Pages

Sunday, October 30, 2011

.: Abu Bakar As-Siddiq :.

Nama sebenar : Abdullah Bin Abi Quhafah

Dilahirkan di Mekah pd th 572 masihi, 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah

Merupakan lelaki dewasa pertama memeluk Islam

Setelah memeluk Islam beliau digelar Abu Bakar kerana beliaulah org yg mula-mula beriman dgn dakwah Rasulullah, digelar Abu Bakar juga yg bermaksud unta muda kerana beliau suka menternak unta

Diberi gelaran 'As- Siddiq' kerana sentiasa yakin dan membenarkan setiap apa yang dikatakan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Kata Saidina Abu Bakar, ketika menceritakan suatu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak murid. Dia berkata kepadaku:

"Aku kira tuan datang dan Tanah Haram.

"Benar, jawabku.

"Aku kira tuan berbangsa Quraisy?

"Benar, ujarku lagi.

"Dan apa yang aku lihat, tuan dan keluarga Bani Taiyim?

"Benarlah begitu, tambahku selanjutnya.

Orang tua itu terus menyambung, katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak aku tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika aku lihat perutmu?

Maka pada ketika itu aku pun berkata, "Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.

Maka ujar orang tua itu, "Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua onang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur. Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separuh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.

Maka sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata, "Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!

Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kerana mengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?

"Boleh sahaja, jawabku.

Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, "Adakah engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah yang terjadi itu?

Jawab mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.

Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tuan dan aku mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dan kepercayaan nenek moyang kita.

Maka ujar baginda, "Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian ummat!

Aku pun bertanya kepada baginda, "Apa buktinya?

Jawabnya, "Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.

Aku menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?

Baginda menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!

Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?

Maka ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.

Akhirnya aku berkata, "Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.

Keislaman Saidina Abu Bakar telah membawa penganuh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti jejak langkahnya. Semenjak beliau memeluk Islam, Saidina Abu Bakar. telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W

Semasa Rasulullah sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat kaum muslimin. Setelah Rasulullah wafat. Kaum Ansar telah berkumpul di Balai Bani Saadah dan memilih Saad Ibn Ubadah untuk mengantikan tempat Rasulullah. Setelah tindakan Kaum Ansar diketahui umum, Saidina Abu Bakar, Umar dan sekumpulan muhajirin telah ke Balai Bani Saadah untuk menjelaskan soal perlantikan khalifah. Keputusan kaum Ansar itu tidak boleh diterima kerana ia bukan keputusan majoriti umat Islam, hanya keputusan dari pihak Ansar sahaja. Hal ini boleh membawa perpecahan kepada umat Islam.

Dalam pertemuan ini Abu Bakar bercadang untuk memilih salah seorang dari dua sama ada Umar al Khattab atau Abi Ubaidah bin Jarrah. Manakala pihak Ansar mencadangkan supaya dilantik khalifah seorang daripada Ansar dan seorang lagi daripada Muhajirin.

Kemudian Basyir bin Saad dari golongan Ansar bangun dan meminta Abu Bakar menghulurkan tangan dan berkata " Aku baiah kamu sebagai khalifah",serta diikuti oleh Umar al Khattab dan semua umat Islam yang hadir.

Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Abu Bakar menjadi Khalifah Islam pertama pada tahun 632 m (11 hijrah) dan memerintah Negara Islam selama 2 tahun 3 bulan (Secara persetujuan ramai umat Islam)

Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah. Masalah tersebut menggugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak Arab memberontak dan menentang perlantikan Khalifahnya. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat, manakala ada juga yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka.

Puak-puak itu mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah dan memandangkan Rasulullah telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas. Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan muslim.

Ada di antara mereka mendakwa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad itu, Saidina Abu Bakar melancarkan peperangan terhadap golongan yang digelar golongan riddah. Maka bermulalah Perang Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah. Khalid al-Walid berjaya menumpaskan Musailamah dalam suatu pertempuran.

Saidina Abu Bakar menemani Rasulullah dalam peristiwa Hijrah. Semasa di Gua Thur, Abu Bakar telah terpandang seekor ular keluar dari lubang berhampiran tempat rasulullah tidur. Beliau lantas menutup lubang tersebut dengan kakinya kerana bimbang ular itu akan mematuk kaki Rasulullah. Lantaran menahan kesakitan dipatuk ular air matanya terjatuh ke pipi Rasulullah dan baginda terjaga dari tidurnya. Peristiwa pengorbananya ini tercatat di dalam al Quran dalam Surah At- Taubah :ayat :40

InsyaAllah, dengan mempelajari sirah dan tauladan daripada sahabat2 Rasulullah kita dapat memperbaiki diri kita seterusnya bersemangat untuk melakukan kerja-kerja seharian kita berdasarkan niat kerana Allah SWT. Wallahu’alam J

Daripada Medic dentist~ >_<

No comments:

Post a Comment