Pages

Tuesday, November 15, 2011

@ Perkongsian bersama Prof Latiff (CUCMS) di SP @

Assalamualaikum. :)

Sama2 hayati. Semoga bermanfaat.

disclaimer: ayat tak sama sebijik2 tapi cuba kekalkan maksud ayat.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sangat gembira dengan perjumpaan malam ni walaupun bilangan yang sedikit..lebih bermakna daripada kursus pada hari-hari berikutnya.

“Network” kita bukan sahaja kerana ISLAM tetapi juga kerana dakwah. Kita tak mau jadi “just-another-muslim.”

Kita perlu tengok semula peranan khalifah:

- membaiki diri sendiri
- sama2 menjadikan orang lain lebih baik
- menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik

Peranan ini boleh dilaksankan oleh semua orang; kita perlu membawa konsep peranan ini sehingga boleh diterima dan didokong oleh semua orang.

Kita diikat/disatukan dengan UKHUWAH. Kesatuan kita ialah atas dasar:

- kefahaman
- perkara-perkara asas yang kita lakukan setiap hari ; amalan-amalan wajib yang menjaga hubungan kita dengan Allah
- wasilah tarbiyah yang kita lalui

Ambil contoh dari Tunisia:

- diperintah oleh raja yang zalim x 40 tahun
- tak boleh dengar azan/tak boleh baca Quran.
- Sekarang ada kelompok yang berjaya menumpaskan – kekuatan kelompok yang menang bukanlah pada senjata2 hebat tapi kekuatan KASIH SAYANG

Dengan nilai kasih sayang dan keimanan ini, kekuatan kita yang sebenar ialah 1000x ganda daripada apa yang nampak di hadapan mata.

Jadi, 2 perkara pokok yang sangat penting ialah:
  1. hubungan kita dengan Allah
  2. hubungan kita sesama kita – baik sangka dan berkasih sayang kerana Allah
Keberadaan kita di atas jalan ini sangat perlu disyukuri. Ada banyak yang nampak hebat di dunia tapi dah nak ”bankrup” e.g:

- tamadun barat - nak bankrup
- KODAK; syarikat/jenama yang sangat dikenali ramai tapi nak bankrup
- ITALI, tempat prof buat phd..sekarang nak ”bankrup” juga

Realitinya sekarang, siapa yang sedang menang? Siapa yang akan menjadi ”new world order” i.e ustaziatul alam? insyaAllah ISLAM sedang menang dan islam akan tersebat sehingga seluruh bumi ini terasa sangat BEST dengan ISLAM.

Ini adalah suatu berita baik : kita sedang berada bersama-sama pasukan yang sedang menang.

Sebelum ini, kalau prof menyediakan keluarga untuk kehilangan dirinya bila-bila masa...dengan perkembangan-perkembangan baru (i.e berita kemenangan islam yang makin banyak) memberi motivasi untuk hidup lebih sihat dan untuk melihat kemenangan itu =)

Memandangkan kita sedang menang, berpegang teguhlah atas jalan ini (Hold On Thight). Istiqamahlah tetaplah dengan wasilah tarbiyah kita dan amalan harian kita. Jangan memperkecilkan benda yang nampak kecil.

Ketika pasukan ini sedang menang, kita tak mahu hanya menjadi tukang sorak semata. e.g di padang bola sepak, ada 22 pemain tapi tukang sorak ramai (sampai 50000+). Selalunya yang cakap banyak ialah tukang sorak. Tapi, kita nak jadi pemain yang buat kerja.

Kita perlu sentiasa berfikir : Adakah amal yang saya lakukan ini membantu umat ini untuk berjaya?
Adakah kita hanya bagi ”extra time”/masa lebihan sahaja untuk umat

ATAU

Adakah kita sentiasa nak minta masa – ”bagi saya masa, saya nak pulun jadi specialist nanti saya akan menyumbang untuk umat” seolah-olah kita sedang mengumpul tenaga keupayaan dan akan memecut laju bila dilepaskan.

ATAU

Adakah kita terlalu sibuk e.g ada perumpaan DOKTOR/STAF PERUBATAN = SIBUK= JAGA PESAKIT = ”ONCALL” etc (sampai tak dapat nak join program) huhu...

Cuma satu, tanyalah diri kita sendiri sama ada kita boleh nak guna alasan2 di hadapan Allah nanti.

Sebenarnya tiada alasan. Kita lah yang harus berfikir – apa yang kita boleh buat? Fikirkan projek-projek dakwah; bagaimana menjadikan merawat pesakit bermanfaat untuk dakwah.

Sebab di sebalik penubuhan CUCMS – adalah untuk melahirkan ”MANUSIA” /kader-kader dakwah .
Contohnya, boleh buat projek Sunathon/Free Medical check up/
Projek Basic Life Support (yang dimulakan oleh pelajar sendiri)

FIkirkan apa kekuatan/kemampuan (CAPABILITY) kita dan gunakan untuk dakwah.

Kita tak dapat buat benda ni sorang-sorang. Kita memerlukan usaha berkelompok (berjamaie’) dalam merealisasikan impian ini.

Kita perlu bina jaringan, adakan perbincangan dan menggalakkan idea-idea untuk menggerakkan profesyen kita untuk dakwah.

Kita tak mahu kehidupan yang terasing – siang cari makan, malam cari pahala.

Kita mahu optimumkan supaya seluruh kerjaya kita dapat menyumbang untuk dakwah.

Inilah yang mendorong penubuhan CUCMS misalnya.

Tetapi tidak bermakna semua orang perlu join CUCMS – perkongsian supaya semua orang mula berfikir – APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN?

CUCMS sendiri masih baru tapi niat asal penubuhannya adalah jelas. Jadi, kita perlu yakin dan bersabar dalam proses melahirkan manusia ini. e.g sekarang kalau buat program tajmi’ seperti makan-makan di rumah prof, walaupun dipanggil usrah, ramai yang suka termasuk yang bukan islam.

Hosp An-Nur : walaupun dari segi bangunan nya agak dhaif., masyarakat sekeliling merasai kewujudannya – mereka berterima kasih pada doktor-doktor yang membantu kelahiran anak-anak mereka dan merawat anak mereka ketika sakit.


Diakhiri dengan cerita ~

Cerita daripada Azam Tamimi
Cerita mengenai Madrasah Imam Ghazali
- diwujudkan untuk melatih manusia
- mentarbiyyah dan menghasilkan manusia
- Generasi pertama setelah tamat kembali untuk mendidik generasi kedua dan generasi kedua kembali mendidik generasi ketiga dan seterusnya generasi ketiga kembali mendidik generasi keempat.
- Daripada generasi keempat itu lahirlah seorang ”SALAHUDDIN AL-AYYUBI”
- Sekarang ramai yang bertanya di manakah salahuddin al-ayyubi zaman kita? Salahuddin tidak muncul tiba-tiba. Ini memerlukan pada pembinaan manusia (bina’ rijal) dan kesabaran.


Ada seorang ikhwah Palestin mengajarkan DOA ~ ”Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga tanpa hisab”

Prof tambah, ”Ya Allah masukkanlah aku ke dalam syurga firdaus tanpa hisab”
- kita kena aim tingkatan syurga yang paling tinggi.

Selalu berharap semoga ada antara pelajar yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan akan teringat pada cikgunya dan akan dapat sama-sama masuk syurga tanpa hisab...sbb kalau nak harap amalan kita memang takkan cukup.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ameen, sungguh Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Allahua'lam.

No comments:

Post a Comment