Pages

Thursday, November 10, 2011

Tangisan Isam Bin Yusuf

Dikisahkan bahawa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk sembahyangnya. Namun demikian dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasanya kurang khusyuk.
Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya:

“Wahai Aba Abdurrahman (Nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?”

Berkata Hatim: “Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin.”

Bertanya Isam: “Bagaimana wuduk batin itu?”

Berkata Hatim: “Wuduk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:

1- Bertaubat.
2- Menyesali akan dosa yang telah dilakukan.
3- Tidak tergila-gila dengan dunia.
4- Tidak mencari atau mengharapkan pujian dari manusia
5- Sifat bermegah-megahan.
6- Sifat khianat dan menipu.
7- Meninggalkan sifat dengki.”

Seterusnya Hatim berkata: “Kemudian aku pergi ke Masjid, ku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku. Dan ku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian Shiratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa sembahyang ku kali ini adalah sembahyang terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini), kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam sembahyang ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk (merasa hina), aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersembahyang selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar menangislah ia sekuat-kuatnya kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.



" ya Allah, Kau terimalah ibadat ku selama mana aku telah beribadat kepada Mu ya Allah.. ameen :'| "

MOOD:


* Qaedah Sulbah *

Assalamualaikum :)
Semoga Allah sentiasa menjaga antunna semua. Ameen. Jom baca QS bagi siapa yang x baca lagi. Ni dapat masa time cuti 4 bulan hari tu.

Apa itu qaedah sulbah?
  • Qaedah is from al-qawa'id..refer to surah an-nahl, 16:26 ~"...maka Allah menghancurkan rumah2 mereka mulai dari pondasinya, lalu atap..."
  • yg bermaksud pondasi (indon) = foundation = asas
  • Sulbah is from sulbi - tulang yg kukuh..refer surah al-'araf, 7:172 ~"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu adam..."
  • So, qaedah sulbah ialah pembinaan asas yg kukuh dalam dakwah ni.
- sebenarny QS adalah step dalm gerak kerja dakwah mengikut cara Rasulullah SAW.
- kita nak bina 7 tangga maratib amal tu la, perlu drpd asas iaitu individu muslim.


- dalam kita nak bina 7 tangga ni, kita perlu clear dari segi why + how = maqbul.
  • why - knpa kita nak buat semua benda2 ni? penat, dugaan.. sebab kerana ALLAH seikhlas2nya. refer to sirah, bagaimana iman para sahabat and how mereka bekerja, diaorang ALL OUT habis - habisan sampai kita pun dapat ISLAM. Alhamdulillah.

  • how - dengan mengikut dakwah cara Rasulullah tp bukan nak ikut tempoh masa Rasulullah bekerja selama 23 tahun.
  • contohnya, dalam masa 3 tahun kena dakwah secara sirriyah (sembunyi), Rasulullah + sahabat, solat, halaqah semua sirr. tp kita sekarang x sirr pun kan.. terang2 lagi, siap kena marah2..hehehe
  • masa dakwah secara jahriyyah (terang-terangan), kenapa diperintahkan? 1st memang Allah suruh. 2nd sebab dalam masa 3 tahun tu dah ada core group yg Rasulullah bina tp x semuanya yg betul2 kualiti. macam kita jugak, dalam satu group tu, mesti ada yg di dalamnya kualitinya berkurang. sebab tu perlu di luaskan dakwah. so, yg core group ni perlu bekerja lebih la untuk support sahabat2 mereka.

  • maqbul - adalah penerimaan. mardhatillah = UA. bilakah? not to worry, just kita kerja, kerja, kerja.. hanya Allah yg tahu segalanya.

  • dalam pembentukan qaedah sulbah ni, ada ciri2 pengikut dakwah yg perlu ada:
  1. orang yg mampu menanggung fitnah (apa2 halangan untuk bergerak dlm dakwah) dri segi fizikal, fitrah + kelaparan.
  2. orang yg mampu untuk menyerahkan segala benda hanya pada Allah kerana dakwah. fuhh! sgt hebat orang ini!
  • di Mekah, terbentuknya assabiqun al-awwalun min al-muhajirin (hasil tarbiyyah from Rasulullah).
  • di Madinah, terbentuknya assabiqun al-awwalun min al-ansari (hasil tarbiyyah from Mus'ab bin Umair dll). ni juga kesan from Bai'ah Aqabah yg ke-2.
  • so, gabung 2 golongan ni, jadilah qaedah sulbah di Madinah (CORE GROUP).
- kesimpulannya, kita kena faham pembinaan core group ini sangat penting dalam perjalanan dakwah kita. kita manusia hanya mampu berusaha sebab Allah suruh kita berusaha untuk dapatkan pahala daripadaNya. natijahnya(hasil) Allah yg tentukan. so, core group ni, perlu "pekat" untuk membina individu muslim yg lain. matlamat kita nak bawa mereka pada Allah = kembali tunduk pada sistem Ilahi. sebab kerja dakwah dan tarbiyyah ni bukan kerja yg main2. kita perlukan pasukan dakwah yg muntij. dan core group ni jugak kena lah bertambah dari semasa ke semasa. so, golongan assabiqun al-awwalun perlu bekerja keras untuk mantapkan + berkembangnya dakwah islamiyyah hingga tertegaknya islam di muka bumi ni.

Wallahua'lam.


Tuesday, November 8, 2011

At-Thufail Bin 'Amr Ad-Dausi

“Ya Allah turunkanlah satu ayat untuknya agar dapat membantunya untuk setiap kebaikan yang dia niatkan.”(salah satu doa Rasulullah ` kepada Thufail)

Thufail bin Amr ad-Dausi adalah salah seorang pemuka suku ad-Daus pada masa jahiliyyah. Dia juga termasuk salah seorang tokoh di kalangan penduduk arab yang mempunyai derajat yang tinggi. Thufail merupakan salah seorang di antara orang sekian banyak orang yang mempunyai keindahan akhlak.

Bejana miliknya tidak pernah diangkat dari api, pintunya tidak pernah tertutup bagi siapapun yang mengetuk pintu rumahnya. Sa’id selalu memberi makan orang-orang yang lapar, memberikan keamanan bagi orang yang sedang dilanda ketakukan dan memberikan tempat tinggal bagi orang yang memerlukannya.

Thufail bin Amir adalah ahli sastra yang sangat cerdas dan pandai; salah seorang ahli syair yang dapat menajamkan perasaan. Perasaannya sangat lembut, sangat mengetahui kata-kata yang manis dan kata-kata yang pedas. Thufail sangat mengetahui kata-kata yang bisa menarik perhatian.

Thufail meninggalkan perkampungannya di Tihamah menuju Makkah. Pada waktu itu terjadi pertikaian antara nabi Muhammad dengan orang-orang Kafir Quraisy. Masing-masing dari mereka mencari orang yang dapat menolongnya. Mereka juga saling mencari orang-orang yang dapat membantu kelompok mereka. Adapun Rasulullah selalu meminta pertolongan kepada Allah, sedangkan senjatanya adalah kebenaran dan keimanan. Sedangkan orang-orang kafir Quraisy  memerangi dakwah Rasulullah  dengan berbagai senjata yang ada dan menghalang-halangi manusia dari dakwahnya dengan segala cara.

Thufail menyadari bahwa dirinya masuk ke dalam peperangan tersebut dengan tanpa persiapan. Dia masuk ke dalam peperangan tersebut dengan tanpa tujuan yang jelas.
Thufail  pergi ke Makkah tidak bermaksud untuk mengikuti peperangan tersebut. Tidak pernah sedikitpun terlintas dalam pikirannya masalah orang-orang Quraisy dengan nabi Muhammad.

Dari peperangan inilah terdapat sejarah tentang Thufail bin Amr yang tidak pernah terlupakan. Marilah kita semak kisah-kisahnya,  karena ini merupakan sebuah kisah yang sangat menarik. 

Thufail bercerita: Aku pergi menuju Makkah, sesampainya di Makkah para pembesar Quraisy segera mendekatiku dan menyambutku dengan sambutan yang sangat hangat. Mereka mengajakku untuk singgah di rumah orang yang paling mulia di antara mereka.

Para pembesar dan pemuka Quraisy berkumpul padaku dan berkata, “Wahai Thufail, sungguh engkau sudah mendatangi negeri kami. Perlu kamu ketahui bahwa orang yang mengaku nabi tersebut sudah merusak urusan dan memecah belah hubungan kami serta mencerai-beraikan persatuan kami. Sesungguhnya kami sangat khawatir jika Muhammad masuk ke dalam negerimu dan memecah belah para pemuka negerimu sebagaimana yang terjadi pada kami. Janganlah engkau mendengarkan perkataan orang tersebut (Muhammad), karena perkataanya sangat memikat laksana sihir. Muhammad akan memisahkan antara seorang anak dan ayahnya, antara satu saudara dengan saudara lainnya, dan antara suami dengan istrinya.”

Thufail berkata, “Demi Allah orang-orang Quraisy selalu menceritakan kepadaku kisah-kisah yang aneh tentang nabi Muhammad. Mereka menakut-nakutiku dan kaumku dengan perilaku Muhammad yang aneh, hingga aku bertekad untuk tidak mendekati Muhammad, mengajak berbicara maupun mendengar perkataannya. Dan ketika aku pergi ke masjid untuk thawaf di Ka’bah dan  meminta berkah kepada semua berhala yang ada di sana, aku menutupi kedua telingaku dengan kapas agar aku tidak mendengar sedikitpun perkataan Muhammad.

Akan tetapi ketika aku masuk ke dalam masjid, aku mendapati Rasulullah sedang melakukan shalat yang berbeda dengan shalat kami dan melakukan peribadatan di Ka’bah yang berbeza dengan peribadatan kami. Lalu tanpa sadar aku mendekatinya sedikit demi sedikit.

Dan ternyata Allah berkehendak lain. Sebagian perkataan Muhammad sampai di telingaku. Aku mendengarkannya dan ternyata perkataan itu sangat indah sekali. Aku berkata dalam diriku, “Wahai Thufail celaka kamu, sungguh engkau adalah ahli sastra yang sangat pandai sekali. Engkau mampu  membedakan kebaikan dan kejelekan. Lalu apa yang menghalangimu untuk mendengarkan apa yang dikatakan laki-laki (Muhammad) itu? Jika yang dia katakan adalah baik, maka aku akan menerimanya. Dan apabila yang dia katakan adalah jelek, maka aku akan  meninggalkannya.

Thufail melanjutkan ceritanya, Lalu aku tetap tinggal di tempat tersebut hingga Rasulullah pulang ke rumahnya. Dari belakang aku mengikuti Rasulullah. Dan ketika beliau masuk ke dalam rumahnya, aku juga turut masuk. Aku berkata, “Wahai Muhammad, sesungguhnya semua kaummu berkata kepadaku bahwa kamu adalah begini dan begitu. Demi Allah, mereka selalu menakut-nakutiku hingga aku menyumpalkan kapas ke dalam kedua telingaku agar aku tidak mendengar perkataanmu. Namun Allah menghendaki aku mendengar sedikit perkataanmu. Aku dapati perkataanmu sangat indah. Sampaikan kepadaku tentang urusanmu.”

Lalu Muhammad menjelaskan masalahnya kepadaku dan membacakan surat al-Ihlas dan al-Falaq kepadaku. Demi Allah aku tidak pernah mendengar perkataan yang lebih baik dari perkataan tersebut. Aku belum masalah yang lebih  adil dari urusan Muhammad. Seketika itu juga aku membentangkan kedua tanganku dan aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah  melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Lalu aku masuk Islam.

Aku tinggal di Makkah beberapa saat. Aku belajar agama Islam dan menghafal beberapa ayat yang mudah aku hafal. Dan ketika aku berniat kembali menemui kaumku aku berkata, “Wahai Rasulullah, sungguh aku adalah orang yang sangat ditaati oleh kaumku. Aku akan pulang menemui mereka dan menyeru mereka agar masuk ke dalam Islam. Berdoalah kepada Allah agar memberikan tanda kepadaku yang membantuku untuk menyeru mereka ke dalam Islam.” Lalu Rasulullah berdoa, “Ya Allah berikanlah tanda padanya.”

Lalu aku pergi menemui kaumku. Dan ketika aku berada di sebuah tempat yang mulia di rumah mereka, terdapat cahaya yang berada di antara kedua mataku. Cahaya itu seperti cahaya lampu. Aku berdoa, “Ya Allah janganlah engkau meletakkan cahaya itu di antara kedua mataku. Aku takut jika mereka mengira bahwa tanda itu adalah siksa karena aku meninggalkan agama mereka.

Akhirnya cahaya itu berpindah ke ujung cemetiku. Semua manusia menyaksikan cahaya itu. Seakan-akan cahaya tersebut adalah sapu tangan yang tergantung di ujung cemetikul. Lalu aku turun menemui mereka dari bukit. Ketika aku turun dari bukit ayahku menemuiku. Ayahkan adalah orang yang sudah sangat tua renta. Aku berkata, “Menyingkirlah engkau dariku wahai ayahku, karena saat ini aku bukanlah pemeluk agamamu dan bukanlah engkau  pemeluk agamaku.” Ayahku bertanya, “Mengapa bisa begitu wahai anakku?” Aku menjawab, “Aku sudah masuk ke dalam agama Muhammad." Ayahku menjawab, “Wahai anakku, agamaku adalah agamamu.” Aku bertanya, “Mandilah engkau wahai ayahku kemudian dan sucikanlah pakaianmu. Setelah itu datanglah kepadaku. Aku akan mengajarimu apa yang sudah diajarkan kepadaku.” Kemudian ayahku pergi dan mandi. Setelah itu ayahku datang padaku. Lalu aku menawarkan Islam padanya. Akhirnya ayahku masuk ke dalam agama Islam.

Setelah itu datanglah istriku. Aku berkata, “Menyingkirlah engkau dariku wahai istriku, karena saat ini aku bukanlah pemeluk agamamu dan bukanlah engkau pemeluk agamaku.” Istriku bertanya, “Demi ayah dan ibuku, ada apa denganmu?” Aku menjawab, “Agama Islam telah memisahkan antara diriku dan dirimu. Aku telah menganut agama nabi Muhammad.” Istriku menjawab, “Agamaku adalah agamamu juga.” Lalu aku berkata, “Pergilah dan bersucilah dengan menggunakan air Dzis SyaraDzi Syara adalah nama sebuah patung milik kabilah Daus. Di sekelilingnya terdapat air yang mengalir dari gunung. Lalu istriku berkata, “Demi ayah dan ibuku, tidakkah engkau sedikitpun takut pada  Dzi Syara jika berbuat sesuatu kepada perempuan?” Aku berkata, “Demi Dzat Yang memiliki Dzi Syaro, celakalah kamu, aku perintahkan kepadamu, pergilah dan mandilah di tempat yang jauh dari manusia. Aku yang akan menjaminmu bahwa batu yang tidak berdaya itu tidak akan berbuat sedikitpun kepadamu.” Akhirnya istriku pergi dan bersuci lalu datang lagi kepadamu. Aku menawarkan agama Islam kepadanya dan diapun masuk ke dalam agama Islam.

Kemudian aku berdakwa kepada kabilah Daus. Dan aku dapati mereka lambat sekali menerima seruanku kecuali Abu Hurairah. Dia adalah orang yang paling cepat sekali menerima dakwahku.

Thufail melanjutkan ceritanya, Lalu aku pergi menghadap Rasulullah di Makkah. Aku pergi bersama Abu Hurairah. Lalu nabi bertanya kepadaku, “Apa yang kau hadapi wahai Thufail?” Aku menjawab, “Hati yang tertutup oleh tirai penghalang kebenaran, dii atasnya terdapat kekufuran yang sangat besar. Sungguh penduduk Daus sudah terkalahkan oleh kefasikan dan kemaksiatan.”

Lalu Rasulullah berdiri kemudian mengambil air wudlu dan menunaikan shalat. Setelah selesai menunaikan shalat, beliau mengangkat tangannya ke atas langit. Abu Hurairah berkata, “Ketika aku melihat Rasulullah melakukan hal tersebut aku sangat takut jika beliau mendoakan kejelekan kepada kaumku kemudian mereka binasa.” Lalu aku berkata, “Alangkah celakanya kaumku.” Namun ternyata Rasulullah berdoa, “Ya Allah berilah petunjuk kepada kabilah Daus, Ya Allah berilah petunjuk kepada kabilah Daus, ya Allah berilah petunjuk kepada kabilah Daus.”

Lalu Rasulullah memalingkan wajahnya kepada Thufail dan berkata, “Pergilah menemui kaummu dan bimbinglah mereka kemudian ajaklah mereka masuk ke dalam Islam.”

Thufail berkata, “Dan ketika aku kembali pada kaumku, ternyata waktu itu juga Rasulullah hijrah ke Madinah. Sesudah itu terjadilah perang Badar, Uhud dan Khandaq. Lalu aku menghadap Rasulullah  dan aku membawa delapan puluh rumah kabilah Daus dalam keadaan Islam dan Islam mereka sudah sangat bagus. Melihat hal tersebut Rasulullah merasa senang dengan kami. Lalu Rasulullah memberikan kepada kami dan juga umat Islam ghanimah dari perang Khaibar. Kami berkata, “Wahai Rasulullah jadikanlah kami pasukan sayap kananmu di setiap peperangan. Berilah kami gelar “Al-Mabrur”.

Thufail berkata, “Aku tetap tinggal bersama Rasulullah hingga terjadilah peristiwa penaklukan kota Makkah. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, utuslah aku pada Dzil Kafain, (berhala milik Amr bin Hamamah). Aku akan membakarnya. Rasulullah mengizinkannya. Lalu Thufail pergi bersama satu rombongan ekspedisi (sariyyah) dari kalangan kaumnya menuju patung-patung kabilahnya.

Ketika Thufail telah sampai di patung tersebut dan hendak membakarnya, para wanita, laki-laki dan anak-anak berkumpul di sekelilingnya.  Mereka menunggu petaka yang akan menimpa Thufail. Mereka menunggu datangnya petir yang akan menyambarnya jika dia mencelakakan patung mereka yang bernama Dzil Kaffain.

Akan tetapi Thufail menghadap patung tersebut dalam keadaan disaksikan oleh para pemujanya. Lalu Thufail menyalakan api tepat di hatinya seraya berkata dengan kasar, “Wahai Dzil Kaffain, aku bukanlah pemujamu. kelahiran kami lebih dulu daripada kelahiranmu. Sungguh aku telah mengisi hatimu dengan kobaran api.”

Seketika itu juga api melahap patung tersebut bersamaan dengan itu terlahap pula kesyirikan kabilah Daus. Akhirnya seluruh penduduk kabilah Daus memeluk Islam dan kualitas Islam mereka sangat bagus.

Setelah itu Thufail selalu berada di dekat Rasulullah  hingga beliau menghadap Allah. Dan ketika tampuk kepemimpinan beralih pada sahabat beliau yang bernama Abu Bakar, Thufail menyerahkan sepenuh dirinya, pedangnya dan anak-anaknya untuk taat kepada khalifah Rasulullah.

Ketika perang Riddah berkecamuk untuk memerangi orang-orang yang murtad, Thufail ikut serta dalam pasukan kaum Muslimin untuk memerangi pasukan Musailamah al-Kadzâb beserta anaknya yang bernama Amr.

Dalam perjalanannya ke Yamamah Thufail bermimpi. Lalu dia bertanya kepada para sahabatnya, “Sungguh aku bermimpi. Tolong tafsirkanlah mimpi tersebut.” Para sahabatnya bertanya, “Engkau bermimpi melihat apa?” Thufail menjawab, “Aku bermimpi bahwa kepalaku dicukur gundul dan ada burung yang keluar dari mulutku, lalu ada perempuan yang memasukkanku ke dalam perutnya. Pada waktu itu datanglah putraku, Amr. Dia memintaku untuk bersegera namun dia dihalang-halangi dariku.”

Lalu mereka berkata, “Itu adalah tanda yang baik.” Lalu Thufail berkata, “Demi Allah aku sudah menafsirkan mimpi tersebut. Adapun mengenai kepala yang dicukur, maka itu menunjukkan kepala yang akan dipotong. Sedangkan burung yang keluar dari mulutku, maka itu adalah nyawa yang keluar dari jasadku. Sedangkan perempuan yang memakanku tafsirnya adalah bumi yang akan memakan jasadku setelah dikuburkan. Sungguh aku sangat berharap untuk mati syahid. Sedangkan permintaan anakku kepadaku maka tafsirnya adalah, anakku meminta mati syahid sebagaimana aku, dan ternyata Allah mengizinkannya namun terjadi sesudahku.”

Dalam peperangan Yamamah sahabat yang mulia, Thufail bin Amr mendapatkan ujian yang sangat besar sekali. Hingga dia tersungkur mati syahid di tanah peperangan. Sedangkan putranya yang bernama Amr masih terus berperang hingga merasa lemah karena banyaknya luka yang ada di tubuhnya. Telapak tangan kanannya putus. Dia pulang dari Yamamah dalam keadaan kehilangan ayahnya dan telapak tangannya yang kanan.

Suatu hari  pada masa kekholifahan Umar bin Khattab Amr bin Thufail masuk ke rumah Umar Al-Faruq. Lalu dihidangkan makanan di depannya. Semua orang duduk di sekeliling Umar. Umar mengajak mereka untuk menyantap makanan tersebut. Lalu Amr menyingkir dari makanan tersebut. Akhirnya Umar al-Faruq bertanya padanya, “Apakah kamu menyingkir karena malu dengan tanganmu yang putus tersebut?” Amr menjawab, “Betul wahai Amirul Mukminin.” Umar berkata, “Demi Allah, aku tidak akan menyantap makanan ini hingga engkau mencampurnya dengan tanganmu yang terputus terputus. Demi Allah tidak ada seorangpun yang anggota badannya sudah berada di surga kecuali engkau. (yang dimaksud Umar adalah tangannya yang sudah mendahuluinya masuk ke dalam surga).

Bayang-bayang kesyahidan selalu terlihat oleh Amr semenjak kesyahidan ayahnya. Dan ketika terjadi peperangan Yarmuk, seketika itu juga dia bersegera bersama kaum Muslimin untuk berperang hingga meraih kesyahidan yang telah lama dia dan ayahnya idam-idamkan.

Semoga Allah melimpahkan belas kasihnya kepada Thufail bin Amr ad-Dausi. Sungguh dia telah mati syahid, dia adalah ayah yang memiliki putra yang juga mati syahid.

Sunday, October 30, 2011

.: Abu Bakar As-Siddiq :.

Nama sebenar : Abdullah Bin Abi Quhafah

Dilahirkan di Mekah pd th 572 masihi, 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah

Merupakan lelaki dewasa pertama memeluk Islam

Setelah memeluk Islam beliau digelar Abu Bakar kerana beliaulah org yg mula-mula beriman dgn dakwah Rasulullah, digelar Abu Bakar juga yg bermaksud unta muda kerana beliau suka menternak unta

Diberi gelaran 'As- Siddiq' kerana sentiasa yakin dan membenarkan setiap apa yang dikatakan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Kata Saidina Abu Bakar, ketika menceritakan suatu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak murid. Dia berkata kepadaku:

"Aku kira tuan datang dan Tanah Haram.

"Benar, jawabku.

"Aku kira tuan berbangsa Quraisy?

"Benar, ujarku lagi.

"Dan apa yang aku lihat, tuan dan keluarga Bani Taiyim?

"Benarlah begitu, tambahku selanjutnya.

Orang tua itu terus menyambung, katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak aku tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika aku lihat perutmu?

Maka pada ketika itu aku pun berkata, "Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.

Maka ujar orang tua itu, "Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua onang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur. Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separuh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.

Maka sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata, "Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!

Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kerana mengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?

"Boleh sahaja, jawabku.

Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, "Adakah engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah yang terjadi itu?

Jawab mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.

Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tuan dan aku mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dan kepercayaan nenek moyang kita.

Maka ujar baginda, "Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian ummat!

Aku pun bertanya kepada baginda, "Apa buktinya?

Jawabnya, "Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.

Aku menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?

Baginda menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!

Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?

Maka ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.

Akhirnya aku berkata, "Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.

Keislaman Saidina Abu Bakar telah membawa penganuh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti jejak langkahnya. Semenjak beliau memeluk Islam, Saidina Abu Bakar. telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W

Semasa Rasulullah sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat kaum muslimin. Setelah Rasulullah wafat. Kaum Ansar telah berkumpul di Balai Bani Saadah dan memilih Saad Ibn Ubadah untuk mengantikan tempat Rasulullah. Setelah tindakan Kaum Ansar diketahui umum, Saidina Abu Bakar, Umar dan sekumpulan muhajirin telah ke Balai Bani Saadah untuk menjelaskan soal perlantikan khalifah. Keputusan kaum Ansar itu tidak boleh diterima kerana ia bukan keputusan majoriti umat Islam, hanya keputusan dari pihak Ansar sahaja. Hal ini boleh membawa perpecahan kepada umat Islam.

Dalam pertemuan ini Abu Bakar bercadang untuk memilih salah seorang dari dua sama ada Umar al Khattab atau Abi Ubaidah bin Jarrah. Manakala pihak Ansar mencadangkan supaya dilantik khalifah seorang daripada Ansar dan seorang lagi daripada Muhajirin.

Kemudian Basyir bin Saad dari golongan Ansar bangun dan meminta Abu Bakar menghulurkan tangan dan berkata " Aku baiah kamu sebagai khalifah",serta diikuti oleh Umar al Khattab dan semua umat Islam yang hadir.

Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Abu Bakar menjadi Khalifah Islam pertama pada tahun 632 m (11 hijrah) dan memerintah Negara Islam selama 2 tahun 3 bulan (Secara persetujuan ramai umat Islam)

Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah. Masalah tersebut menggugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak Arab memberontak dan menentang perlantikan Khalifahnya. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat, manakala ada juga yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka.

Puak-puak itu mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah dan memandangkan Rasulullah telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas. Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan muslim.

Ada di antara mereka mendakwa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad itu, Saidina Abu Bakar melancarkan peperangan terhadap golongan yang digelar golongan riddah. Maka bermulalah Perang Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah. Khalid al-Walid berjaya menumpaskan Musailamah dalam suatu pertempuran.

Saidina Abu Bakar menemani Rasulullah dalam peristiwa Hijrah. Semasa di Gua Thur, Abu Bakar telah terpandang seekor ular keluar dari lubang berhampiran tempat rasulullah tidur. Beliau lantas menutup lubang tersebut dengan kakinya kerana bimbang ular itu akan mematuk kaki Rasulullah. Lantaran menahan kesakitan dipatuk ular air matanya terjatuh ke pipi Rasulullah dan baginda terjaga dari tidurnya. Peristiwa pengorbananya ini tercatat di dalam al Quran dalam Surah At- Taubah :ayat :40

InsyaAllah, dengan mempelajari sirah dan tauladan daripada sahabat2 Rasulullah kita dapat memperbaiki diri kita seterusnya bersemangat untuk melakukan kerja-kerja seharian kita berdasarkan niat kerana Allah SWT. Wallahu’alam J

Daripada Medic dentist~ >_<