Pages

Tuesday, February 14, 2012

<<< Israk dan Mikraj >>>




kuasa Allah, subhanAllah


...bismillah...

12 Rabiulawwal 1433H dah berlalu dan hari ni masuk 21 Rabiulawwal 1433H. cinta kita pada Rasulullah bukan setakat hari lahirnya ja kan tapi selama - lamanya. sejarah Rasulullah bukan setakat hari maulud ja kita kena tahu kan tapi biarlah ia menjadi pengajaran, dan amalan kita sehari - hari. allahuakbar!

"sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat utk Nabi. wahai2 org2 yg beriman! berselawatlah kamu utk Nabi dn ucapkanlah salam dgn penuh penghormatan kpdanya." [33:56]

sangat pantas masa berlalu kan? dalam masa 24 jam dan selama kita hidup ni, semoga banyak amal2 yang ikhlas yang kita lakukan yang akan membawa kita ke syurga-Nya. ameen. alhamdulillah, terima kasih Allah kerana masih menggerakkan tangan2 ni untuk terus berkongsi, menulis di blog kita2 ni. jom beribadah kerana Allah dengan cara apapun :)

.......................................................................

semua orang mesti dah tahu cerita bagaimana israk dan mikraj boleh berlaku? dari sekolah rendah dah tahu.. alhamdulillah.. israk dan mikraj merupakan satu peristiwa yang dilalui Rasulullah dalam satu malam sahaja! subhanAllah. ini diceritakan oleh Rasulullah dalam satu hadis yang sangat3 panjang (3 muka surat gak la) riwayat Bukhari dan Muslim.

bila ya peristiwa ni berlaku? menurut buku Raheeq Makhtum, ianya berlaku selepas isteri tercinta Rasulullah Khadijah Khuwailid dan bapa saudara baginda, Abu Talib meninggal dunia. masa tu umur Rasulullah baru 50 tahun.

tahun itulah Rasulullah namakannya Tahun Kesedihan. melihat keadaan Rasulullah yang sangat3 sedih, Allah telah menghadiahkan Israk dan Mikraj kepada Nabi.

Aisyah ra, pernah bertanya pada Rasulullah, 'apakah peristiwa yang lagi berat daripada Perang Uhud (kekalahan umat islam yang pertama dalam peperangan sampai Rasulullah pun patah gigi, ramai tentera islam yang shahid dll)?' Rasulullah menjawab, 'ada 3 peristiwa, pertama peristiwa di Taif (Rasulullah sangat3 teruk dikecam, dibaling batu dll kerana Rasulullah menyangka dakwahnya akan diterima di Taif pada masa itu tetapi tidak), kedua, peristiwa umat islam diboikot oleh kafir Quraisy (Khadijah Khuwailid wafat juga disebabkan oleh peristiwa ini kerana Khadijah menjadi sangat3 kurus kerana umat islam masa tu kekurangan bekalan makanan) dan ketiga, peristiwa Khadijah Khuwailid dan Abu Talib meninggal dunia.
p/s: yang dalam kurungan ( ) saja info tambahan.

peristiwa israk dan mikraj ada dirakamkan dalam al - quran.
"Mahasuci Allah, yg telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yg telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda - tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat." [17:1]
untuk ayat 17:1, ayat ni menggambarkan peristiwa Israk sahaja.. manakala untuk Mikraj, Allah telah merakamkannya dalam surah An - Najm (53).

jika kita lihat keseluruhan surah Al - Israk, mostly ayat2nya menceritakan mengenai kaum bani israil tetapi hanya ayat satu sahaja yang membicarakan mengenai peristiwa Israk. kisah2 kaum bani israil atau dikenali sebagai yahudi banyak diceritakan dalam surah2 yang lain. contohnya kisah tentang hari sabtu, patung lembu, Jalut dan Talut, Palestin, Harut dan Marut dll dalam pelbagai versi kan? Allah telah pun menghapuskan semua kaum2 yang lain seperti kaum 'Ad, Samud, Madyan dll. tetapi Allah mengulang2 kisah2 yahudi ini dalam al-quran. kenapa ya? hal ini kerana Allah nak kita umat islam kenal, tahu, belajar yang kaum yahudi or bani israil ni la yang masih hidup dengan kita sekarang! astaghfirullah.. sedarlah..

di sini, saya x la nak bincangkan tafsir pasal ayat Israk dan Mikraj, tetapi saya nak mengajak kita semua menelusuri 'ibrah2 disebalik peristiwa Israk dan Mikraj. jom! :)

antara 'ibrah2nya ialah:

1. Israk dan Mikraj ialah satu anugerah/hadiah daripada Allah kepada Rasulullah saw
  • peristiwa ini berlaku selepas pelbagai ancaman2 yang Rasulullah dapat selama 10 tahun berdakwah
  • selepas Abu Talib meninggal dunia, lagi kuat/dasyat dugaan/cobaan yang Rasulullah dapat, kanak2 pun sanggup membaling batu pada Rasulullah (adik2/anak2 sedara kita zaman millenium sekarang tahu ke pasal Rasulullah? huhu)
  • Allah nak bagitau Rasulullah yang gangguan2/dugaan daripada orang kafir Quraisy dan orang kafir Quraisy itu sendiri x ada apa pun. dengan peristiwa Israk dan Mikraj, Allah menunjukkan kuasa-Nya, dengan membawa Rasulullah keluar tinggalkan bumi. subhanAllah.
  • kafir merupakan satu sifat. sebab tu la dipanggil kafir Quraisy kerana mereka ini sangat3lah dah tahu kebenaran, tetapi enggan, sombong untuk tunduk pada Allah, islam.

2. israk dan mikraj merupakan satu persediaan pada Rasulullah untuk berdakwah di tempat lain

  • Allah nak menyediakan Rasulullah agar Rasulullah terus kuat, yakin dan tidak bersedih lagi untuk membawa risalah islam ini
  • Allah mengingatkan Rasulullah bahawa terdapat banyak lagi tempat lain untuk kembangkan islam
  • selama ni, Rasulullah bergerak seorang diri untuk membina individu2 muslim yang kuat aqidahnya yang dikenali sebagai assabiqun al-awwalun minal muhajirin seterusnya ke masyarakat muslim dll

3. kenapa Rasulullah balik dari israk dan mikraj, cerita terus ja pada orang2 mekah without consult with para sahabat dulu?
  • sesungguhnya, kalau kita yakin (yang solid punya!) peristiwa israk dan mikraj tu adalah satu perkara yang haq, kenapa mesti ragu2 lagi? keyakinan Rasulullah bahawa pertolongan Allah pasti ada untuknya.
  • apa yang Rasulullah lalui is real not mimpi, so kenapa perlu takut untuk menyatakan kebenaran tu?
  • subhanAllah, hebatnya iman para sahabat, apa yang Rasulullah cerita terus percaya! contohnya Abu Bakar assiddiq, beliau mengatakan jika Rasulullah cerita yang lagi dahsyat daripada israk dan mikraj pun aku percaya! inilah iman assabiqun al-awwalun.
"dan org2 yg terdahulu lagi yg pertama - tama masuk islam di antara org2 muhajirin dan ansar dn org2 yg mengikuti mereka dgn baik, Allah redha kpda mereka dn mereka pun redha kpda Allah. Allah menyediakan bg mereka syurga2 yg mengalir di  bawahnya sungai2. mereka kekal di dalamnya selama - lamanya. itulah kemenangan yg agung." [9:100]
  • pada masa yang, Rasulullah nak test iman para sahabat ni, so di sinilah berlakunya tapisan2 dalam dakwah dan tarbiyyah. siapa yg berjaya untuk peringkat seterusnya?? seperti kita juga yang belum pasti pengakhirannya bagaimana. semoga kita terus kuat berdoa pada Allah agar hidup dan mati kita semuanya di atas jalan dakwah ini.
  • "ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum dtg kepadamu cubaan sprti yg dialami org2 terdahulu sebelum kamu. mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang dgn berbagai cobaan sehingga Rasul dan org2 yg beriman bersamanya berkata, 'bilakah dtg pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." [2:214]
  • tapisan2 ni dilakukan oleh Allah kepada insan yang jiwanya lemah, astaghfirullah.. semoga tarikan iman kita sentiasa kuat untuk menempuh segala ujian yang merupakan satu tarbiyyah daripada Allah untuk meningkatkan darjat kita orang2 yang beriman ke tahap yang lebih tinggi inshaAllah. semoga kita saling menguatkan antara satu sama lain..
  • "ya muqallibal qulub tsabbit qulubana 'ala deenik. ameeenn."

 
4. kepentingan kita untuk ada sikap pedulism mengenai isu2 palestin

  • apakah kepentingan baitul maqdis kepada kita? sesungguhnya, isu palestin wajib untuk kita rasai dan fahami bukar sekadar kita tahu bahawa baitul maqdis merupakan kiblat pertama orang islam.
  • apa perasaan kita jika kiblat pertama orang islam bukan berada di tangan orang islam??
  • perlu sangat3 kita membina diri kita dan anak2 binaan kita betul2 ruhiyah agar jiwa ni cepat tersentuh hati dengan isu2 umat ini! allahuakbar..

masjid al-aqsa vs masjid as-sakhra


5. peristiwa yang Rasulullah nampak masa di israk dan mikrajkan
  • kenapa hukuman2 kat neraka yang Rasulullah nampak, seperti mengumpat dll yang Allah tunjuk kebanyakannya adalah dosa antara manusia dengan manusia? kerana Allah Maha Mengetahui, Maha Pengampun, jika kita berdosa dengan Allah, Allah boleh ampunkan. kita pun dianjurkan untuk beristighfar 100x sehari. tetapi jika dosa kita dengan manusia, kita perlu minta ampun/maaf dengan orang tersebut. kita juga tahu di antara syarat taubat nasuha ialah yang keempat jika kita ada salah dengan manusia, wajib kita minta ampun dengan orang yang kita berbuat salah.
allahu'alam. itulah serba sedikit ilmu yang nak kongsi hari ini. mungkin orang lain ada isi2/kefahaman yang lebih dari saya tentang hal ini. jom topup2 diri lagi untuk baca sejarah umat islam terutama sirah Rasulullah saw dan ibrahnya. hal ini kerana Rasulullah merupakan uswah hasanah dan public figure yang sempurna bagi semua umat manusia di sepanjang masa.

"sesungguhnya telah ada dalam diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang ynag mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah." [33:21]
kita yang mengaku as a da'e di zaman ini, seharusnya menjadi orang yang menelopori dalam mencontohi Rasulullah saw di semua sisi kehidupan. subhanAllah.. mampukah? mujahadah.. yosh! semoga kita dapat ikut Rasulullah x banyak tapi sikit2 contohnya dalam bagaimana Nabi saw menyatukan agama dan dunia, ibadah dan kehidupan, tazkiyah dan jihad. :) 


..inshaAllah..

.............................................

 israk dan mikraj ni dikongsi oleh ustaz sazali, di kedah tercinta. :)






No comments:

Post a Comment