Pages

Monday, June 4, 2012

Kerana Murobbi juga Mutarobbi

Dengan nama Allah yang Maha Memegang Hati-Hati

14 Rejab

Akanku bawa tanganmu di jalan ini bersama-sama... [Kredit]
Murabbiahku sering berkata, jalan ini tak mudah. Jalan ini bukan untuk golongan mak datin. Serba serbi dihantar, dijemput, dibentangkan karpet merah. Kata beliau lagi, jalan ini bukan sekejap. Bukan seperti berada di laluan tol lebuhraya Utara-Selatan. Touch and Go. Bukan. Bukan sejam dua kita kene lalui jalan ini, malah seumur hidup. Hingga Islam menang atau kita yang syahid di jalanNya. 

Baru-baru ini, saya sempat bermuaysyah dengan seorang adik. Ya, dia datang ke rumah semata-mata mahu bertemu dengan saya yang marhaen ini. Tidak banyak yang kami bualkan, cuma sekali sekala saya mengusik imannya dengan ayat-ayat cinta dariNya. Namun subhanallah! Unsangkarable, satu persatu air matanya menitik mengenai lantai rumah. Dia berulang kali mengatakan bahawa alangkah hinanya rasa diri. Kalau teringatkan jahiliyyah dahulukala yang sudah dilakukan, serasa tak layak untuk bergelar seorang daie. Apatah lagi jika membawa anak binaan satu hari nanti. Cukup tidak layak, katanya. 

Lalu, saya katakan padanya, setiap murobbi itu juga menjadi mutarobbi. Benar. Kalau dahulu, tatkala belum mempunyai anak binaan, kita menjadi mutarobbi ala-ala bujang senang. Segala nya disediakan murobbiah tersayang. Kita ibarat menunggu-nunggu untuk 'disuap'. Tanpa ada sebarang rasa ingin bergerak secara proaktif! Atau, dengan mudahnya beralasan itu dan ini, hingga tidak langsung kita mengira penat dan lelah murobbiah kita yang berkejar ke sana-ke mari semata-mata ingin membentuk kefahaman buat diri kita. Mengembalikan semula tujuan hidup kita yang dahulu telah dilupakan. 

Epik sungguh bukan..? Bukannya wang yang diminta. Bukan tiket percutian ke Pulau Carribean atau Honolulu yang diminta sebagai balasan. Cukuplah, kita dapat kefahaman sebagai seorang hambaNya dan menjadi khalifahNya. Itupun kita masih mahu berkira..? 

Tapi, mungkin itu semua terjadi kerana kita tidak memahami. Kita tidak mengerti. Kerana kita belum merasai. Menjadi seorang murobbi. 

Dan kini, rasakanlah. Bak kata Rahib kepada Ghulam, bersedialah. Kamu pasti akan diuji. 
Ya, memang benar. Allah tidak akan membiarkan kita syok sendiri, merasakan diri telah bekerja. Sedangkan kita tidak merasai pahit maung dalam jalan ini. Bukankah syurga itu dipenuhi dengan orang-orang yang banyak berkorban..? 

Murobbi. Gelaran ini bukan percuma. Bukan gelaran istimewa. Bukan untuk dicanang satu kampung. Bukan untuk dihebah dalam Kicauan mahupun Muka Buku. Ia datang dengan sejuta hikmah. Sejuta mehnah. Bagi yang telah melalui, pasti mengerti.

Ingatlah adik-adikku,

Dahulu, aku juga seperti kalian. Serasa tidak bersedia. Serasa ilmu tidak ada. Serasa diri belum cukup sempurna. Terasa segalanya belum memungkinkan untuk saya membawa antunna semua di jalan ini. 

Namun, jangan lupa. Allah kan ada. Bukankah Dia berjanji akan 'membayar' segala pinjaman kita kepadaNya?

Percayalah. Antunna tidak bersendirian. Ramai yang menemani di jalan ini. Kerana itu, sedialah untuk sentiasa ditarbiyyah. Mencakup segala kefahaman untuk transformasi diri. Tarbiyyah itu sifatnya merubah. Mengubah dari HITAM ke PUTIH. 

''Dan sebaik-baik bekal adalah taqwa...''

Pengorbanan. Itu perlu. [Kredit]


Kerana itu, bertahanlah! Berusahalah! Berdoalah!

Wallahualam
-Ukht Intisyar-

No comments:

Post a Comment