Pages

Saturday, October 15, 2011

Sa'ad bin Abu Waqqas

Sa’ad bin Abu Waqqas dilahirkan di Makkah pada tahun 595M. Sa’ad berasal dari keluarga terhormat dan merupakan bapa saudara rasulullah SAW dari belah ibu. Sa’ad banyak berbakti kepada orang tua dan sangat sayangkan ibunya.

Pada usia remaja,Sa’ad tidak pernah tertarik dengan permainan2 yang disukai oleh pemuda sebayanya. Sa’ad lebih sibuk mengurus anak panah,memperbaiki busar dan belajar membidik seolah-olah sedang persiapkan diri untuk berperang.

***permainan zaman ni sgt extreme dan ada yg melalaikan. Kita kene lah pandai memilih hobi @ permainan yg baik2 bagi mengisi masa lapang. Pilihlah aktiviti yang menguntungkan agama kita,takpun janganlah pilih ativiti yg merosakkan agama kita. Sesungguhnya meninggalkan perkara yg merosakkan lebih baik daripada berbuat kebaikan. Jangan kebaikan kita sama naik dengan kerosakan.

Suatu hari Sa’ad bermimpi dirinya seperti tenggelam dalam kegelapan. Tiba-tiba muncul bulan memancarkan sinar terang lalu Sa’ad mengikutinya. Dalam pada itu Sa’ad melihat beberapa orang telah mendahuluinya iaitu Zaid bin Haritsah, Ali bin Abi Talib,dan Abu Bakar As-Siddiq. Paginya Sa’ad mendengar Rasulullah SAW mengajak manusia memeluk Islam secara diam2. Sa’ad sedar bahawa ALLAH mengkehendaki kebaikan umtuknya dan akan mengeluarkannya dari kegelapan menuju cahaya yang terang.Sa’ad segera menemui Rasulullah dan menyatakan keislamannya. Ketika itu Sa’ad mendapati tiada orang yang mendahuluinya memeluk Islam selain tiga orang yang dilihat dalam mimpi semalam.

***hidayah itu milik ALLAH. Marilah kita berdoa sentiasa,memohon taufik dan hidayah dari ALLAH swt

Apabila ibu Sa’ad mendengar tentang keislaman Sa’ad,ibunya menentang dan memaksa Sa’ad meninggalkan agama baru itu. Jika tidak,ibu Sa’ad akan mogok makan dan minum sampai mati supaya Sa’ad bersedih dan menyesal lalu bertukar kembali ke agama ibu dan ayahnya.Tubuh ibunya menjadi kurus dan lemah,Sa’ad bimbang sesuatu buruk akan menimpa ibunya,namun beliau tetap bertegas dengan pendiriannya. Sa’ad berkata kepada ibunya,”Ibu,sekalipun rasa kasihku kepadamu begitu besar tetapi itu tidak akan mengalahkan cintaku kepada ALLAH dan rasul-Nya. Demi ALLAH,seandainya engkau mempunyai 1000 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu,maka aku tetap tidak akan meninggalkan agamaku dengan alasan apa sekalipun!” Ibu Sa’ad akhirnya menyerah dan mulai makan dan minum walaupun terpaksa.

***bila kita nak buat kebaikan,sangat banyak halangannya,tp cube kita nak buat perkara2 tak elok,senang je. Tp ketahuilah,sesungguhnya untuk masuk syurga memang byk duri dan ranjau yang kite kene hadapi. Kita wajib pertahankan syahadah kite,itulah perjanjian kite dengan ALLAH sebelum ALLAH benarkan kite pergi ke dunia ni. Bila kita menolong agama ALLAH,ALLAH pasti menolong kita.47:7. ALLAH menolong Sa’ad dgn m’buatkan ibu Sa’ad menyerah,mulai makan dan minum,jd Sa’ad tak risau lg.

Sa’ad merupakan pemanah yang handal. Dalam peperangan Uhud,setelah kaum Quraisy mengalami kekalahan ,sekelompok Muslim meninggalkan posisi yang ditugaskan untuk mengumpul harta rampasan perang,hasilnya Khalid bin Walid yang menyedari peluang ini,menyerang kembali. Dalam pertempuran yang sengit,Rasulullah SAW terluka dan terjatuh tetapi tersebar berita bahawa Rasulullah telah terbunuh.Mendengar berita itu,tentera muslimin patah semangat dan sekelompok muslimin melarikan diri,meninggalkan medan perang. Dalam pada itu,kurang dari sepuluh orang yang masih bersama baginda rasulullah termasuk Sa’ad bin Abu Waqqas. Sa’ad terus berjuang dan melindungi Rasulullah SAW dengan busurnya.Setiap panah yang dilepaskannya pasti mengena sasaran dan orang itu terus menemui ajal.

***setiap orang ada kelebihan tersendiri. Kita boleh aplikasikan kelebihan kita untuk Islam seperti Sa’ad bin Abu Waqqas. Sa’ad handal memanah jadi dia gunakan kemahiran dia untuk memerangi musuh.

Wallahua’lam

from medicdentist

1 comment:

  1. tahniah lia~ anda peserta pertama yg smpai~ hua8... jzkk syg~ luv u fillah....

    ReplyDelete