Pages

Wednesday, February 8, 2012

# Bengkel Murabbi # :)




...bismillah...

assalamualaikum semua! :)

salam 1 Malaysia! muahaha (tetiba ja sebab kalo tengok berita ke mesti ada punya word ni. hehe)

semoga rahmat dan kasih sayang Allah melimpah ruah pada kita yang bergelar hamba pada-Nya.

hari ni nak kongsi apa pulak dengan antunna semua ya? baru2 ni saya ada join daurah di penang bersama Ustaz Salam. Alhamdulillah dapat jumpa ustaz juga sebab sebelum ni just dengar orang cerita or recording ja. Program ni 2 hari dan sangat2 bermanfaat untuk saya dan semua inshaAllah. Banyak la yang ustaz kongsi tambah2 pengalaman ustaz di oversea sangat luas kan. so kat sini nak kongsi satu pengisian yang lebih mengetengahkan perbincangan tentang masalah2 yang dihadapi oleh kita dalam dakwah dan tarbiyyah ni.

......................................................

antara soalan2 yang ditanya pada ustaz ialah:

1. macam mana nak men'fikrah'kan bahan?

ok, pertama sekali kita kena faham apa maksud fikrah. fikrah bermaksud pembinaan aqal/kefahamaan. untuk membina aqal/fikrah ni, kita perlukan ilmu. flow dia macam ni:

ILMU ---> FIKRAH ---> AMAL

contoh, biasanya kita akan sampaikan satu2 bahan yang kita dah dapat dari murabbi kita or hasil pembacaan/dengar recording kan, so bahan tu maksudnya ilmu. ilmu yang kita dapat kita akan fikir dengan menggunakan hati >>> akal, then barulah terbit melalui amal kita. senangnya ilmu yang kita belajar outputnya ialah amal. tapi kita mesti didik aqal kita ni untuk berfikir out of box, kena cari or gali lagi untuk tambah kefahaman. as da'e, fikiran kita ni x boleh sempit or rigid, apa yang kita dapat yang tu la kita pegang. kena belajar from sirah, how Rasulullah, para sahabat, para tabi'in berfikir. [soalan oleh ustaz, raheeq makhtum  or buku sirah mana2 dah habis ke? check2 la diri masing2. kalo belum habis kena masuk dalam mutabaah amal. sebab dakwah kita based on sirah kan.. ibrahnya sangat penting..]

so, penting la untuk kita faham bagaimana sebenarnya berinteraksi dengan al-quran. penting la bahan ni untuk kita dan adik2. ustaz cadangkan baca dan hadam buku 'bagaimana memahami al-quran' karangan al-maududi (x silap ustaz).



2. apakah perbezaan tafsir dan tadabbur?

tafsir adalah sesuatu yang confirm, dah dikaji. kita kena baca dulu, kena faham.. contoh tafsir fi zilal quran oleh syed qutub.

tadabbur adalah sesuatu or apa2 yang terasa dihati kita. sebab tu la dalam bulatan gembira kita perlu tadabbur ayat2 Allah agar kita dapat detect mesti ada ayat2 yang kita akan tersentuh hati. wajib untuk kita bertadabbur hukumnya. contoh dalil:

"Maka tidakkah mereka menghayati (mendalami) Al-Quran? Sekiranya Al-Quran itu bukan dari Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya." [4:82]

bacaan yang disertai tadabbur dengan khusyuk mampu mempertajam pandangan yang sudah tumpul, merupakan pemusnah pandangan - pandangan yang sempit dan ubat bagi hati yang sedang sakit. apabila seorang mukmin sudah konsisten membaca al - quran dengan tenang, tadabbur dan khusyuk, maka akan terbukalah hatinya dan terpancarlah cahaya al - quran di dalam jiwanya.


"ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat2 dan supaya mendapat pelajaran orang2 yang mempunyai fikiran." [38:29]


3. macam mana nak build confident?

pertama sekali kita kena faham kenapa kita perlu jadi murabbi? (kena tanya diri masing2). islam x kan success if x dak tarbiyyah dan takwin. kita perlukan 2 element ni untuk bina kader2/tentera dalam dakwah ni. program tarbiyyah banyak ja, contohnya ikim fm, khutbah jumaat, ceramah2 yang dianjurkan etc.. tapi adakah ia betul2 boleh membentuk diri manusia?
  •  as orang yang ikut tarbiyyah, kita perlu ada keinginan yang kuat (iradah qawiyyah) untuk buat dakwah. kita kena faham usrah yang kita join selama ni adalah untuk buat dakwah. ada 2 pilihan nak ke x nak? hidup kita tidak diciptakan untuk bermain2 kan?
  • kalo tsaqafah (ilmu) lemah, so kena mujahadah buang sifat "MALAS" baca buku. wajib untuk kita baca buku2/bahan fikrah ni. anggaplah kita baca buku2 tu macam kita baca buku2 study kita contohnya medic ke, acca ke, sains komputer ke, chemical engineering ke dll. macam mana kita kena faham buku2 study, samalah kita kena faham buku2 fikrah.
  • dakwah adalah WAJIB! kena buat! dare to fail! (semua orang senyap time ni, sungguh shadid ya ustaz)

4. how nak uruskan masa?

kita memang kena sedar yang kita ni berbeza dengan orang lain. kerana kita kena sedar kita ada tanggungjawab yang lagi besar iaitu dakwah dan tarbiyyah. semua orang percaya kepada keberkatan kan? mungkin semua orang pernah mengalaminya, bila weekend ja, banyak plan kita, after subuh kita dah mulakan aktiviti2 kita contohnya pi jumpa adik2, tulis blog, baca buku study dan fikrah dll, sedar2 dah zohor. wah! alhamdulillah banyak hal yang kita dah buat kan? bukankah itu keberkatan masa kita yang Allah bagi untuk penolong agama-Nya? subhanallah.

tengoklah jadual kita, then fokus apa yang prioriti. kalo ada benda yang kurang penting, kurangkanlah. masa 24 jam inshaAllah cukup! plan kena betul. masa study ilmu sihir, study betul2. masa study ilmu rahib, study betul2 (baca buku, jumpa mad'u, dengar recording etc).

kalo mutarabbi sibuk, carilah mad'u lain! banyak lagi orang lain yang belum ditarbiyyah kan?

hargailah masa even satu minit! mungkin kerana terlepas satu minit, kita pun terlepas satu mad'u!


5. suka balik kampung?

penting untuk check jadual murabbi dan mutarabbi. sepatutnya kita memang kena kenal mad'u2 kita. kena cari jalan/cara nak ubah adik2 ni. kena pandai amik hati. perlu untuk cerita kenapa tarbiyyah tu penting.

kena pandai nego dengan parents. explain la betul2. yakinlah, kita nak buat benda yang betul, inshaAllah doa banyak2, pasti ada jalan keluarnya.


6. sampai bila nak mu'ayasyah (bermesra)?

sampai mutarabbi sanggup berkorban x kisah la benda apa pun. dan mu'ayasyah ni sampai bila2 pun kita kena kenal anak2 usrah kita. sangat2perlu. dakwah fardiyah ada 3 peringkat:
  •  dakwah fardiyah - contohnya kita buat tajmi' adik2, then kita selected kita buat liqa'. perlu sebenarnya kalo orang tu kita df, orang tu la yang kita bawa. sebab kita dah bina hubungan hati yang kukuh dengan dia. pada peringkat permulaan la. kalo kita x pandai df, ikut la usrahmate kita yang pandai df.
  • halaqah fardiyah - ni once of the process kita nak bina hubungan qalbi/hati.
  • taqwiyah fardiyah (pengukuhan individu) - contohnya, kerja usrahmate kita, keja kita juga sebab anak2 usrahmate adalah anak2 sedara kita kan? penting la bukan setakat nak bina hubungan dengan anak2 sendiri tapi anak2 sedara jugak! :)

7. anak2 usrah x boleh bawa usrah walaupu  dah 2-3 tahun ditarbiyyah

kenapa jadi macam ni? mungkin, tarbiyyah yang diberikan kepada anak2 tu sendiri kurang. 10 MT perlu diakses terhadap anak2 binaan kita! tarbiyyah la dia sampai dia nak. muhasabah la balik diri kita. apa yang kurang perlu ditopup!  hayati kisah sahabat contoh Thufail Ad-Dausi dan Abi Zar. dapat something terus share!

yang penting, kita bawa usrah ni bukan ikut bahan. kita terikat dengan fikrah bukan buku! buatlah persediaan usrah, apa yang nak bawa hari ni, apa yang nak dicapai 10 MT.


Akhir sekali, ustaz kata:

*kita kena ada kemahuan yang kuat!
*kawal masa kitapilih mad'u yang kita nampak banyak potensi then df
*belajar lah dari orang yang lebih tahu
*always remember tidak ada orang yang x dak kerja

....................................................

Allahu'alam. semoga bermanfaat. asifah jiddan kalo ada yang x faham. kalo ikutkan lagi panjang ditambah dengan pengalaman ustaz. tapi cukuplah setakat ni dulu. semoga diberkati Allah :)

"renung2kan dan selamat beramal!" ^___^

"terus tsabat ameen ya rabb"








    No comments:

    Post a Comment