Pages

Thursday, July 28, 2011

HANYA PINJAMAN


Alhamdulillah setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana tika dan saat ini, dengan nikmat yang diperolehi, dengan izin Ilahi, membuatkan jari-jemari ini terasa ingin menari diatas pentas abjad untuk mencoretkan sedikit ilmu hasil daripada ketukan naluri untuk terus berkongsi bersama sahabat-sahabat yang dikasihi...

sahabat,pernahkah terlintas difikiran kita,siapakah kita dimataNya?layakkah kita untuk menghuni syurgaNya?kita sering kali alpa,sering kali leka dengan nikmat yang kita ada..sering kali kita bongkak,sering kali kita riak hinggakan jiwa meronta dan berteriak...tanpa sedikit pun rasa syukur...
 
Allahuakbar....sahabat yang dikasihi,

teringat sewaktu ana berada dimatrikulasi,sebelum sessi pembelajaran diakhiri,lantas ketika itu pensyarah berdiri dihadapan barisan kiri...En.Nasir itulah nama pensyarah kami..tiba-tiba En.Nasir diam,renung wajah setiap student satu persatu didalam kuliah itu..kami menjadi keliru..tertanya-tanya apa yang akan berlaku...

setelah itu En.Nasir meminjam sebatang pen dari salah seorang student. Lantas dengan nada yang serious...

"sekarang saya pinjam pen ini daripada salah seorang sahabat kamu..bayangkan jika saya patahkannya.."begitulah kata-katanya dengan nada seperti nak marah sambil bergurau..

kami pada mulanya seperti tidak menghiraukan kerana dari memek mukanya seolah-olah bergurau...tapi,En. Nasir meneruskan kata-katanya..

"bayangkan jika saya patahkan pen ini..danmemulangkannya kembali kepada sahabat kamu..apa perasaannya?"dengan nada yang tegas membuatkan suasana dewan kuliah terasa sunyi...namun kami semua terus terfikir masakan En.Nasir sanggup mematahkan pen itu...

tanpa diduga...PRAAAKKKK!!

kami semua tergamam dengan apa yang berlaku..En.Nasir telah mematahkan pen tersebut lantas membalingnya ke lantai...berkecai,hancur,punah pen itu..tak dapat nak digambarkan keadaan pen itu...perasaan semua student menjadi takut dan seram sejuk...pada saat itu ana rasa takut,sedih dan terasa nak nangis,terasa badan menggigil seperti terkena hyportamia(kesejukan yang melampau)...bukan kerana sikap pensyarah itu disebabkan dengan apa yang dah berlaku......akan tetapi diri ana terpukul dengan apa yang telah diungkapkan oleh En.Nasir setelah ia mematahkan pen itu...

"agak-agak,sahabat kamu marah tak?nak tak dia terima pennya dengan keadaan itu?"begitu lantang suara En.Nasir...namun suaranya itu bertukar menjadi sayu,dari matanya yang berkaca,dia meneruskan kata-katanya satu demi satu...

"wahai anak-anak didikku,aku tak minta kaubalas jasaku...tapi balaslah jasa ayah dan ibumu...yang membanting tulang semata-mata untuk membesarkanmu...satu perkara yang dirimu perlu tahu...

Allah tidak memberi kehidupan ini kepada kita sebenarnya. Tetapi sebenarnya, Allah MEMINJAMKAN ia kepada kita.

Barang pinjam bukanlah barang yang kekal abadi. Esok lusa atau bila-bila, ia pasti perlu dipulangkan ke tangan tuan asal.

Kerana ia adalah ‘BARANG PINJAM’.

Barang pinjam, bila tidak dijaga sebaiknya, dipulangkan dalam keadaan tidak sejahtera seperti asal (fitrah), maka sudah tentu akan menimbulkan kemarahan tuan empunya barang.

Allah s.w.t., bagaimana?

Bukankah barang pinjam Allah itu adalah seluruh kehidupan kita?

Sudah kita hitung berapa banyaknya hutang kita kepada Allahdalam kehidupan ini?

Kemampuan kita untuk membayar segala ‘hutang’ itu, pernahkah kita terfikir?

Justeru, bila kita mengetahui bahawa kehidupan ini seluruhnya adalah pinjaman daripada Allah, maka kita perlu sentiasa berfikir bagaimana untuk menjadikannya sejahtera di akhirat kelak bila minta ‘dipulangkan’ semula.

sama-sama renungkan


2 comments:

  1. hu8... mesti r x puas hati.. da r pinjam brg org.. rosakkan plap... kalo x marah, sedih.. mesti Allah sedih kalo kita x jge baek2 brg pinjaman tuh...walau Allah maha kaya n x terjejas pown kekuasaan Allah kalo kita x berbakti pada-Nya tp bknkah kita niey hamba yg x bersyukur kalo x ikowt printah Allah....

    ReplyDelete
  2. inshaAllah sama2 kita menjaga "barang pinjaman" yg Allah bg pda kita selama hidup ni. sesungguhnya kita memang suka lupa nikmat2 Allah. "Maka nikmat apakah yang kamu dustakan?"

    ReplyDelete