Pages

Wednesday, October 19, 2011

Saudagar Allah.


Abdul Rahman Bin
Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah
salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan
Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Beliau dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah
dan beliau hidup sebagai seorang pemuda Quraisy dikota Mekah yang ketika itu
penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah namun, Abdul Rahman masih
terpelihara daripa perkara maksiat & percaya bahawa minum arak adalah
perkara terlarang.

Abdul Rahman Bin
Auf telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam lagi.
Dengan hal demikian nyatalah bahawa beliau tergolong orang-orang Islam yang
permulaan dan menurut riwayat beliau adalah orang yang 8 dan orang-orang
permulaan yang memeluk Islam. Subhanaalh, seronok kan dapat hidayah dari Allah
macam ni ;)

Ibu beliau
menentang hal ini & mengatakan, "Aku akan berjemur dipanas matahari
yang terik di waktu siang dan di waktu malam yang sejuk aku akan bermalam
diruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada agama nenek
moyangmu. Dimikian ibunya mengancam. Sungguhpun begitu Abdul Rahman Bin Auf
tetap tegak memeluk ugama suci dan mencintai Rasulullah S.A.W.

Nama asal Abdul
Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul Ka'abah. Sebagai seorang
sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang
khas iaitu berjuang untuk menegakkan agama Allah bukan saja dengan pedangnya
bahkan dengan harta dan kekayaannya.

Sungguh beliau
memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa saja
beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya
memperoleh harta yang banyak.

Memandangkan jasa
dan pengorbanan menegakkan Islam dengan hanta kekayaannya Rasulullah S.A.W
pernah bersabda, "Abdul Rahinan Bin Auf adalah
saudagar Tuhan " sebagai memujinya atas peranannya menegakkan ugama
Allah dengan harta kekayaan. Rasulullah pernah bersabda, "Sesungguhnya
mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal dunia adalah
manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan. Dalam hal ini Abdul
Rahmanlah salah seorang sahabat yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana
beliaulah yang menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu'minin dalam melakukan ibadah
haji dibawah lindungan beliau.

Disamping memiliki
kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang takut dan benci kepada
harta kekayaan dan selalu menghindarkan din dan penganuh kekayaannya. Adalah
diriwayatkan bahawa pada suatu han Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu
lalu ia ditanyai orang apakah yang menyebabkan beliau menangis itu, lalu
dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia
meninggal dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki
sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya
Hamzah Bin Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia
tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya.

Saya khuatir saya
ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati kebahgiaan
dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih daripada para sahabat
Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana saya mempunyai banyak harta.

Dalam satu riwayat
yang lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan
makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanyai orang,
"Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab,
"Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh
roti gandum.

Dizaman Khalifah
Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah memperoleh kehormatan dan keutamaan
di sisi Khalifah. Beliau jugalah salah seorang yang telah diwasiatkan oleh
Khalifah Umar Al Khattab sebelum kewafatan beliau menjadi salah seorang ahli
dalam majlis jawatankuasa di antara enam orang anggota bagi memilih calon
khalifah yang akan menggantikan baginda. Beliaulah juga tokoh yang mengetuai
tugas untuk menentukan siapakah yang bakal menggantikan Khalifah Umar Al
Khattab sebagai khalifah ketiga umat Islam yang akhirnya jatuh ketangan Saiyidina
Uthman Bin Affan r.a.

Pada tahun 31
Hijrah ketika usia 75 tahun beliau meninggal dunia. Dan sebelum meninggalnya,
Ummul Mu'minin Aisyah telah menawarkan bahawa jika ia menghendakinya akan
ditempatkan kuburannya nanti di sisi kuburan Nabi, Abu Bakar dan Umar r.a.
Dengan suara yang merendah diri ia menjawab bahawa ia malu jika diberi
kedudukan yang sedemikian tingginya untuk berkubur di samping Rasul.

***Subhannallah,
terkilan rasanya melihat betapa besarnya jasa Abdul Rahman dalam jalan Allah.
Bagi pendapat saya, apa yang telah saya pelajari dari beliau ialah, setiap
perbuatan yang kita lakukan atas dasar kerana Allah, pasti ada balasan baik
yang berlipat kali ganda banyaknya. Tak kisahlah kalau semua harta kita habis
kerana fisabilillah, insyallah, sesungguhnya Allah maha mengetahui. Balasan apa
yang lebih besar, daripada dijamin masuk ke syurga bukan???
medicdentist:)

No comments:

Post a Comment