Rasulullah tp bukan nak ikut tempoh masa Rasulullah bekerja selama 23 tahun.
  • contohnya, dalam masa 3 tahun kena dakwah secara sirriyah (sembunyi), Rasulullah + sahabat, solat, halaqah semua sirr. tp kita sekarang x sirr pun kan.. terang2 lagi, siap kena marah2..hehehe
  • masa dakwah secara jahriyyah (terang-terangan), kenapa diperintahkan? 1st memang Allah suruh. 2nd sebab dalam masa 3 tahun tu dah ada core group yg Rasulullah bina tp x semuanya yg betul2 kualiti. macam kita jugak, dalam satu group tu, mesti ada yg di dalamnya kualitinya berkurang. sebab tu perlu di luaskan dakwah. so, yg core group ni perlu bekerja lebih la untuk support sahabat2 mereka.

  • maqbul - adalah penerimaan. mardhatillah = UA. bilakah? not to worry, just kita kerja, kerja, kerja.. hanya Allah yg tahu segalanya.

  • dalam pembentukan qaedah sulbah ni, ada ciri2 pengikut dakwah yg perlu ada:
  1. orang yg mampu menanggung fitnah (apa2 halangan untuk bergerak dlm dakwah) dri segi fizikal, fitrah + kelaparan.
  2. orang yg mampu untuk menyerahkan segala benda hanya pada Allah kerana dakwah. fuhh! sgt hebat orang ini!
  • di Mekah, terbentuknya assabiqun al-awwalun min al-muhajirin (hasil tarbiyyah from Rasulullah).
  • di Madinah, terbentuknya assabiqun al-awwalun min al-ansari (hasil tarbiyyah from Mus'ab bin Umair dll). ni juga kesan from Bai'ah Aqabah yg ke-2.
  • so, gabung 2 golongan ni, jadilah qaedah sulbah di Madinah (CORE GROUP).
- kesimpulannya, kita kena faham pembinaan core group ini sangat penting dalam perjalanan dakwah kita. kita manusia hanya mampu berusaha sebab Allah suruh kita berusaha untuk dapatkan pahala daripadaNya. natijahnya(hasil) Allah yg tentukan. so, core group ni, perlu "pekat" untuk membina individu muslim yg lain. matlamat kita nak bawa mereka pada Allah = kembali tunduk pada sistem Ilahi. sebab kerja dakwah dan tarbiyyah ni bukan kerja yg main2. kita perlukan pasukan dakwah yg muntij. dan core group ni jugak kena lah bertambah dari semasa ke semasa. so, golongan assabiqun al-awwalun perlu bekerja keras untuk mantapkan + berkembangnya dakwah islamiyyah hingga tertegaknya islam di muka bumi ni.

Wallahua'lam.