Pages

Monday, June 25, 2012

Aku Tak Kool Pun. Aku Acah Je.

Nota pendek : Puisi ini dinukil ikhlas dari hatiku buat kalian yang bersama daku di jalan yang sumpah panjang ini... 
[Ummi Ain, Kak Lily, Kak Mim, Kak Nur, Kak Paah, Kak Auni, Kak Dayah, Kak fiqa, Kak Syafiqah dan semua. Tak mampu mention semuanya, cukuplah Allah yang berbangga dengan antunna.] 

Jalan kita tak selalunya indah persis pelangi bukan? [Kredit]

Kau lihat jalan aku mudah
Kau kata family aku supportive
Kau nampak aku ceria ketawa
Tapi kau taktahu mehnah Dia tetap ada untuk aku

Kau kata aku kuat
Kau kata kau lemah
Tapi kau taktahu
Sebab kau aku kuat
Sebab Dia, aku bertahan
Akhawatfillah, aku cinta banget dengan kau

Aku tahu
Dia yang ubah aku
Dia yang temukan aku dengan jalan ini
Dia juga temukan aku dengan antunna
Dan hanya pada Dia, aku mohon
Aku doa, aku rintih
Moga kita terus tsabbat 

Bukan aku ego
Bukan aku hati kering
Tapi aku tak boleh tunjuk air mata
Aku malu
Apalah sangat mehnah aku terima
Berbanding dengan antunna


Dulu mungkin ya
Aku tak matang
Sikit-sikit aku nangis
Sikit-sikit cengeng
Sikit-sikit mengadu
Tapi antunna
Bukan mudah menjadi 'KITA' yang kini
Seriyusli

Memang impian aku semua indah-indah belaka
Kalau lukis, dapat warna-warni persis pelangi
Tapi kau pun tahu bukan
Dia bagi ikut yang terbaik untuk kita
Bukan ikut suka hati kita

Kalau satu hari nanti aku dah tiada
Tak boleh ligat lagi
Tak boleh pimpin tangan bersama antunna lagi
Tak mampu bersuara lagi
Tak mampu tersenyum lagi
Aku mohon
Ampunkan aku
Maafkan aku
Doakan aku
Aku sayang, sayang...
Malah terlalu sayang
Dengan antunna
Akhawatfillahku... 
Abadan abada, biidznillah. 

ps: Ditulis dengan sebak, berat dan sesak di dalam hati menahan air mata. Antunna pemberi motivasi buat diriku di saat mehnah datang melanda. Jazakunnallahu khairan katheera. 

Wallahualam
-Ukht Intisyar-
Jam 2151
Pekan, Pahang, Malaysia

Wednesday, June 6, 2012

Anda, Kain Anda Koyak. Meh Saya Jahitkan!

Dengan nama Allah yang Maha Kuasa, Maha Bijaksana :)

Alhamdulillah tsumalhamdulillah... Allah masih panjangkan lagi usia, hadirkan saat untuk anda dan saya bertaubat. Masih lagi dikurniakan nikmat untuk hidup di bawah bayang-bayang Al-Quran yang meluhur, memberkati dan tentunya menyucikan jiwa. Ibarat kita selesai jogging di bawah panasnya mentari, lalu mencari teduhan di bawah pohon hijau yang merimbun segar. Alangkah damainyaaa..... 

Err. Sesi imaginasi sebentar. 

Tipikal! [Kredit]
Dulukala, setiap kali saya melihat drama Melayu atau Akasia di TV3, (ehem, itu dulu tau), pasti ada dialog, ''kau tu orang kampung je. jangan jaga tepi kain aku. kubur kita lain-lain''.

 Sungguh klise bukan..?  
Saya juga pasti, dalam buku Peribahasa yang dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka juga mengandungi satu ungkapan seperti itu. Jaga tepi kain orang atau dalam bahasa mudahnya sibuk hal orang lain. 

Dalam dimensi sebagai seorang manusia yang telah ditarbiyyah, pernah tak kita terfikir, adanya perubahan dalam diri kita? Err. Mungkin dulu, kita tak pernah nak sibuk-sibuk fikirkan hal ummat manusia lain. Apatah lagi kene berhabis banyak, masa, jiwa, tenaga, wang ringgit, semata-mata untuk memanjakan anak binaan atau orang-orang di sekeliling kita. Dahla dengan esaimen yang bertimbun, silibus yang tak habis-habis dicover lagi, kerja di ofis yang semakin menggunung, sabtu dan ahad yang sebenarnya tidak wujud lagi dalam diri, arghhh!! Kadangkala, kita mahu menjerit. Ya, kadangkala hati tak tertahan dengan semua mehnah ini. 


Ingatkan makin lama di jalan ini, makin senang ujian untuk di tempuhi. Rupanya makin kompleks. Tak percaya? Tanyalah usrahmate saya, Ukht Nur, badan manusia itu kompleks bukan..? Hehe.
Tapi, dalam banyak-banyak mehnah itu, kita tetap tegar. Menjadi seorang yang tegar juga untuk menjaga tepi kain orang lain. Kerana apa? Sudah tentu kerana kita tidak mahu baik sorang-sorang. Kita tidak mahu di dunia kita menjadi seperti belangkas, namun di akhirat sana kita menjadi seperti anjing versus kucing. Tidak sama sekali. 
Jom jaga tepi kain sesama kita! [Kredit]
Dan itulah juga tugas dan amanah yang Allah akan tanya nanti. Kalau diikutkan, memang lah kebarangkalian untuk kita mendapat maki cukup tinggi jika kita mahu menjaga tepi kain orang ni. Lagi-lagi, bila kita mahu menjalankan kewajipan Syahadatul Haq kita. 

''Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad pesuruh Allah''

Maka, sudah menjadi kewajipan untuk saya dan anda menjaga tepi kain orang. Ya, kita kadangkala terlupa ramai yang menanti-nanti tangan siapa yang akan membimbing dia kembali kepada Islam. Kembali kepada Allah. 

Tentu kita tidak mahu sama sekali ada tangan-tangan yang akan menarik kain kita di akhirat kelak, kerana kita sendiri yang tidak all out untuk menyampaikan islam kepada mereka. Masa tu, sumpah saya pun dah tak kuasa nak jaga tepi kain anda lagi, tahu..? 

Maka, benarlah firman Allah,
 
'' Sungguh, telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, BERAT TERASA OLEHNYA PENDERITAAN yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman''
[At-Taubah 9:128]
 
Jom, jalankan tugas syahadatul haq kita...! Moga kita tidak terlepas mana-mana kain yang terkoyak lagi selepas ini. Biidznillah! 
 
ps: Sesiapa yang mahu tempahan baju kurung biasa serendah RM 20-RM 25, bolehlah contact saya. Hehe. Bukankah bagus jika kita bermanfaat bagi orang lain..? 
 
p/ps: Tahniah buat akahwat UiTM atas RI Shah Alam :) Moga terus aktif dan ligat di jalan ini! 
[Kredit]
 
 
 
Wallahualam
-Ukht Intisyar- 
 

Monday, June 4, 2012

Kerana Murobbi juga Mutarobbi

Dengan nama Allah yang Maha Memegang Hati-Hati

14 Rejab

Akanku bawa tanganmu di jalan ini bersama-sama... [Kredit]
Murabbiahku sering berkata, jalan ini tak mudah. Jalan ini bukan untuk golongan mak datin. Serba serbi dihantar, dijemput, dibentangkan karpet merah. Kata beliau lagi, jalan ini bukan sekejap. Bukan seperti berada di laluan tol lebuhraya Utara-Selatan. Touch and Go. Bukan. Bukan sejam dua kita kene lalui jalan ini, malah seumur hidup. Hingga Islam menang atau kita yang syahid di jalanNya. 

Baru-baru ini, saya sempat bermuaysyah dengan seorang adik. Ya, dia datang ke rumah semata-mata mahu bertemu dengan saya yang marhaen ini. Tidak banyak yang kami bualkan, cuma sekali sekala saya mengusik imannya dengan ayat-ayat cinta dariNya. Namun subhanallah! Unsangkarable, satu persatu air matanya menitik mengenai lantai rumah. Dia berulang kali mengatakan bahawa alangkah hinanya rasa diri. Kalau teringatkan jahiliyyah dahulukala yang sudah dilakukan, serasa tak layak untuk bergelar seorang daie. Apatah lagi jika membawa anak binaan satu hari nanti. Cukup tidak layak, katanya. 

Lalu, saya katakan padanya, setiap murobbi itu juga menjadi mutarobbi. Benar. Kalau dahulu, tatkala belum mempunyai anak binaan, kita menjadi mutarobbi ala-ala bujang senang. Segala nya disediakan murobbiah tersayang. Kita ibarat menunggu-nunggu untuk 'disuap'. Tanpa ada sebarang rasa ingin bergerak secara proaktif! Atau, dengan mudahnya beralasan itu dan ini, hingga tidak langsung kita mengira penat dan lelah murobbiah kita yang berkejar ke sana-ke mari semata-mata ingin membentuk kefahaman buat diri kita. Mengembalikan semula tujuan hidup kita yang dahulu telah dilupakan. 

Epik sungguh bukan..? Bukannya wang yang diminta. Bukan tiket percutian ke Pulau Carribean atau Honolulu yang diminta sebagai balasan. Cukuplah, kita dapat kefahaman sebagai seorang hambaNya dan menjadi khalifahNya. Itupun kita masih mahu berkira..? 

Tapi, mungkin itu semua terjadi kerana kita tidak memahami. Kita tidak mengerti. Kerana kita belum merasai. Menjadi seorang murobbi. 

Dan kini, rasakanlah. Bak kata Rahib kepada Ghulam, bersedialah. Kamu pasti akan diuji. 
Ya, memang benar. Allah tidak akan membiarkan kita syok sendiri, merasakan diri telah bekerja. Sedangkan kita tidak merasai pahit maung dalam jalan ini. Bukankah syurga itu dipenuhi dengan orang-orang yang banyak berkorban..? 

Murobbi. Gelaran ini bukan percuma. Bukan gelaran istimewa. Bukan untuk dicanang satu kampung. Bukan untuk dihebah dalam Kicauan mahupun Muka Buku. Ia datang dengan sejuta hikmah. Sejuta mehnah. Bagi yang telah melalui, pasti mengerti.

Ingatlah adik-adikku,

Dahulu, aku juga seperti kalian. Serasa tidak bersedia. Serasa ilmu tidak ada. Serasa diri belum cukup sempurna. Terasa segalanya belum memungkinkan untuk saya membawa antunna semua di jalan ini. 

Namun, jangan lupa. Allah kan ada. Bukankah Dia berjanji akan 'membayar' segala pinjaman kita kepadaNya?

Percayalah. Antunna tidak bersendirian. Ramai yang menemani di jalan ini. Kerana itu, sedialah untuk sentiasa ditarbiyyah. Mencakup segala kefahaman untuk transformasi diri. Tarbiyyah itu sifatnya merubah. Mengubah dari HITAM ke PUTIH. 

''Dan sebaik-baik bekal adalah taqwa...''

Pengorbanan. Itu perlu. [Kredit]


Kerana itu, bertahanlah! Berusahalah! Berdoalah!

Wallahualam
-Ukht Intisyar-