Pages

Wednesday, February 1, 2012

Sharing 1: IKHWANUL MUSLIMIN DI ERA BARU

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani...


Assalamualaikum w.b.t. ukhti fillah...

Apa kabar jasad dan iman? Moga di mana sahaja kita berada, baik di kolej, fakulti, rumah, usrah, daurah, etc, moga iman kita sentiasa dalam keadaan terpelihara dan sentiasa dlm jagaan dan bimbingan-Nya. Ameen...

Nak share sedikit catatan perkongsian dari akhawat lain ttg talks dari Sheikh Dr Mahmoud Ezzat, naib mursyid am Ikhwanul Muslimin. Harapnya bermanfaat=)

***********************************************************************

first sekali sheikh ceritakan pasal ciri ciri ikhwanul muslimin (IM) nih ada empat;

① faham Islam secara syumul
- bina hubungan dengan Allah (hubungan hati)
- melakukan kebaikan
- berjihad
② manhaj : pentarbiyahan
- cinta Islam dan Iman
- moto yang selalu dipegang oleh IM ni ialah "perbaikilah diri kamu dan serulah orang lain"
- pentarbiyahan ni merangkumi soal fikrah, politik, peribadi muslim, akhlak yang mantap, urusan hidup yang tersusun dan sebagainya. (familiar bukan? ^^)
③ tarbiyah is a process (beransur- ansur)
- you cant expect for someone untuk berubah sekelip mata
④ tidak berada di bawah kuasa pembesar pembesar

Ciri khusus Ikhwanul Muslimin:

① alamiyyah (universal)
- semangat cintakan tanah air tak bercanggah malah digalakkan dalam Islam (fitrah)
- sheikh bagi contoh: Bilal lepas die berhijrah ke Madinah, dia sangat rindukan Makkah and buat syair yang menceritakan kerinduan dia tu. Rasulullah sampai berdoa, minta kat Allah supaya Bilal nih cintakan Madinah sebagaimana dia cintakan Makkah.
② pendekatan secara aman
- tak boleh melakukan kekerasan especially terhadap orang Islam
③ berpegang teguh dengan sistem syura
- demokrasi merupakan wasilah bagi melaksankan sistem syura

lepas tu sheikh ceritakan tentang sejarah penubuhan Ikhawanul Muslimin start dari 1948 oleh Imam Hasan al-Bana.

pada 1948, mesir dijajah oleh Inggeris. kawasan Ismailiyyah merupakan kawasan penguasaan ingggeris. masyarakat kat situ boleh dikatakan mundur dan jahil. Al-Bana yang risau fikir pasal masalah umat kat Ismailiyyah masa tu, mulakan dakwah kat Ismailiyyah. sampailah cawangan Ikhwanul Muslimin ni berkembang ke Afrika, syria dan jordan. Al-Bana nak sangat bebaskan mesir dari penjajahan. caranya? kuatkan aqidah, satukan hati, kuatkan persenjataan.

selepas pembunuhan Al- Bana, ramai ahli IM dipenjara. lepas tu macam macam lah dugaan di hadapi oleh IM nih. waktu tahun 1965, Syed Qutb dan Syeikh Mahmoud ni dipenjara. "kata kata kita seperti lilin, dan akan tetap menerangi walau setelah pemergian kita"-Syed Qutb-

**********************************************************************************

Allahua'lam
Sesiapa yg datang and nak tambah lg apa yg kurang silakan ye=)

No comments:

Post a Comment