Pages

Wednesday, February 1, 2012

Sharing 3: Perkongsian di CUCMS

Bismillahirrahmanirrahim

InsyaAllah ini adalah perkongsian tertutup dari tokoh2 syeikh IM yg disegani, Syeikh Solah dan Syeikh Abdul Wahab. Utk pengetahuan semua, both of them ialah lecterur medic/clinical di University of Zagazig, Egypt. So takde alasan la kan utk student/doctor dlm bidang ni utk xboleh pergi jauh dlm jalan dakwah dan tarbiyah ni. Coz kebanyakan pak syeikh dlm IM ni ialah prof and doctor dan mereka juga ialah USTAZ/HAFIZ. Allahuakbar!

Dlm banyak2 talks dari syeikh IM, kata-kata syeikh ni sgt dekat dgn hati pemuda kerana dia menyentuh asas2 tarbiyah bermula dari fasa pembinaan individu muslim yg solid dari segi 10 muwasofatnya hingga kejayaan mereka menawan parlimen mesir. Dan antara kata2 humble dari Syeikh ni, "jangan terlalu berbangga dengan kejayaan ini kerana perjuangan kami baru bermula". huhhh... Andaikan mereka yg hampir sampai ke fasa daulah islamiyah masih mengatakan 'perjuangan ini baru bermula', di mana kayu ukur usaha kita nak dibandingkan dgn jerih payah mereka. Allahuakbar...

Jom baca catatan seorang ikhwah ni...

******************************************************************************

Salam wbt,

Dikongsikan teks ucapan (di salin) semasa sesi Syeikh2 IM di CUCMS semalam. Salah eja mohon maaf, sbb taip laju2...moga bermanfaat utk semua yg tak dapat hadir...

Dr Solah (tak full, datang 30 minit lewat, yg awal2 x sempat salin)

Kelemahan belia di zaman nya, ialah tiada jati diri, mudah ditundukkan kepada musuh. hingga hilang kpd kepercayaan dan keyakinan terhadap kemampuan islam. bukannya hilang keyakinan kpd islam tu sendiri, tapi lebih kepada bagaimana islam itu hendak disampaikan dan dilaksanakan, bagaimana tarbiyyah dilaksanakan, hingga tidak nampak matlamat kpd tarbiyyah itu sendiri. ISHAB berikan penjelasan terhadap isu ini, bahawa tarbiyyah ada matlamat yg jelas.

Beliau pernah mensifatkan belia di zamannya, tidak suka berhijrah, takut pada jihad, takut pada mati, takut kpd semua perkara mulia. begitu rendahnya pemuda yg dihadapai di zamannya. Lalu ISHAB mendidik mereka erti kebebasan dari segi akal, pemikiran, amal, jihad, supaya tidak terikat dengan perkara2 yg membawa kemunduran sebelum itu, dan membina mereka sifat2 menjauhi dari menjadi hanya pak turut, supaya tidak mengulang kesilapan lalu, dan hanya taklif sahaja…

Beliau telah berusaha menghidupkan hati pemuda dengan wahyu, dan jadikan nabi sebagai pemimpin, tanam iman, melahirkan pemuda yg hatinya seperti hati SINGA, ytang mempunyai cita-cita, punyai VISION, tahu halatuju…Jadi beliau nyatakan, ditanam dalam diri mereka kehebatan wahyu, Kehebatan pemimpinan nabi, hati penuh dengan iman, jalan yg ada padanya jelas,matlamat yg jelas, maka lahir lah pemuda2 yg merdeka, hebat, punyai kehebatan, tak takut kematian, pemuda yg memburu mati syahid, seumpama pengantin yang mencari pasangnannya…

Jadi dengan satu sifat naluri yg begitu dalam diri ISHAB, keinginan utk merubah dan falsafah yg tinggi, untuk itu beliau mengorbankan segala hidupnya, menghairankan dan kagumkan semua org, dari kecil hingga hujung hayat, menunjukkan apa yg beliau inginkan dari hidup ini.

ISHAB menghadapai satu masyarakat yg telah hilang kekuatan IMAN, dan kekuatan berJEMAAH… Dengan itu, beliau telah berusaha membina usrah-usrah di kalangan ahlinya, membina ikatan yg kuat, dengan asas2 taaruf dan ikatan hati, membuang antara mereka sifat pentingkan diri dan tidak ambil tahu orang lain…Beliau telah menghadapai masyarakat yg lupa, dengan membina ikatan2 yg berasaskan kefahaman dan jauhkan mereka dari kelalaian dan lemah semangat, kerana kita mula dengan realiti yg kita ada, kemudian ada lah dunia seluruhnya…dengan mengubat kelemahan yg ada, untuk capai cita2 besar, ustaziatul alam..

Beliau mengetengahkan tafahum, saling memahami, dan taqarrub…perlunya nasihat dalam rukun ini…dan nasihat adalah rukun agama…merujuk kepada saling memperbaiki antara satu sama lain, kelemahan2 yang ada…

Oleh kerana perjalanan yg harus dilalui oleh ummah ini panjang, dan tugasnya berat dan besar, ia memerlukan persediaan jiwa dan hati…perlu kpd jiwa yg suci dan bersih, yang akan membawa risalah ini, perlu sentiasa diperbaikai dan dirawati, kerana akan selalu melalui keadaan2 yang akan melemahkan, maka sangat perlu kepada rangsangan2 dan penyucian jiwa…

Beliau menyatakan juga, di dalam mebangun ummah ini, selain kpd saling memahami dan beri nasihat, sangat perlu kepada takaful (saling bantu)…berdepan dengan segala kelemahan, boleh membawa tidak dapat melaksanakan kewajipan, tidak dapat melaksanakan janji setia..sesungguhnya kemiskinan tegar tidak boleh membawa kepada bangkitnya roh..bagaimana jasad tidak berpakaian, perut yang kosong, boleh buat satu perubahan..di sampaing beliau beri harapan dan cita2 yg besar, beliau sedar reality yang berlaku terhadap ummah…

Beliau berhadapan pemuda2 ini, dengan mengajar mereka, meningkatkan kefahaman dan akal mereka…sesungguhnya hakikat kefahaman yg sebenar adalah terletak kepada hakikat keIMANAN seseorang itu…Beliau juga membentuk kumpulan2 untuk melaksanakan tugas2 tersebut…kewajipan dan kefarduan Islam itu, tidak dapat dilaksanakan oleh tubuh-tubuh dan badan-badan yang punyai kekuatan…Beliau juga membina nizam katibah, untuk menguatkan aspek kerohainan, agar ada hubungan kuat dengan Allah swt..setiap perkara penting, sentiasa petrlukan hati yg sentiasa berhubung dengan Allah swt…

Beliau juga melangkah kepada langkah berikutnya, dengan fikrah yg tinggi, dengan jamaah yg suci, dengan ummah yg baik, berperanan utk memelihara agama, untuk menjaga hukum2 Islam, dan juga untuk menyampaikan Islam kepada pihak2 di luar Islam…

Beliau juga mempercayai bahawa wasilah2 yg bersifat rasmi, merupakan wasilah yg memberikan kesan yg sangat mendalam kepada masyarakat, dan begitu penting sekali peranannya…Jadi, perkara2 yg melibatkan institusi seperti sekolah, kementerian, TV, radio, pementasan, ataupun drama, apa sahaja yg bersifat rasmi, akan memberi kesan kepada membangun ummah…

ISHAB mengatakan redha atau merasa cukup dengan pendekatan ketika itu, seperti dakwah dan berikan nasihat, ataupon bersihkan jiwa dan hati, ini semua adalah pendekatan2 yg umpama falsafah…beliau telah melakukan pendekatan sebenar iaitu terjun ke medan untuk selesai masaalah sebenar…dengan pendekatan yg bersungguh dan waqie, tidak mengambil masa yg lama, beliau telah pergi meninggalkan sejarah, yg akhirnya menulis tentang sejarahnya, riwayat hidupnya, tentang apa yg beliau usahakan…

Soalan2

1. ISHAB menghadapai berbagai pemuda di zamanya,..boleh ceritakan pemuda yg berbagai background ini? Bagaiman ISHAB satukan pemuda2 ini?

ISHAB menggunakan pendekatan agama itu besar, cita2 agama itu besar…dan meletakkan cita2 agama yg begitu besar itu begitu jelas di hadapan mereka, iaiatu kebebasan, kekuasaan…dan jauhkan diri dari perkara2 khilaf, perkara furu’, perkara2 fikah…ini dapat mengelakkan beliau dari masaalah terhadap kepelbagaian latarbelakang..dengan cita2 agama yg besar ini, semua orang jelas dan sepakat dengan cita2 besar ini…untuk bersatu dalam perkara furu dalam agama adalah sesuatu yg mustahil…beliau tidak meletakkan diri beliau di kandang itu…

2. IShab bina pemuda, yg kekal beberapa generasi…adakah revolusi mesir di initiate oleh pemuda ikhwan, ataupon di initiate oleh pemuda lain yg terpengaruh dengan pemuda ikhwan, ataupon memang ikhwah mengambil peluang terhadap kebangkitan masyarakat, seterusnya menang pilihanraya…

Kita ketahui bahawa, perubahan2 yg bersifat mendadak, ia tidak akan kekal lama..perubahan yg berlaku itu, perubahan yg kekal, yang berasaskan kepada langkah2 perlahan tapi berterusan..membina ruh jihad dalam diri ummah, dengan begitu lama..apa yg diinginkan oleh ISHAB, beliau berkata, bukan setakat mencapai matlamat, tapi membersihkan penyakit2 lama, yg berkarat dalam diri ummah ini…ia perlukan proses dan masa yg panjang..apa yg dicapai bukan lah mendadak, tapi perjuangan dan usaha yg diusahakan terhadap ummah sekian lama…

Sebenarnya detik kemenangan itu, adalah berdasarkan usaha2 yg lama yg panjang dan berterusan..namun demikian, fikrah itu, mestilah dimulakan oleh orang pilihan, dan disokong oleh ummah…itulah proses mendapat kemenangan, dimulakan oleh golongan terpilih, dan disokong oleh ummah…dikatakan bahawa, satu usaha yg berjaya perlu 2 perkara…iaitu satu kajian yg mendalam sebelum laksanakanya, yg kedua, bersifat sederhana ketika melakukannya..dengan pendekatan itu lah, ikhwah tidak mengangkat apa2 slogan terhadap perkembangan2 yg berlaku…

3. Apakah kitab akidah yg menjadi rujukan ISHAB…dan apakah kitab akidah menjadi rujukan ikhwan sekarang..
· Kitab al-aqaid karanagn ISHAB,
· Buku karangan syeikh mohd ghazali.
· Ma’rifatul iman – Qardawi
· Buku karangan sayyid sabiq
· Buku

Pendekatan yg diminati ISHAB, adalah yg menjauhi pendekatan2 khilaf oleh ulama…akidah perlu difahami dengan mudah, dihayati dan difahami dengan sempurna…

4. Bagaiman mengetahui reality masyarakat…kadang2 saya tak tahu apa yg dikehendaki masyarakat.

Mereka nak 2 perkara..mereka nak tahu agama mereka…kedua, mereka nak tahu, agama itu cukup untuk mereka…

Murid Albanna, bernama Abdul Khalid, pernah ditemuramah dalam TV…apa kamu dapat dari AlBanna?? Beliau jawab, saya tahu agama saya, saya tahu agama itu cukup untuk saya…
Pernah AlBanna mengatakan, paksi yg kita ketengahkan, iaitu mengajak manusia mengenali tuhan mereka, dan merasa tenang dengan tuhan mereka…

5. Berikan nasihat kepada kami, untuk kami ambil pendekatan terjun ke medan, dan berdepan dengan realiti..bagaimana kami nak memastikan keperibadian terjaga, dan semangat tidak pudar.

AlBanna pernah mengatakan dirinya dalam persediaan terjun ke masyarakat, untuk didik ummah ini, saya sediakan diri saya dari segi akli pemikiran, lebih dari apa yg dipelajari oleh org biasa belajar…saya sediakan jasad, jasad yg bersedia untuk hadapai segala kesusahan dan kepayahan…saya sediakan juga roh dan jiwa saya, yg saya telah jual kepada Allah swt, mengharapkan balasan daripada Allah swt…janji saya dengan tuhan saya, di waktu malam, yg tidak ada siapa yg tahu, melainkan saya dan Allah swt sahaja..

6. Bagaimana mahu bebaskan pemikiran hati jiwa pemuda, agar mereka merasa gembira untuk beramal.

Sesunggunya matlamat dan cita-cita mengikut yang asal, banyak tugasan yang besar dianggap khayalan pada masyarakat padahal perkara itu mampu dilaksanakan. Sesungguhnya, orang yang tidak melakukan perubahan, dia sendiri akan jadi mangsa perubahan. Orang yang soleh tidak akan sekali-kali boleh hidup dalam keadaan yang rosak tapi orang yang rosak boleh hidup dalam keadaan soleh. Masyarakat barat hidup dalam suasana yang tidak makmur kepada jiwa, maka ada pertembungan antara jiwa dan persekitaran. Beliau juga menekankan islam bukan agama yang mengasingkan diri, tetapi seimbang iaitu bersama masyarakat dan di jalan yang lurus.

7. Boleh ustaz terangkan tarbiah hamas pada masa kini di gaza?

Asas terbiyah tidak berubah sejak al-banna dengan meletakkan kekuatan kepada kekuatan iman, ukhuwah dan material/senjata.

8. Ada dikalangan pemuda bergerak hebat dikampus tetapi bila berkerja, amal semakin berkurang. Bagaimana ikhwah mesir melakukuannya?

Untuk kekal, maka pendakwah selepas membaiki diri, binalah baitul muslim yang merupakan langkah ke UA. Langkah ini disaksikan oleh golongan secular sendiri bahawa kejayaan al-banna adalah rumahtangga yang stabil. Jadi sumbangan itu perlu diteruskan dan insyaallah xkan futur. Begitu juga kestabilan rumahtangga al-banna dapat disaksikan sehingga ke akhir hayatnya. Satu kisah sebelum beliau meninggal dunia adalah suatu hari isterinya berkata mungkin musuh akan membunuhmu, al-banna kata tahu dan dia menyatakan adakah dia diberi pilihan 2 hari untuk tangguhkan mati. anaknya memberi pistol sebagai pertahanan diri. Al-banna cakap dia xkan membalas musuh yang menembaknya bahkan akan berdoa utk org itu agar diampunkan dosanya. Subhanallah... Begitu juga ketika dipenjara bersama yusuf hawwash. Dimana isterinya datang melawat dan yusuf meminta maaf kerana menyusahkannya. Tetapi isterinya Fatimah berkata dia telah berbaiah lebih dari itu dan bersedia berjuang.

9. Apahah tips syeikh sihat dan bertenaga walaupun telah berumur 67 tahun? bekerja sebagai Dr dan berdakwah.

Dalam islam itu ada segalanya. Dari segi makan, minum, tidur. Semuanya ada dalam islam dan menjaga kita dari kebinasaan dan kesederhanaan. Menjaga kesihatan itu lebih lazim lagi bagi para daie. Penampilan yang fresh akan menarik perhatian orang dan menambah penyokong.

10. Tips kepada pemuda untuk bekerja hingga akhir hayat.

Untuk terus dalam medan dan istiqamah adalah hargai fikrah, kefahaman dan apa yang kita ada. Maka, kita akan memanfaatkan dengan menyampaikan kepada orang lain dan terus thabat di jalan dakwah.

11. Apa tips ustaz kepada kami yang sentiasa sibuk ini.

Al-banna sering berpesan kepada anak buah dan sahabat bahawa mereka adalah modalnya dan dia berdoa agar dihindari dari perkara tidak diingini. Dia berterus-terang dan mengingatkan asas perjuangan adalah kesatuan dan menekankan untuk sering bertemu.

12. Sistem pentarbiyahan yang bagaimana dapat membina rijal dan guru2.

Antaranya adalah membina usrah, kumpulan2 yang dapat membina tubuh badan sihat, pemikiran. Menekankan untuk perlu ruh yang kuat kepada Allah sebagaimana kata syed qutb setiap kerja yang penting dan genting memerlukan kesediaan ruh yang tinggi sebagaimana kisah maryam dalam mengandung nabi isa. Setiap kerja kita perlukan hati yang berhubung terus dengan Allah taala. Dalam melahirkan rijal ini memerlukan guru pembimbing yang berkemampuan dan sesuatu dakwah yang hebat bergantung kepada kemampuan seorang guru dan keikhlasan seorang murid.

PERKONGSIAN

Bersyukur kita dihimpunkan dalam satu fikrah, meniggalkan kita dari kepentingan peribadi. Insyaallah kita dinaungi arash allah iaitu pemuda yang bertemu dan berpisah kerana allah. Walaupun mereka sibuk di mesir dalam rangka mentadbir 80 juta tahun hasil usaha 70 tahun, mereka datang ke sini berkongsi dan menyentuh hati kita. Setinggi mana mereka melangkah, bermula dari bawah. Jangan berasa kerdil dengan bilangan kita yang kecil, tapi insyaallah kemenangan milik kita.

Kita berazam meletakkan kalimah allah di tingkat paling tinggi. Dakwah ini mencetuskan dan meledakkan gerakan perubahan dan kesedaran islam di timur tengah. Tak mustahil jika kita bekerja degan penuh iltizam dapat menjadikan Negara kita turut terkesan. Paling simple azam kita melahirkan 3 orang pelapis setahun sehingga tahun 2020. Dari 500 orang insyaallah dapat melahirkan satu jumlah yang besar. Renung2kan.

PERKONGSIAN DR.ABDUL WAHHAB

The rule of youth in our jamaah today and future very is important because the world need us. You need to take the responsibility and duty. I would like to remind the importance of youth in Islam and our movement. From the seerah, most of the sahabah are youth like mus’ab , the ambassador (21 years), Ammar also the same. Usamah bin zaid, the leader for war is 17 years old. ISHAB went to the university. Whole country and foreign student propagate the dakwah all around the world.

The role of youth in the revolution is very clear. From Egypt, the revolution started not only from the Muslim, but also from the non-muslim. It start not from a day, a few hour or just from FB. It is a long effort from the youth. The 10 muwassofat are enough for the ISLAH!!! The main basic is same like our prophet, start form the mosque, inside the university. Usually people come to masjid 5 times, no need to invite them. Masjid play important role. You know how many people go to masjid.

Second issue is the educational issue. The are many education or information you cannot get from book, but form practical way in masjid, like solah with 4 tashahud, etc.

Third, we must play a bit culture in using masjid. Hasan is the head of syabab at jannah. We use to go to masjid, every college have their own mosque . Social, political, etc should boost in masjid.

Brotherhood is after masjid at madinah. Between ansar and muhajirin. Saidina abdul rahman auf and said . just let him to masjid rather than give him money. Salman al farisi with abu darda. Salman go to abu darda house , abu darda wife invited him and give something to eat. …….

Brotherhood is together in eat, qiam, solat. Sleep with him, qiam with him. This is brotherhood.

Brother hood is practical and our prophet is great example. Try to do ur best brotherhood at university time. This is ukhwah . otherwise, we need each other muslim. No IMAN , no brotherhoods.

Said salam if u meet the others. Our prophet said to umar, don’t forget me in your pray. Meet your brothers with smile only for Allah. Making smile is our behavior. You have to do it practically. Giving gifts and visit him. Brotherhoods is important thing in our university.

Public activity is important. Meet in individual basis during ramadhan. Say congratulations when eid Mubarak. Practical way in dakwah in islam. Dakwah not only in islam or khutbah. Is a practical way. Present dakwah in practical way. As team work in public activity, islam community team. Teamwork is important in our dakwah. Public activy is theory for us for training.

Finally , I wish we do our best in religion and ummah. Doa’ from prophet.

**********************************************************************************************

Allahua'lam.. Moga sharing ni bermanfaat utk kita semua. Menjelaskan kefahaman kita terhadap perlunya kpd tarbiyah dan bagaimana yg dikatakan tarbiyah yg sihat itu. Sejujurnya ana sendiri bukanlah org yg perfect dlm mentarbiyah, tapi insyaAllah kita sama2 muhasabah dan perbaiki mana2 kekurangan dan lompong2 yg ada.

Uhibbukum fillah=)

yangikhlasmencintaimu,
Ana Mursyidah

No comments:

Post a Comment